20.9.11

IBRAH MUSA & FIRAUN



Salam alaik sahabat/biah sekalian..
Selepas diteliti dan diperhati dengan mata hati dan pandangan sosio, factor utama mahasiswa takut untuk terlibat dengan PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 pada 9 julai yang lalu adalah disebabkan takut dengan tindakan admin yang mengancam dengan Akta University Dan Kolej University (AUKU). Antara isi AUKU ialah melarang samasekali mahasiswa@pelajar terlibat dengan mana2 parti politik sama ada didalam mahupun diluar kampus. Ana melihat akta ini sememangnya memberi impak yang besar pada pelajar di semua kampus. Namun begitu masih ada lagi yang berani bersuara untuk melawan AKTA ini. Beberapa soalan dilontarkan untuk mencari cara bagaimana untuk bergerak aktif didalam kampus walaupun kita sedia maklum bahawa mata2 gelap sentiasa ada di mana2 sahaja. Bagi ana, jawapannya mudah: kita kena mengambil ibrah dari kisah Musa dan Firaun.
Musa berada dalam jagaan Firaun sejak dari kecil lagi. Beliau dijaga dan ditarbiyah sehinggalah beliau cukup matang untuk melawan Firaun. Begitulah sikap yang perlu diteliti oleh mahasiswa. Kita kena merelakan diri kita ditarbiyah oleh system university walaupun kita mengerti bahawa system di kampus kebanyakannya mengarut dan menjurus ke arah materialistic. Kita kena sedar bahawasanya kita masih belum cukup berilmu untuk mengubah 100% system yang ada tapi kita kena belajar mengubah sedikit demi sedikit. Bagaimanakah caranya? Kamu mesti menyertai persatuan@ pertubuhan yang bermain dengan undang2. Firaun ditegur egonya oleh Musa ketika kecil yang telah menarik janggut Firaun. Firaun terbukti marah dengan tindakan itu. Dia menyediakan emas & bara api untuk Musa. Jika memilih emas, maka dibunuhnya. Dengan pertolongan Allah, dihantar malaikat untuk memandu tangan Musa supaya mengambil bara api. Pertolongan Allah nyata disitu sebagai tanda kemenangan bagi kebenaran. Berbalik kepada isu mahasiswa, sbg pelajar kita perlu menegur perbuatan pihak pentadbiran dengan strategi yang baik. Kiranya mereka ingin mengambil tindakan terhadap kamu, maka ingatlah bahawa Allah bersama orang2 yang benar (seperti kisah Musa). Jgn takut jgn segan.. ingatlah: untuk melihat bintang, kita perlu kepada kegelapan..

12.9.11

PENING


Ya Allah kenapa la aku sakit kepala sangat sejak akhir2 nie. Final exam dah dekat. Tinggal 2 minggu aje lagi.

Apa la yang aku pikir sampai sakit kepala & rasa loya + nak muntah. Aku meeting siang malam ya rabb. 
Hanya kaulah yang mengetahui isi hatiku ini. Minggu depan plak ada program latihan untuk adik2.
Aku kena jadi fasilitator. Assignment pon aku x siap lagi nie sebab lecturer lupa nak bwak time last class. Naseb baik la. At least aku dapat submit lewat skit. Ya muhaimin kepalaku berdenyut kencang hari demi hari kerana memikirkan nuqaba dan usrah serta akademik. Semakin nak dekat final exam, semakin banyak meeting yang diadakan. Aku hampir demam ya Allah. Adakah aku dapat bertahan dengan semua ini... Kembalikan aku padamu ya Allah dalam keadaan aku bekerja. Teringat ku pada kata2 hassan al banna: Allah suka pada orang beriman yang bekerja. Hanya padamu ya rabb tempat aku meluahkan isi hatiku . Rasa kecewaku, riangku, rajinku, malasku, penatku, letihku, lesuku, dan rasa diriku yang tidak bermaya .. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku ruang untuk hidup pada hari ini, mengecap nikmat nafas, dan berjumpa rakan2, teman2, dan kawan2.

11.9.11

MENUJU YB


Ana melihat ramai pelajar kampus pada hari ini bercakap2 pasal semangat jihad dan dakwah.
Ini menunjukkan bahawa islamisasi sedang berlaku dinegara kita. Anak muda sudah berani untuk bangkit dan bersuara mengatakan kebenaran. Isu ini merupakan perkara yang amat membanggakan diri dan masyarakat sekeliling kerana para pelajar masih lagi boleh berdiri dengan pendirian walaupun diacu dengan AUKU.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah setakat mana penglibatan para pelajar dalam aktiviti masyarakat disamping menyampaikan agenda agama yang mahu dibawa oleh mereka? Ungkapan ‘pergerakan dirahsiakan, dakwah dizahirkan’ cukup liar bermain di telinga ini sehinggakan menimbulkan tanda tanya dan pelbagai persoalan yang kadang kala amat lucu dan kadang kala amat membimbangkan. Pelajar ingin menyebarkan dakwah pada masyarakat kampus khususnya tapi langsung tidak terlibat dengan program anjuran kampus. Pada masa yang sama ,mereka ingin dakwah mereka dikenali.
Para pelajar perlu ambil tahu berkenaan keterlibatan meraka di peringkat kampus.
Ramai pelajar yang menyerlah diluar kampus sehinggakan ada yang diangkat sebagai ketua sesebuah gerakan/persatuan tetapi sunyi apabila berada dikampus pengajian. Para daie perlu tahu bahawa ramai lagi pelajar yang memerlukan pencerahan dari anda. Mereka hanya menunggu masa untuk dipanggil ke medan jihad sahaja. Ana berbicara bukan atas dasar mengkritik tapi mahu menegur dan memberi saranan penambahbaikan.
Perwakilan pelajar perlu turun ke tempat2 tumpuan pelajar seperti padang bola, cafe, dorm, dan masjid. Di padang bola, anda boleh berinteraksi dengan cara bermain bersama2. Ini permulaan yang simple tapi akan dapat mengikat hati saranan dakwah kita. Di cafe, anda boleh cuba mendekati mereka dengan cara makan 1 meja. Jangan bercakap terlalu banyak tapi banyakkan mendengar. Di dorm, biasakan ziarah rakan2 yang terdekat. Masoklah ke bilik kawan2 rapat anda dan carilah kenalan2 baru bagi memudahkan anda menyampaikan dakwah. Yang paling mudah, dekati masyarakat kampus di masjid@surau. Tapi, yang menjadi fenomena sekarang ialah daie TERLALU malas untuk ke masjid. Ini merupakan 1 kerugian kerana tempat2 beginilah tumpuan budak2 di mana2 kampus pon. 

10.9.11

SERUPA



Salam alaik sahabat/biah sekalian. Ana teruja kerana dapat jadi nakib pada seorang mad’u yang memiliki perwatakan yang sama seperti ana. Apa yang sama? Dia sama seperti ana: tak suka pada perempuan (elergik). Pernah sekali aku bertanya padanya ketika usrah.

NAKIB: Hujung minggu nie ada program latihan. Ana wajibkan enta join program ni sebagai latihan untuk enta sebagai pemuda islam. Enta free tak time tu?
MAD'U: Boleh saya tahu, program nie ada pompuan tak?
NAKIB: Kenapa plak? Mesti la ada.
MAD'U: Saya sebenarnya susah skit kalu berprogram sekali dgn pompuan. Kalu lelaki sume, saya OK.

Aku gembira mendengar luahan isi hatinya. Sudah lama aku tunggu dan menanti insan seperti ini hadir dalam hidupku. Ana mengerti perasaanya, jiwanya, kehidupannya dan isi hatinya. Dialah gambaran kehidupanku. Aku kasih padamu wahai mad’u. Jika semua ahli usrahku sepertimu, sudah pasti kamulah pengganti perjuangan, aku malahan lebih baik + cemerlang dariku. 

3.9.11

perfect


I tried to be perfect
But nothing was worth it
I don't believe it makes me real
I thought it'd be easy
But no one believes me
I meant all the things I said

If you believe it's in my soul
I'd say all the words that I know
Just to see if it would show
That I'm trying to let you knowThat I'm better off on my own

This place is so empty
My thoughts are so tempting
I don't know how it got so bad
Sometimes it's so crazy
That nothing can save me
But it's the only thing that I have

I tried to be perfect

It just wasn't worth it
Nothing could ever be so wrong
It's hard to believe me
It never gets easy
I guess I knew that all along




Sahabat Luahan Hati


dehearty-kau hadir

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba