26.12.11

GARIS PENAMAT FORM 5


Tamatlah zaman persekolahan,
Ku masih dihantui memori,
Waktu kecil waktu yang gemilang,
Oh Tuhan ku tak mahu pergi. – Hujan

Masihku ingat waktu selepas spm. Lagu yang selalu ku dendangkan waktu tu ialah 21 Guns. Lagu tu mengingatkan aku pada waktu aku bersama kawan-kawan sebelum tamat persekolahan. Minggu exam, kami keluar ke cyber café. Esok nak exam, baru kami buka buku. Waktu petang, ambil angin atas tangki sekolah. Punyalah tinggi sampai boleh Nampak sekitar sekolah. Tangkap gambar buat kenangan. Sampai sekarang aku masih dihantui memori suka dan duka bersama sahabat sebagai nuqaba, BADAR, rakan Briged, ketua bilik dan teman sekelas. Waktu kuasa ditangan, setiap budak dianggap salah. Kami betul, adik salah. Yang salah, kena pukulan tarbiyah. Yang kecil hanya mengiyakan apa saja yang dibuat abang atas nama tarbiyah. Dulu kami pukul/marah adik yang langgar warta disiplin, tapi kini kami seolah2 tiada memori pasal warta. Warta oh warta..
  1. Di masjid pukul 5.30 pagi/ 6.50 petang
  2. Wajib berserban
  3. Salam pada abang2
  4. Salin tazkirah maghrib/subuh

Alahai, hidup yang disulami tarbiyah sejak bangku sekolah. Aku merindui teguran sahabat sebaya. Di sini, tiada yang mahu menegur apabila dirasakan pangkat lebih mulia. Aduh, baru ku sedar jurang yang dicipta tanpa ku sedari. Di sana nanti, masihkan aku dengan pangkat yang sama? Harap2nya tidak. Cukuplah dengan bencana yang dibina olehku disini. Tidak akan ku bawa ke sana. Tuhan, tolong kemudi perjuangan ku.

24.12.11

STAR WARS






























pengajaran dari filem ni:


Jangan meragui keputusan syura.
Apabila majlis mesyuarat dah buat keputusan, kita jangan bantah. Mereka dah bincang siang malam disamping mengambil kira faktor2 yang kita sendiri tak Nampak. Maka, yakinlah.

Firasat seorang guru selalunya betul.
Jangan main2 dengan firasat guru/cikgu/master. Kadang diorang ni mulut masin tau. Sekali dia sebut, jangan kita bantah. Ada gak anak murid yang suka desak cikgu2 supaya setuju dgn keputusannya. walaupun mereka cakap ya, tapi takde siapa tahu perasaan mereka..

Kuasa ditangan parlimen.
Kalu dah dapat kuasai parlimen, automatiknya kita dapat control tentera/polis. Kalu dapat kat orang baik takpe la. Kalu orang jahat yang conquer, habis la rakyat jelata. Ditipu, dibedil, dihapuskan..



23.12.11

TIKET HABIS


Alahai , tiket bas dah habis seiring dengan habis final exam. Today is 23rd Dec 2011. Hanya ada 8 hari lagi nak sambut new year 2012. Kedai tiket bas Transnasional kat depan blog dah tutup sampai 26th. Mujur la ada tiket bas Cepat Express kat dataran nilai. Boleh la aku celebrate new year kat Kelantan. Unluckily, aku terpaksa sambut Santa Claus kat Nilai ni. Sedih la bro..
Ibu angkat kat pelabuhan klang dah panggil suruh datang rumah. Jauh la mak. Poket dah kering. New year sales pon aku terlepas. Tak sempat nak beli kasut Admiral kat Mizi. Diskaun sampai 70%. Sape tak tergugat bro..

Tapi, apa yang penting sekarang ni ialah, aku kena tunggu sampai 26th baru boleh balik Kelantan. Macam2 aktiviti tengah rancak sekarang ni. Program sana sini. Aarrkk…

19.12.11

KENAPA CARI POPULARITI



Persoalan ini pernah ditanya padaku. Persoalan yang membangkitkan rasa ingin muhasabah sebentar.

Kenapa awak selalu mem’femes’kan diri?

Setiap pertemuan pastinya inginkan keceriaan. Ceria datang melalui suasananya, matlamatnya, orangnya. Orang itu bersifat ceria bukan kerana nak mencari populariti. Dia ceriakan orang lain dikala mereka diam seribu bahasa. Dia tak sanggup melihat kawannya berdiam diri dan senyap dalam mesyuarat. Dia berusaha menghidupkan suasana yang dianggap bisu. 

Alahai, kesiannya. Tingkah lakunya kini dianggap untuk mencari populariti. Dia gembira pabila melihat kawan2nya tergelak. Yang dulu malu untuk bercakap, sekarang ceria dalm meeting, yang dulu malu untuk berkata-kata, kini mula meluahkan idea. Satu perubahan cuba dibuat untuk kawan2nya. Kini dipandang lain oleh kawan2nya. Dia tidak boleh berputus asa dengan kritikan itu. Dia mesti terus menceriakan suasana selagi masih bersama mereka. Kawan2nya penyeri hidupnya. Tanpa kawan2nya disisi, siapalah dia.

Hargailah kawan yang ceria kerana akan tiba satu ketika dia akan meninggalkanmu. Apabila kembali bertemu, mungkin dia sudah tidak seperti dulu. Ketahuilah, dalam diam dia memahami kamu wahai teman2. Kamu ketawa, dia gembira. Kamu sakit, dia menangis dalam diam.

::Kawan oh kawan::

14.12.11

BAKTI SISWA 2-4 DISEMBER 2011




Ana sertai program anak angkat tahun lepas. Rasa sangat berdebar-debar dan tertanya-tanya siapakah yang akan menjadi keluarga angkatku. Bagaimana keadaan keluarganya? Apa nama panggilan yang aku nak guna? Persoalan itu timbul semasa aku dalam perjalanan menuju ke kampong pandamaran pelabuhan kelang. Najmi, lepas ni kita kena pandai berlakon la. Tunjukkan yang kita ni peramah, baik. Ungkapan yang ku ungkap sewaktu dalam bas. Aku perlu berlakon terlebih dahulu supaya dapat ‘A’ ketika first impression keluarga angkat. Pandangan pertama biasa akan menentukan perjalanan seterusnya. Permulaan yang baik akan disusuli dengan natijah yang baik.

Sampai di kawasan kampong, aku terkejut! Ini bukan kampong seperti yang aku gambarkan. Alamak, ni kawasan perumahan orang kaya. Takkan la aku jadi anak orang kaya lepas ni. Pergh. Selesai solat maghrib, aku bertemu keluarga angkat. Saya panggil ‘umi’ boleh? Panggil je apa yang kamu nak, kata mak angkat. sampai dirumah, aku cuba biasa diri dengan anak umi yang sudah 20an, perempuan. Mak, tergugat iman. Hanya Allah yang mengerti keadaan serba salah dan segan ketika itu. Erk. Wow! Besarnya tv kat dinding tu. Umi kerja apa eh? Umi kerja jual nasi lemak je dengan anak-anak dan si ayah.

Bilik untuk kami sangat luas (saya dan najmi). Dua tilam besar setebal sejengkal. Cukup untuk sorang satu. Umi ingat ada 4 orang nak datang. Bertuahnya kami malam ni. Tidur nyenyak bertemankan kipas. Esoknya aku bangun awal. Baca zikir di pagi hari. Menghidupkan suasana sunyi tanpa suara. Umi sedang bersiap-siap untuk menjual nasi lemak. Ayah turut membantu. Tapi aku? Hanya mendengar. Selesai mandi, ayah suruh pergi ke kedai nasi lemak. Umi suruh pilih nak makan apa. Aku jadi segan. Terpaksalah aku pilih macam-macam lauk dan kuih. Hehe.

Pagi ni aku ada program dengan adik lepasan UPSR. Alangkah indahnya kalu aku berada di rumah menolong umi. Umi, saya terpaksa pergi sebentar. Program yang membosankan. Aku meronda dalam kawasan sekolah lonely. Sempat berbual dengan Guard, cleaner, Orang tua. Tanya pasal keadaan sekolah dan remaja kawasan sekitar. Surau tutup, tiada ruang untuk solat dhuha. Aduh! Tengahari, ziarah orang sambil bawa bekalan makanan. Masa diperuntukkan hanya 10 minit untuk satu rumah. Budak 1st  year banyak buang masa. Tanya bukan-bukan. Ambil masa 20 minit. Aku Tanya straight to the point. Ambil masa 10 minit. Keluarga susah. Anaknya sakit. Sudah bersuami dan ada anak. Makcik pernah minta bantuan kerajaan negeri? Tak pernah. Kenapa tak mohon? Mak cik tak reti la. Erm, camni la, mak cik buat la surat pastu hantar kat pejabat kerjaan negeri. O yeke.

Petangnya, buat pesta sukan di depan pejabat JKKK Pandamaran. Sambutan hangat oleh budak-budak. Orang tua hanya sengih tanpa singgah. Mereka main futsal, aku main Dam. Speaker kuat dipasang. Mengganggu ketenteraman awam. Aku hanya tersenyum dan berfikir sejenak. Tuhan, lidungi aku. Malamnya, mendengar tazkirah di masjid. Penceramah, orang muda. Sambutan dingin. Selesai solat, ada taklimat. Coordinator less disiplin. Tidak penuh kehadiran. Keluar jalan-jalan dengan keluarga angkat. Hampa seketika!

 Esoknya, makan di rumah. Dulu umi, sekarang mak. Mak masak bihun. Sedap, kenyang. Pagi ni explorace. Kami pusing kawasan perumahan. Dari masjid-sekolah rendah-sekolah agama-masjid. Penat dan Bosan.  Mak , saya dah nak balik. Lepas ni exam, saya sibuk. Tak dapat nak datang rasanya. Maafkan saya mak. Terima kasih mak. Baju kemeja Padini, Camel Active, duit saku. Saya terima. Jumpa lagi mak. Saya sayang mak. 

2.12.11

I WANT EVERYTHING


“Saya dapat apa yang saya idamkan.”
Saya nak telefon bimbit. Kawan2 dah ada telefon bimbit sendiri. Siap bawak kat sekolah lagi. Saya tak perlukannya. Tapi  akhirnya ibu bagi saya telefon bimbitnya, dan beli telefon baru.

Abang saya dah ada laptop. Saya tak perlukannya. Computer yang ada kat rumah dah cukup bagi saya. Then my mum buy one for me when I entering cfsiium.

Orang lain dah ada PS2. Saya dan abang nakkan benda tu. Kami kumpul duit siang dan malam untuk belinya. Lastly my mum bought new television and also PS2 for us.

I want 4.00 for any of my subjects. I study siang dan malam. I got it successfully.

Saya nak jadi popular. Saya dapatnya di PLKN. Semua pelatih dan jurulatih memuji saya setiap hari. Saya nak jadi pelatih terbaik. Saya hampir mendapatkannya  tapi saya main2 ketika temuduga.

Saya nak masuk university. Luckily I’m here, iium.

Apa lagi yang saya mahukan? Tak cukupkah lagi dengan mimpimu wahai Abas Kawan !
  
sekarang ada satu lagi benda yang bermain di fikiran saya. Saya mesti dapatkannya. Apakah?