27.8.12

JAGA LISANMU


Dalam kita nak mencari redha Allah, kita selalu diuji untuk tahu samada kita bersungguh ataupun memain. Kekadang Muslim diuji melalui lisannya. Allah taala akan uji setiap benda yang kita kata. Sebab tu la jangan buat keputusan ketika sedang marah, dan jangan berjanji kerana sedang gembira. Kelak kekata itu yang akan membaham ketika lalai. Muslim yang baik tidak menjadikan kekata ini sebagai sekatan baginya untuk berdakwah dan memberi nasihat kerana mereka kenal dengan konsep tawakkal. Selepas berusaha, maka bertawakkal lah supaya kekata kita tidak menjadi hujah ke atas kita dihari muka.

23.8.12

KENAPA PEREMPUAN SUKA BERHIAS?


Setelah lama memerhati sikap budak pompuan yang suka berhias apabila keluar rumah, aku dapat menganalisa beberapa pendapat. 

Pendapat 1: anak gadis yang dah berpunya akan berhias untuk teman lelakinya apabila keluar rumah.

Pendapat 2: yang belum berpunya berhias supaya dapat menarik perhatian ramai lelaki. Mungkin mereka akan memujinya. Mungkin juga dia berharap akan jumpa teman istimewa hari tu dan penampilan pertamanya akan diingati sampai bebila.

Yang pastinya, aku akan kutuk kalau perempuan cantik tapi boros bercakap.

22.8.12

BERTINDAK DITEMPATNYA


Ada 2 orang pekerja yang hidup didaerah yang sama sejak 20 tahun yang lalu dan mempunyai pekerjaan yang sama. Mereka selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas hampir berjam lamanya semasa pergi kerja. Bila ditanya apa perasaan si A semasa jem, dia kata
“Aku dah bosan giler hidup kat daerah ni. Jem dari dulu lagi. Aku tak tahu la bila benda ni nak berakhir.”
Bila ditanya pada si B yang turut mengalami jem teruk yang sama, beliau menjawab,
“Saya tak risau pun dengan kesesakan  lalulintas. Saya dah sediakan beberapa buah buku untuk dibaca dan beberapa kaset untuk dipasang semasa jem. Saya tak perlu risau pun.”
Lihat, mereka mengalami nasib yang sama tapi mengambil tindakan yang berbeza. Setiap tindakan yang diambil akan memberi impak pada hidup. Jadi, sila cermat ketika bertindak dan jangan boros ketika bercakap.

20.8.12

BAJET RnD


Tak guna kalau hanya berfikir tapi tiada pelaksanaan. Menurut perhatian aku makin ramai pelajar nak jadi pemikir dan hanya sedikit yang nak jadi badan pelaksana. Apalah guna bermatlamat sebesar gunung tapi langsung tiada pelaksana hatta sebesar semut. Teringat aku dengan kisah kucing. 
Dulu ada sekumpulan tikus selalu kena makan ngn kucing. Pastu mereka pun bermusyawarah macam mana nak selamatkan rakan2 yang lain. Hasil keputusan  bersepakat nak gantung loceng kat tengkuk kucing. Tapi bila tiba masa nak gantung, semua tak sanggup.
Bagi aku, tak aci la kalau korang asyik nak jadi pemikir je. Ada yang kata nak jadi ‘check & balance’ pada organisasi macam ahli akademik yang lain. Tolong la jangan nak perasan. Sebelum diorang jadi penganalisis macam sekarang, diorang dulu banyak buat kerja lapangan. Bukan macam korang sekarang. nak merancang jer, ajak kerja taknak.

15.8.12

RAYA 2012


antara kesalahan di hari raya


Selamat berpuasa dan selamat hari raya. Sila diam seketika. Berhenti mengelamun. Tanya dirimu wahai sayangku. Apa perubahan yang telah kau lalui semasa bulan ramadan? Saranan saya, tetapkan balik matlamat hidup ni supaya kita tak hanyut.  Aku pernah bertanya kepada diri. Apakah impak ramadan kali ini padaku? Dapatkah aku teruskan amalan baik selepas ini? Sebulan kita berpuasa dan mengharap keampunan Tuhan. 1 Syawal ialah hari untuk kita mohon ampun dengan manusia pulak yer.

9.8.12

MAAFKAN SAYA


Salam alaik. Ada kawan bagitahu. ‘kita jangan nak kat orang tapi biar orang yang nak kat kita’. Aku tak rasa frasa ‘orang nak kat kita’ akan menjadikan hidup lebih baik sebab makin ramai yang nak kat kita, makin banyak pilihan yang perlu kita tempuh. Hidup menjadi tak tentu arah akibat pilihan yang terlalu banyak. Pilihan yang datang tidak dijemput. Cuba pikir balik. Apabila dah ramai orang minat kat kita sanggup ker kita bagitahu yang kita dah berpunya. Mereka dah menaruh harapan yang tinggi kat kita. Ye, aku pernah alami benda macam ni. Satu demi satu meluahkan isi hati mereka kat aku melalui fb, mesej, call. Walaupun mereka guna ayat lintang pukang tapi aku tak rasa mereka hanya saje-saje buat camtu. Tapi nak buat camne. Bukan nak perasan tapi perkara benar. Saban hari aku pikir perkara ni. Bimbang dicop ‘playboy’ aku remove muslimat dalam list fren fb aku. Yang suka chat, mesej, dan call aku tu, harap mereka faham. Aku sebenarnya pun taknak cakap pasal benda ni tapi aku rasa satu keperluan untuk peringatan pembaca.

7.8.12

AKU INGIN KATAKAN


Semalam aku hantar kawan pulang ke rumah. Akibat tiada topic menarik kami hanya bercakap seketika sahaja. Tapi apabila jarak menghampiri rumahnya, kami jadi makin aktif bercakap. Kami mula bertanya dan bercakap. Semakin dekat, semakin banyak topic yang ingin diceritakan. Seolah-olah mahu menambah beberapa KM lagi supaya kami boleh berbual lebih lama.
Itulah lumrah kehidupan kita. Semakin kita berjauhan, semakin banyak topic yang ingin dibicarakan tapi apabila  bersama, tidak ada rasa untuk berbual tentang perkara itu. Hargai kawan ketika mereka masih ada sebelum mereka….

1.8.12

KAKI ADU


Semalam kawan aku call. Mengadu pasal buah hatinya. Dia minat dalam diam tapi malu nak berbicara dengan si dia. Paling berani pun, buat status cinta jer. Dengan harapan buah hati dia baca. Hampeh. Katanya mula mengadu, 

“salam bOs. Aku minat kat sorang ni. Dia selalu hantar mesej pasal perjuangan/semangat kat aku. Rasa bertuah gak. Haha. Aku ingatkan mesej2 tu memang khas untuk aku sorang jer tapi kengkawan aku (budak laki) yang lain pun dapat mesej yang sama gak. AdOi. Hampa giler. Ingatkan budak laki jer pandai ‘ayat’ , tapi budak pompuan pun sama. Hihi. Termakan aku kali ni”. 
 
Kesimpulan aku,

“ kenapa la kau ni malang sangat. Takyah la nak layan mesej bebudak pompuan ni. Kalu dia buat camtu, kau balas la balik. Ikut cara aku.”