30.11.11

SAYA SUKA BER'MADU'

saya suka minum madu siang dan malam.
madu rasanya manis. Harganya pun murah.
cuma RM 7.99 . Saya beli di Giant.
bukak penutup, gulp..gulp..gulp.. (saya minum).
kenapa minum cmtu, abas?
mudah dah selamat jawabnya.

ada madu yang mahal.
Harga taknak kalah.
RM 6 - RM 14 sebotol.
Baik aku pilih yang murah.
Boleh save duit belanja.
minum madu sebab nak amal pemakanan sunnah.
bukan sebab lain. 

Nak cerdik? Kena rajin ULANG KAJI.
Ramai yang cerdik selepas minumnya?
itu rezeki Allah. Berkatnya Madu makanan sunnah.


Mengidam nak rasa madu?
Pergi la beli kat Tesco.
Simpan elok2 dalam locker.
Awas dengan semut.





28.11.11

SEMESTER BARU NOV 2011

Semester baru ini cukup mendebarkan pada awalnya. Rakan2 yang tak exit subjek english, terpaksa resit dan recheck. Aku memang tak boleh resit sebab tak amik english sem lepas. Nak wat cmne, lupa nak add.


masok 3 minggu duduk kat sini, aku dah mula rasa boring, tiang gol di court futsal dah diangkut ke PJ, carpet futsal kat depan blok pob kena rembat jugak dan yang paling frust, alatan gym pun turut jadi mangsa. Kalu ya pon dah nak pindah, bagi la chance skit kat kami ni yang amik short sem. Kami masih lagi pelajar CFSIIUM.


Aku belajar beberapa benda baru dalam sem ni. Kali ni dah masok 3-4 kali aku beli donut besar tesco. Harga biasa ialah RM 6 untuk 6 biji, tapi kalu pergi lepas pukul 9.30 mlm, harga akan turun mendadak. RM 1.20 untuk 6 biji. Memang aku borong la. Ramai gak budak2 cfs yang amik peluang keje kat tesco. 


Aku dapat lecturer yang sama dengan short sem lepas. Memang dia kenal la aku. Selalu sebut2 nama aku dalam kelas. Mana tak nya, aku add dia kat FB. Mmg femes la wei..!



23.11.11

AKU dan FIQH KEUTAMAAN


Malam ini aku belajar mengenal dan mengamalkan fiqh awlawiyyat/keutamaan. Walaupun sudah lama aku belajar tentang fiqh ini tapi aku masih belum boleh mempraktikkannya dengan sempurna. Ramai manusia boleh bercakap pasal fiqh ini tapi tak ramai yang mengamalkannya apabila betul-betul berada dalam situasinya. Semestinya manusia akan lebih memilih kepentingan manusia melebihi kepentingan Allah. Apabila disuruh untuk memilih antara manusia dan tuhan, pastinya di mulut berkata tuhan tapi amalan lebih kepada keutamaan manusia. Manusia akan lebih mengutamakan manusia kerana cinta manusia boleh dilihat dengan mata kasar. Kamu tolong manusia hari ini, besok dia akan tolong kamu. Ketahuilah wahai kawanku, cinta allah azza wa jalla lebih besar dari itu. Hari ini kamu mencintai allah, kamu akan bahagia hingga ke akhirnya. Kamu akan akan tenang dan akan selalu berharap padanya. Kalu ada masalah, kamu akan mohon padanya dahulu. Baik dan buruk, kamu redha dengan seadanya.



Hari ini seorang muslimat memberitahuku yang dia ditahan polis hampir  setengah jam. Polis itu merampas ic temanku itu. Pelbagai soalan dilontarkan padanya. Dimana rumah kamu? Dimana kamu belajar?  Berapa no telefon kamu?dan macam-macam lagi. Yang paling panas sekali ialah soalan akhir. Sudi tak awak jadi makwe saya? Kalu awak taknak jawab, saya tak bagi ic ni. Dalam kehujanan dan rasa takut, muslimat itu berkata  'ya'.

Malam ni dia luahkan pada ku apa yang terjadi. Tetiba aku rasa nak menangis. Rasa geram dan kecewa dengan tindakan polis itu. Kata muslimat itu, polis itu hensem dan muda gak. Ya allah, apa guna dia memberitahuku perkara ini. Adakah untuk menyakitkan hatiku terhadapnya dan polis itu? Inikah permainan hati?

Bila berfikir sejenak, baru ku sedar tentang keutamaan aku menangis pada malam ni? Perlukah aku menangis kerana apa yang terjadi pada perempuan itu? Semestinya tidak! Lebih baik aku menangis dalam doa dari menangis kerana seorang muslimat.

Terima kasih allah. Ingatkanlah apa yang aku lupa.

22.11.11

Mujahid Dakwah


kamus sejarah mencatat kisah

seorang pemuda mujahid dakwah
ditengah gelodah arus jahilliah
mujahid dakwah membina toifah
memimpin manusia menuju Allah
membina sesebuah ummah

langkahnya kemas penuh semangat
akhlak lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat

memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
andai suara sumbang
penuh padat dengan tuduhan

usaha murni suci mulia
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah
menjadi mainan bahan persenda

satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan Tuhan
tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara

mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yg rosak
dengan pengalaman jihad dan iman
menuju zaman yang lebih gemilang
zaman ummah kali kedua
itulah isyarat Rasul mulia
marilah kita junjung bersama
Islam pasti agung semula

17.11.11

JOM DHUHA + AL MULK


Kelebihan solat dhuha:
1. Meyakinkan diri dengan rezeki Allah
2. Peringatan supaya bangun awal
3. Membolehkan kita sarapan pagi 
4. Ke kelas awal
5. Dapat pahala Solat la ..

Kelebihan baca Al-Mulk:

1. Mengingatkan kita pada kerja yg tak siap lagi
2. Memudahkan kita tidur awal 
3. Memastikan kita berwuduk sebelum tidur
4. Mendapat perhatian kawan sebilik
5. Dapat Pahala baca Al- Quran


Our PATIENCE will achieve more than our FORCE

7.11.11

AKU MASOK WAD?

AKU PERNAH MASOK WAD? YA
BILA? AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
KENAPA? DISYAKI DEMAM DENGGI
DENGAN SIAPA? ADIK DAN ABANG AKU
RASA CMNE? MULA2 SEDIH, PASTU SERONOK
TAKNAK CITE? YELA2. NAK CITE LA NI..


hari 1:
main PS2 kat ruang tamu sambil2 teman abg yg demam. 


hari 2: 
turut sama demam. aku, abang, adik pegi klinik utk amek ubat. doktor test darah. sila ke hospital.
di hospital, naik wheelchair masok wad. nurse cucuk jarum masukkan air garam. amek darah sekali lagi.
badan rasa tak bermaya. ibu dan ayah ada disisi. katil abang ada kat sebelah. adik masok wad lain. nurse bagi makan ayam sup. nak makan tapi x lalu.


hari 3:
doktor kejut waktu subuh. amek darah. cikgu 1 sekolah pon kena suspek denggi jugak. katil depan aku.
rupa2nya ramai lagi teman 1 perumahan yang kena denggi. mak beli 100 plus. tak lalu nak minum. man utd menang 1-0 di jepun.


hari 4:
doktor kejut waktu subuh, amek darah. cikgu sekolah datang melawat. ustaz bagi duit. sukanya aku.
ayah kawan rapat pon masok wad jugak. katil sebelah. ada meeting hari ni. kawan tanya kabar. terkejut sebab aku masok wad.


hari 5:
dah boleh bangun. amek darah tetap ada. dapat nurse laki baru. sempoi. rasa nak 100 + banyak2. mak bawa hanset sebagai teman. 




hari 6: 
amek darah lagi. alahai. makan selera. rasa nak melompat. abang dan adik dah keluar wad, balik rumah.
aku sorang2 kat sana. abah n mak keje. sunyi rasanya.


hari 7:
macam biasa. amek darah di pagi hari. kena pindah katil baru. rasa teruja. kawan melawat. puji sebab handphone x rosak. bagi tazkirah kat aku.


hari 8:
amek darah lagi. rasa bertenaga. rasa nak tinggal lama lagi. doktor kata dah boleh balik. hoorey..



5.11.11

AKU KEBOSANAN

SEMALAM DAN HARI NI MERUPAKAN HARI YANG SUNYI BAGIKU. TIADA APA YANG DAPAT DILAKUKAN SELAIN MELIHAT POKOK DIDEPAN BILIK BERGOYANG SETIAP MASA, KEDAI MAKAN YANG SUDAH DITUTUP, BLOG B1 & B2 TANPA SUARA DAN PELAJAR YANG BERANSUR PULANG KE RUMAH.

AKU HANYA BERTEMANKAN SEORANG SAHABAT DI BILIK. KERETA CONTROL YANG DITINGGALKAN MASIH BELUM BERJAYA HILANGKAN KEBOSANAN INI. FACEBOOK YANG ADA HANYALAH SAMPINGAN. MAHU AKU MELALAK SORANG2!


BESOK ADA KORBAN DI COURT FUTSAL? HARAP2NYA YA. ALANGKAH INDAHNYA KALU AKU TERDETIK UNTUK BERHARI RAYA BERSAMA MEREKA DIKAMPUNG. IBU, AYAH, ABANG, ADIK2. 


MAK, DUIT SAYA DAH NAK ABES. ADA LA DALAM BELAS2 RM. NAK SURUH SAYA PINJAM DUIT NGAN KAWAN DULU? SIAPA KAWAN YANG ADA? MEREKA DAH PULANG LA IBU. MAK TOLONG BANK IN EH. APA? AYAH DAH BANK IN TADI? SUKA NYA SAYA DENGAR. SAYANG MAK. 


MAK. SAYA KESUNYIAN DI SINI. KAWAN DAH BALIK. SAYA RINDU NAK DENGAR SUARA MAK, NAK TATAP WAJAH MAK. BILA SAYA PULANG MAK? DOAKAN SAYA BERJAYA MASA SHORT SEM NI MAK. SAYA NAK EXIT ENGLISH. SAYA TAKNAK REPEAT. SAYA TAKNAK RESIT. 


MAK, SEMALAM SAYA DAH LUAHKAN SEGALANYA PADA SI DIA. SAYA GEMBIRA. SEMUA PERSOALAN SUDAH DIJAWABNYA. 


SAYA SEDANG KEBOSANAN NI..

4.11.11

SAYANGI MEREKA



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila"