31.10.11

MASAMU, MASAKU JUGA


Salam alaik.
Ramai mahasiswa/wi yang mengadu tidak cukup masa untuk studi apabila terlibat dengan persatuan pelajar di kampus. Ada yang menjadikan keputusan peperiksaan yang merosot sebagai alasan untuk tidak menyertai persatuan. Kamu tak boleh salahkan persatuan semata2. Kita diberi masa 24 jam sehari untuk beramal. Masa yang digunakan untuk persatuan hanyalah beberapa jam/minit saja. Selebihnya untuk solat, makan, tidur. Selain itu kemana perginya masa itu. Adakah betul2 kamu habiskan untuk studi? Atau dihabiskan dengan rehat minda, game, sia2? Mari kita lihat seimbas lalu pengisian masa kita:
5.30: bangun, solat subuh, qiamullail
7.00: ke kelas
1.00: rehat, solat zohor
2.00: kelas
5.00: solat asar, main/persatuan
7.00: solat maghrib, kuliah
8.30: solat isyak
9.00-11 malam: ADAKAH KAMU BETUL2 MENGHABISKAN MASA UNTUK STUDI?

Kita hanya perlukan 6/7 jam masa untuk berehat/tidur. Kalu dah lebih, itu bukan rehat!
Di peringkat university, kebanyakan masa belajar dalam seminggu hanya 14-20 jam sahaja. Jadi, kemana selebihnya masa kamu menghilang. Ana mempersoalkan benda ni kerana sudah banyak kali luahan sama dan basi  dilontarkan mahasiswa. Ada yang member alasan x cukup masa sebagai factor ponteng usrah. What the..
Kalu dibiarkan macam ni, memang rugi la kawan.
Rasulullah bagi 24 jam kepada 3 bahagian:
1/3: bersama keluarga
1/3: beribadah
1/3: bersama masyarakat/dakwah
jOM HEBOHkan perAncangan..

HOW TO BUILD A HAPPY MARRIAGE


A clear-cut tendency is observed today: neither men nor women are in a hurry to marry. The growing independence of women, reluctant to do all housework and bear the main burden of children's upbringing, sacrificing career growth, is one of the causes of the changes in family formation. A happy marriage may be built only on love, tolerance, mutual understanding, equality, and respect. The problem is important because materially both husband and wife are now in many cases on equal terms. More and more women demonstrate higher levels of education than men, More and more women compete with men, holding leadership positions in business, politics and social life. As the result, women become materially independent. They are not materially tied to a family anymore. When they marry, they enrich their world that is now built on kinship, love, safety, quality leisure time activities in which all family members are involved. A family develops a collective feeling of interconnectedness, which is opposed to loneliness. Joy and duty, love and care, discipline and kindness - all these are taken together in a family as a pillar of stable social development. I have talked to married people in search of a "happy family" recipe. I want to share some of my findings with you.

A happy marriage is based on intimacy and commitment. It is a bond that outgrows passion as the feature of romantic love. It is a bond that is based on mutual respect and the feeling as if both husband and wife were in many respects one. It is a way of constructing lifestyle, emphasizing intimate relationship and devotion to a person of your choice. It is confidence in the stable character of marriage, reinforced by having kids. Although even happy marriages tend to undergo changes, they never change the high quality of relating to each other. People are happy to be together, to share opinions, to spend time together, to make plans, which is inherent in their attitudes to each other.

Happy marriages are tested, like others, by time, material difficulties, hardships, deteriorating health, fluctuations of mood, identity development, and the like. Happy marriages, unlike others, never ruin fundamentals of relationship: commitment is so deep that no difficulty can destroy it, since both spouses know how to help and support each other. Happy marriages cherish happy memories, and they cannot destroy these memories when one of the spouses has a temporary temptation to experience something new. On the contrary, happy marriages are full of wisdom, consensus, and their happiness is rooted in a unique feeling of freedom that ties up to a happy marriage experience more than anything else. They cultivate universal love, which is care, understanding, and tolerance to human weaknesses. Happy marriages are built by people who worship communication, interaction, and cannot live without sharing all they have in their hearts and souls.

There is no couple that would not like to create a happy marriage. Only very few families can build long-term relationships that stick to happiness even under unfavourable circumstances. I have talked to married people who are happy in their own way. They feel the aura of happiness and advise others to be tolerant. A happy marriage is an ideal construct that is like a dream that cannot be realized without hard work, creating a relationship and being happy in the process of its creation. I wish you thought over my information. Do not waste your time. Test your own willingness to be perfect in your relationship. Prove that a happy marriage may be a reality.

27.10.11

LASKAR PELANGI



PENGAJARAN

Kisah ini banyak mengajarku erti kepentingan pendidikan. Kalu kita sekarang ni malas belajar, kita patut malu dengan orang lain yang berusaha mencari ilmu walaupun terpaksa membina sekolah sendiri, cari guru sendiri, malah rela berhujan panas semata2 untuk menuntut ilmu.

Sebagai seorang daie, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mencurahkan ilmu walaupun kita diherdik pada awalnya dan dipandang rendah oleh masyarakat sekitar. Ingatlah, setitik ilmu kita bagi pada generasi baru, ilmu itu akan jadi emas berharga di masa hadapan.

Sahabat baik kadangkala banyak membantu kita dikala susah senang tapi adakah kita bersikap sama seperti mereka. Kita seolah-olah tidak menghargai kawan2 di sisi dan sanggup berdalih walaupun apabila kawan minta tolong. Mungkin bagi kita benda tu hal kecil, tapi bagi mereka?(tiada siapa yang tahu kan).

Apabila datang tanggungjawab lebih besar, maka kita seolah2 dipanggil ke arah itu walaupun kita cuba untuk lari. Tanggungjawab yang datang itu menyebabkan kita terpaksa melepaskan kepentingan lain yang lebih ringan. Di sinilah nilai pengorbanan sebenar diukur.

Aku sarankan kamu tengok cerita ini..

25.10.11

E-BUKU



2 OKTOBER 2011, tarikh yang takkan aku lupakan dalam hidup ini bersama umi tersayang. Hari itu mendetikkan satu sejarah dan menuturkan satu perasaan yang telah lama ku pendam. Ceritanya bermula begini..
Hari itu panas seperti biasa. Aku ke kelas dan pulang seperti biasa. Sebelum menikmati rehat diatas tilam empuk, yang pastinya aku akan main PES dengan kawan2 sebilik. Laptop akulah yang jadi mangsanya. Tapi tak mengapa, ukhuwah hari ini tiada siapa tahu bila akan hilang.
Duit aku hanya tinggal RM 10 untuk makan dan minum dalam minggu tu. Setiap malam kawan2 ajak makan kat Restoran Kawah Thai kat depan blok B2. Aku bukan taknak ikut serta, Cuma rasa kesempitan wang yang amat sangat. Aku perlukan duit untuk Program ke Melaka, Tiket bas balik kampong, dan makan/minum. Dimana mahu ku cari semua duit itu? Jumlah minima yang aku perlukan hanyalah RM 100.
Seharian berfikir masalah ini. Apa yang aku harus buat? Teringat pula pada umiku yang bertanyakan hal kewangan beberapa hari lepas.
Umi: mat, duit ada lagi ker? Nak umi masukkan dalam akaun?
Aku: xpela. Duit ada lagi. Kalu dah habis, nanti ore mintak eh.

**********
Ha..ni la peluang aku nak mintak tolong umi. Hehe. Semasa makan kat restoran, aku sms la umi.
Aku: umi, ore balik kampong 9hb oktober.
Umi: pegi la beli tiket tu. Nanti habis kang.
Aku: erm..cmne nak beli kalu duit xde. Hehe. Duit ore dah habis umi.
Umi: ya rabbi. Kenapa baru bagitau? Sedih umi dengar. Pastu makan/minum cmne?
Aku: malu la ore nak bagitau. Ada lagi duit dalam RM 5.
Umi: mat tu anak umi. Kalu mat susah, umi lagi susah hati tau. Umi sayang anak umi. Nanti umi masokkan duit dalam akaun. Len kali  kalu xde duit, pinjam dengan kawan dulu. Jangan sampai tak makan. Haisshh..
Aku: erm. Time kasih umi. SAYANG UMI.

**********
“SAYANG UMI”.
Itulah pertama kali aku ucapkan kalimah itu selama 19 tahun hidup. Aarrkk..malunya..~



20.10.11

Di Antara Semalam Dengan Hari Ini



Di dalam risalah yang bertajuk "Bainal Amsi Wal Yaum" (Di Antara Semalam Dengan Hari Ini) di bawah tajuk: "Ranjau-ranjau di jalan kita", Asy-Syahid Hassan Al-Banna menyatakan:


"Saya suka berterus terang kepada anda sekalian, sesungguhnya dakwah kami ini mesti belum dikenali oleh orang ramai. Pada hari mereka mengenalinya dan mengetahui matlamat dan objektifnya nanti, kamu pasti menerima penentangan yang hebat dan sikap permusuhan yang ketat. Kamu akan dapati di hadapan kamu berbagai kesusahan dan halangan yang akan menghalang kamu. Pada masa itu  barulah kamu mula menempuh dan mengikut jalan para pendukung dakwah. Adapun sekarang mereka tidak mengetahui lagi, kamu di peringkat awal dakwah dan anda tentu bersedia dengan apa jua cara yang dikehendaki oleh perjuangan dan jihad.

Kejahilan rakyat tentang hakikat Islam akan menjadi penghalang jalan kamu. Kamu akan dapati ahli-ahli agama dan ulama-ulama yang rasmi menjadi orang yang hairan dengan kefahaman Islam kamu dan tidak mengakui jihad kamu. Semua pemerintah akan bekerjasama menjadi penghalang di hadapan muka kamu dan setiap pemerintah itu akan cuba menyekat kegiatan-kegiatan kamu dan meletakkan halangan di jalan kamu.

Lanun-lanun ini juga akan berganding bahu di setiap jalan untuk menentang kamu dan memadam sinar dakwah kamu. Mereka akan meminta bantuan pemerintah-pemerintah yang lemah dan orang-orang yang akhlaknya rendah dan tangan-tangan yang sengaja meminta sesuatu dari mereka tetapi melakukan kejahatan dan permusuhan terhadap kamu.

Kamu akan dimusuhi dan dibenci. Semuanya akan berusaha menimbulkan keraguan serta melemparkan tuduhan-tuduhan yang zalim terhadap dakwah kamu dan menunjukkan kepada manusia dengan gambaran yang paling hodoh dan kotor dengan menggunakan kekuatan dan kekuasaan yang ada pada mereka. Mereka akan menindas dengan harta-benda dan kuasa mereka.

Allah s.w.t berfirman:
Yang bermaksud:

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (Surah As-Saff, Ayat: 8).

Dengan ini kamu akan memasuki tingkat percubaan dan ujian di mana kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindahkan, dipencilkan, dirampas harta-benda kamu, disekat kerja-kerja kamu bahkan digeledah rumah-rumah kamu. Boleh jadi masa ujian yang bakal kamu hadapi ini panjang.

Allah s.w.t berfirman:
Yang bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 2).

Tetapi Allah telah berjanji kepada kamu selepas semuanya itu, iaitu kemenangan kepada para mujahidin dan ganjaran pahala kepada orang yang melakukan amal yang baik.

Firman Allah:
Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (Surah As-Saff, Ayat: 10 - 14).

"Setelah memahami penjelasan demikian, apakah kamu akan tetap pendirian untuk menjadi penolong-penolong (pejuang-pejuang menegakkan agama) Allah?".


5 Tips Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi


1. Elakkan Berurusan dengan Lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2. Kalau terpaksa Contact Orang Lelaki.

Gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.

Contoh:

* Maaf, (bukan sorrie..).., Terima kasih (bukan time kaceh)...* Lagi satu halnya la buat smiley face ke (^_^).., gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. * Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orang pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“ Wahai istri-istri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka jangan lah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik ”

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada istri-istri nabi saja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada istri-istri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai drajat yang sama seperti mereka, drajat wanita-wanita yang bertaqwa dan drajat wanita-wanita yang terpilih. Best kan,..???

3. Tundukkan Hati.

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang (merinding), kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelakki itu, banyak-banyak lah berdoa, “ Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan. ”

4. Tundukkan Pandangan.

Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yangg kita belajar kat uni dulu, “ make eye contact with the person you’re talking to ”. bende itu applicable kalau kita berbicara dengan orang yang sama saja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jenis, kita akan mendapati theory “ dari mata turun ke hati ” itu betul. so, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan istri-istri nabi.Lihat surah al-ahzab ayat 53

“ ….Apabila kamu meminta sesuatu dari istri-astri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. ”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sekali jaga pandangan (pandangan mata), tutuplah pandangan dengan buku, dengan file atau dengan sapa saja yang bisa membantu kita untuk menutup pandangan kita. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat n istri-istri nabi supaya mereka tak mati ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun jadi sehebat orang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot.

Contoh:“ Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu… ” Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan Urusan.

Ini mungkin applicable kepada students atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa berurusan dengan team mata lelaki. Sudahah tak bisa dipungkiri, dia menjadi team kita. So, apa-apa kerja yang akan dibuat bersama, ya buat sebatas kerja itu saja. takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

DIMANA LETAKNYA KUALITI USRAH ANDA..?



kita seringkali mengadakan/menghadiri usrah x kira siang malam. kadangkala usrah sudah dirancang beberapa hari sblm bmula. si nakib berusaha baca buku semata2 nak bg ahli usrah faham tajuk yg nak dibincangkan. mad'u pula sibuk cari artikel kat intenet supaya x dtg dgn gelas kosong. kalu dtg dgn gelas kosong, akan dpt separuh la. kalu dtg dgn gelas penuh, akan muntah balik. solusinya, kna dtg dgn gelas separuh supaya dpt bawa balik gelas penuh. hmm..cmtu la. ahli usrah kna wat review ttg tajuk usrah supaya dpt memahami tajuk yg dibncgkan dlm usrah seterusnya dpt menampung apa yg kurang. 

TETAPI, setelah keluar usrah, kenapa ahli tidak mapan ukhuwahnya ? ini menunjukkan bhw usrahnya tidak berjaya. apa indicator untuk menentukan usrahnya berjaya? jwpnnya, lihat pd ukhuwah ahli slps keluar usrah. adakah ukhuwah yg dipupuk didalam usrah sudah diamal diluar? jwpnnya, tidak... Kenapa jadi begitu?

nakib2 mesti igat bhw usrah boleh dipanggil majlis ilmu tetapi itu bkn core businessnya. penyampaian ilmu yg dilakukan hnyalah slot sampingan shj. jd, apa tujuan asalnya? sbenarnya usrah ialah tempat utk melahirkan individu mslim yg saling tolong menolong antara satu sama len. apabila ahli usrah dpt kenal mengenali, saling memahami, dan saling bantu membantu apabila berada di luar usrah, maka usrah itu sudah dikira berjaya. usrah bknlah tempat utk melahirkan ulama dan cendekiawan. usrah hnyalah pencetus kpd ahli2 spy giat mencari ilmu tambahan diluar. sbb itulah tjuk2 yg dibncangkan dlm usrah hnyalah luaran shj dan tidak mendalam. usrah bknlah tempat utk sesi soal jwb shingga keluarnya soalan2 yg x bisa dijawab oleh nakib. ada juga yg cuba mnjawab tetapi jwpnnya melencong ke tempat len.

di dalam usrah, nakib perlu mengikat hati2 mad'u  spy saling kenal mengenali. apa gunanya rukun usrah kalu stakat dihafal tetapi tidak difahami fungsinya. nakib perlu  mengikut rukun2 usrah secara tertib. nakib tidak boleh meninggalkn satu rukun usrah selagi tidak pasti ianya sudah lengkap atau tidak. kna pastikan ahli usrah setel rukun satu2 sblm pergi kpd rukun seterusnya.

sekiranya ada yg masih buntu, carilah bahan bacaan di toko2 buku. belajar menjadi nakib yg berkaliber dan lahirkan ahli2 yg mantap ukhuwahnya x kira masa dan ketika. sbg mad'u, tambahkan ilmu anda diluar usrah spy x jadi bercelaru apabila berada didalam masyarakat kelak..

byakkan senyum & saling tegur menegur apabila bertemu diluar  spy nilai ukhuwah & semangat usrah  itu tidak luntur.. ^_^


SEMBUNYIKAN RASA ITU


Aku memahami  perasaan itu. Perasaan sedih dikala berlaku perpisahan. Aku mengerti perasaan itu. Sudah banyak perpisahan yang berlaku selepas pertemuan. Aku sayang pada mereka. Aku kasih pada mereka. Kenapa sukar untukku luahkan perasaan ini. Sampai bila harus ku simpan perasaan ini. Ya rabbi. Ingin sekali ku luahkan perasaan kasih dan sayangku pada mereka tapi semua itu hanyalah menjadi mimpi apabila berdepan peluang dan reality. Aku tak mahu mendengar hatiku merintih di depan mereka. Cukuplah kau saja yang mengetahui sebak dan duka ini. Aku mencari teman yang bisa dikongsi perasaan ini. Aku tak sanggup menangis di depan sahabat2ku ya Allah. Aku tak mahu dianggap lemah. Biarlah pemergianku ini tidak ditangisi mereka. Luputkan ingatan mereka terhadapku dan kekalkan memori mereka dalam ingatanku. Naikkanlah pengganti yang sesuai agar urusan mereka tidak bermasalah. Diri ini kecewa kerana meninggalkan pelbagai unsettlement kerja, problem berangkai dan menjadi trouble maker pada mereka. Coretanku ini ku tulis untuk sahabat2 seperjuanganku..

MEGAMIND


Pengajaran:
  1. Superhero ialah dicipta bukan dilahirkan. Ini terbukti apabila Megamind tidak dilahirkan untuk menjadi superhero tetapi menjadi penjahat. Dia dididik di penjara lalu menjadi jahat. Selepas kematian Metroman, tanggungjawab untuk menghapuskan Tighten terletak pada tangannya. Lalu dia berubah drpd jahat kepada baik dengan membetulkan sikapnya yang asal.
  2. 'Melebihkan percintaan' ketika sedang merancang akan merencatkan gerak kerja sekaligus merenggangkan hubungan persahabatan. Ini dapat dilihat melalui sikap Megamind yang jatuh cinta pada Roxanne ketika mereka (Minion dan Megamind) sedang merancang untuk mencipta Tighten. Dia sanggup keluar bersama Roxanne dan meninggalkan Minion bersendirian di markas.
  3. Sejahat manapun penjahat, pastinya ada sedikit kebaikan dalam lubuk hati mereka. Megamind berusaha menewaskan Metroman sehinggalah dia berjaya. Selepas Metroman tiada, barulah Megamind sedar. Apalah gunanya berbuat jahat seandainya tiada yang ingin melawannya. Lalu dia mencipta Tighten untuk menjadi cabaran baru baginya.

A MILLIONAIRE 1ST LOVE



Pengajaran:
  1. Maut datang tanpa mengenal sesiapa. Apabila susah sampai masanya, kita hanya perlu pasrah sahaja. Walaupun mengambil ubat sekalinya, panggilan perpisahan itu perlu disambut walaupun terpaksa. Cinta sesama insan tetap terhenti apabila sampai masanya. Semasa hidup, kita berusaha membahagiakan pasangan. Bergelak ketawa, kerja bersama, tinggal satu rumah namun semua itu akan terhenti apabila si pasangan yang sakit itu semakin parah. Apa yang boleh dibuat hanyalah menjaganya siang dan malam.
  2. Catatan dalam diari oleh mengingatkan memori silam. Jae-kyung pernah tinggal di kampung bersama Eun-Whan tetapi dia sudah lupa semua itu akibat kemalangan semasa kecil. Setelah berpindah, Eun-whan selalu berjumpa Jae-Kyung tetapi dia tidak memberitahu siapa dirinya yang sebenar. Hal ini terbongkar setelah Jae-kyung mendengar catatan diari Eun-whan melalui pementasan yang diadakan di sekolahnya.
  3.  Harta yang banyak akan ditarik balik kalau kita tak pandai guna. Jae-yung yang berusia 18 tahun, sudah memiliki wang yang banyak, kereta sport, tinggal di hotel dan jarang2 datang ke sekolah. Semua itu hanya tinggal mimpi setelah ianya ditarik balik peguamnya kerana ingin menurut wasiat datuknya. Dia hanya akan dapat balik semua itu setelah berjaya menamatkan pengajiannya.

15.10.11

IBUKU



y0U caN cL0Se y0uR eYEs f0R thE thiN9s y0U d0N't wANt t0 sEe,bUt y0U caN'T cL0sE y0uR hEArt f0R thE thiN9s y0U doN't wANt t0 fEeL


‎"sesungguhnya seorang muslim itu apabila berjalan di jalan dakwah, dia tidak berjalan dgn hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya. justeru itu, setiap pahala yg didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya" ~ mustafa masyhur~




Lebih
Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
~ Thomas Jefferson



Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli




http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1154-menjadi-tunang-orang-tanpa-kita-sedar.html


http://www.hmetro.com.my/articles/BritainalamiprosesIslamisasi_/Article






http://games.espn.go.com/premier-fantasy/en_GB/entry?entryID=109713

13.10.11

MUKMIN PROFESIONAL


UNTUK MENJADI MUKMIN PROFESIONAL, SAYA PERLU BERUBAH.


OLEH ITU SAYA MESTI AMALKAN…
1.      SOLAT 5 WAKTU CUKUP + BERJEMAAH + AWAL WAKTU
I NEED CHANGE
2.      PUASA SUNAT SETIAP MINGGU
3.      MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI
4.     MEMBACA BUKU SETIAP MASA
5.      MEMATUHI ARAHAN PIMPINAN TANPA EXCUSE

DAN..
1.      KURANGKAN BERMESEJ DENGAN MUSLIMAT
2.      KURANGKAN MAKAN,MINUM DIRUMAH
3.      MENGAMBILTAHU ISU SEMASA SETIAP HARI

SERTA MENJAUHI
1.      MEMBUANG MASA DENGAN FACEBOOK
2.      BERCAKAP BOHONG
3.      MENGUMPAT
4.     HABISKAN DUIT DGN SIA-SIA


11.10.11

happy birthdaY



-hujan: kau pijak hatiku lagi-


Waktu Kita Sama Sambut Hari Lahir
Ku Beri Hadiah, Hadiah Bunga
Cantik, Engkau Memang Cantik
Izinkan Aku Menatap Wajahmu Lagi
Kau Pijak Hatiku Lagi

Tinggi Harapanku Buatmu
Tak Ku Sangka Ia Hanya Setengah Jalan
Jika Memang Memori Kita Di Simpan Dalam Cakera
Kan Ku Mainkan Sampai Bila-Bila

Cantik, Engkau Memang Cantik
Izinkan Aku Menatap Wajahmu Lagi
Kau Pijak Hatiku Lagi

3.10.11

KETUK PINTU HATI

Salam alaik temanku..


Ya Rabbi, ikhlaskanlah hatiku. Kemana ingin kubawa hati ini. Hati yang penuh dengan keegoan, kebencian, hipokrik, penipuan dan kecelaruan. Ya Muhaimin, izinkan aku untuk memiliki hati yang tenang, hati yang bisa melihat dengan keimanan dan kejujuran.  Kurniakan aku keikhlasan agar aku tetap utuh di atas jalan dakwah ini. Jalan perjuangan ini penuh liku, onak duri yang menusuk kalbu saban hari siang dan malam. Ketuklah pintu hati ini ya rabbi agar terbuka pintunya supaya aku lebih bersyukur dengan apa yang ada. Ya Rabbul Izzati, hati ini sering merintih dikala melihat kemungkaran yang sentiasa berlaku, samada oleh temanku sendiri malahan orang yang tak ku kenali. Kurniakan aku iman yang dapat menepis godaan kaum hawa agar aku dapat memiliki permata yang suci lagi bersih. Iman ini tidak sekuat Saidina Abu Bakar Ya Allah. Apalah dayaku untuk menuju iman Umar tapi bantulah aku untuk menggapai iman seperti Tariq Bin Ziad. Teguhkan pendirianku seperti Murabbi Ustaz Yahya Othman. Tiada mustahil di dunia ini Ya Muhaimin. Bantulah aku untuk menuntun iman ini ke arah perjalanan yang  jitu lagi bermakna. Aku sudah tidak berdaya untuk berjalan lagi. Liku yang biasa ini sudah menjemukan aku lantas inginku beralih pada medan laen Ya Allah. Bantulah aku..

1.10.11

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (2 JAN- 11 MAC 2010)

-DI MEDAN KAWAD PADA HARI TERAKHIR-

-MENGETUAI PERBARISAN KOMPENI BRAVO-

-HADIAH KOMPENI TERBAIK-

(TERMENUNG SEKETIKA DI MAJLIS TERAKHIR DI KEM BALING)