24.10.12

I PHONE MILIKKU AKHIRNYA


Semalam hari gembira buatku. Pada mulanya aku bukak sesawang online sebab nak beli baju jacket. Aku pilih yang gempak punya. Kasi Raihan terkejut. HAHA. Then aku gatal tangan nak cari android. Bukak web pastu aku bida. Pongpong..pongpang..pongpang..akhirnya dapat gak iphone 5. Aku berjaya kick off pencabar terdekat. HAHA. 

23.10.12

COMMANDER MUM


"Ibu, uia kat Nilai tu dekat jer dengan Kolej Nursing. Pepagi selalu jer nampak diorang lepak kat kafe. Kalu nak beli breakfast pun, kena tggu diorang masuk kelas dulu."


"Kamu takde ker kawan pompuan yang Bidang Jururawat jugak? Nanti boleh jaga kamu. Cari bebudak Kelantan. Hmm, ustazah tudung labuh pun takpe. Umi tak kesah asalkan kamu tak hidup susah."


Ibu..!! Ape hal ni. Tetiba cakap pasal benda mengarut. 

22.10.12

MIMPI BERULANG


Semalam aku tidur agak lewat. Almost 3.30 am. Belajar tempah baju secara online. Rambang mata nak pilih. Maklumlah sekarang ni musim hujan ribut. Jacket dan sweater pun aku takde. Pernah kawan nak bagi percuma tapi aku taknak. 


Dalam mimpi semalam aku bertemu dengan beberapa rakan 1 organisasi. Mereka duduk di sebelahku. Bersama menulis di kertas mahjong. Leka menulis baru aku perasan mereka tidak bertudung. Masyaallah. Apakah petanda ini. Tersedar dari mimpi lalu aku solat subuh. Kenapa mereka membuka tudung? Adakah kerana suasana ketika itu yang panas? Ak memohon dari petanda yang tidak baik. 

17.10.12

9hb OKTOBER


Selamat hari jadi buat diriku dan kengkawan setarikh denganku. Hari selasa 9hb Oktober. Tiada apa yang menggembirakan kecuali ucapan tahniah dari rakan. Wall facebook dipenuhi ucapan dan doa panjang umur. Ada yang doakan agar dikahwini dengan insan pilihan. Mungkin kawanku itu kemaruk cinta. hari kelima baru aku merasa kemanisan kek. Beli sendiri. Tiada siapa yang nak belanja. Malamnya kawan panggil tidur di surau. Aku tak pergi sebab ia hanya ajakan biasa. tak sangka malam tu ada kek untukku. Terlepas. Hari keenam, ada sambutan hari lahir untuk insan lahir bulan 10. Aku rasa bertuah. Malam tu jugak dapat 1 bar Cadbury. Masih ku tercari siapa pemberinya. Time kasih Allah..


5.10.12

MODUL MATLAMAT


Tutup mata kawan dan suruh dia berjalan ke arah kita di penjuru bilik. Buat satu landasan dari tempat dia berdiri hingga tempat kita berdiri. Sebut ‘salah’ apabila dia melencong keluar dari landasan dan sebut ‘betul’ jika dia berada diatas landasan. Yang pastinya, dia akan menerima lebih banyak ‘salah’ berbanding dengan ‘betul’. Begitulah kehidupan kita dalam nak capai matlamat. Kita akan lebih banyak membuat salah sebelum sampai ke destinasi. Bagaimana kita menghadapi situasi ini? Ada manusia yang marah apabila terlalu banyak salah lalu menyalahkan matlamat. Ada yang menangis, berhenti dan tidak mahu meneruskan permainan. Keputusan terbaik ialah meneruskan perjalanan hingga sampai kepada matlamat.