30.7.12

MULUT ORANG


Hari ni ku buka youtube untuk dengar ceramah pensyarahku ustaz maszlee malik. Kemudian terdetik untuk ku mencari video almarhum ustaz yahaya uthman. Dia pernah bagi pesanan padaku, 

 
“ keno didik mad’u supaya pandai baca quran. Perbetulkan bacaan mereka. Apabila pandai agama, mereka boleh jadi imam di masjid. Sebesar mana pun pangkat manusia hatta raja pun, tetap kena ikut imam ketika solat.”

Melihat pada jasad nya yang uzur tapi masih bersemangat membuatkan aku rasa lebih yakin untuk bersama dalam perjuangan ini hingga ke akhirnya. Makin bertenaga untukku buat usrah. Kawanku pernah berpesan semasa tingkatan 3,

 
“ menjadi nakib, kita kena korban 3 perkara: masa, wang, air mata.”

Aku pegang kekata ni sampai sekarang. Kekadang ahli usrah buat hal. Pernah sekali diorang baling objek kat kumpulan muslimat yang berbuat bising di malam hari tatkala mereka melewati belakang blog kami. Agak kelakar bunyinya tapi peristiwa itulah yang menyebabkan ak dituduh tak pandai jaga bebudak. Alahai nak menangis rasanya. * memang patut pun mereka kena camtu. Sape suruh buat bising.

22.7.12

DENGKI KU


Sekarang dah masuk bulan puasa tapi aku masih di takuk lama. Masih tak berubah, sama seperti bulan sebelumnya. Aku dengki. Cukup dengki. Sangat dengki dengan dia yang diangkat, disanjung, dipuji. Kerja dia tidaklah seberapa. Detik paling pedih ialah disaat kami melalui situasi yang sama. Aku dihina, dipukul, dicaci, diejek dikhalayak sedangkan dia dikesiani, dipuji, dimotivasikan. Ketika itu, hanya tuhan yang tahu betapa panasnya jiwa aku menggelegak. 

Hari demi hari makin banyak follower dia dan kejayaan demi kejayaan diraih olehnya. Dimana keadilan? Astaghfirullah. Tak dinafikan kekadang aku kesian melihat kisah hidupnya, tapi bila dia turut sama mengherdik aku dikhalayak ramai, aku rasa marah..sangat marah..cukup marah..
Tapi kau kawanku, sahabatku, rakanku..sukar untuk ku luah dihadapanmu bicara jiwaku..maafkan aku