30.6.13

OH ANAK

hidup dalam famili yang bermacam kerenah mampu membuatkan ku semakin matang. semakin banyak persoalan yang timbul dan terjawab dengan sendirinya. budak kecil seolah-olah tidak mengenal erti pengharapan pada Allah Taala. entah kemana fungsi ibu bapa sampaikan ada anak yang sanggup melontarkan kata2 yang menggambarkan kebodohan. 


di sekolah, budak2 lebih terpengaruh dengan ajaran ustaz/ah. bila berlaku silap faham di rumah, mula la timbul 'ustaz kata camni..bla..bla..' Kalau semua benda ikut ustaz takpe. tapi yang berlaku sebaliknya. kat rumah, si parent sibuk dengan sumpahan berapi. bila anak buat salah sikit mula la keluar 'kau anak derhaka..aku tak halal makan minum kau..'. Kata bodoh nantikan makin naik lvl api. Tu dah memang tanggungjawab parent bagi keperluan kpd anak2. sepatutnya ibubapa patut dipersalahkan sekiranya tak penuhi tanggungjawab. tapi yang berlaku sebaliknya.

kalau seorang budak dikurung dalam bilik, apa agaknya dia akan sebut dan buat? agaknya, boleh tak mereka duduk diam dan berzikir serta mengharapkan pertolongan dari Allah?  benda ni tak mustahil terjadi kalau anak dididik kenal Allah dan selalu meminta hanya padaNya. Kan..?


27.6.13

SUCCESS PRINCIPLES (EDISI BM)

buku ini memberitahu tentang prinsip-prinsip yang mesti diamalan oleh seseorang yang mengimpikan kejayaan, tak kiralah kejayaan dari sudut apa pun termasuklah hubungan kekeluargaan, cara mengembangkan duit, hubungan dengan masyarakat,dll. walaupun kita sudah yakin mempunyai prinsip tertentu, tapi itu masih belum cukup untuk menghadapi arus perdana yang kian berubah. kamu baca dan amal, insyaallah berjaya. 

DETIK UTOPIA

buku ini menganalisa apa yang berlaku semasa PRU 12 sehinggalah detik PRU 13. analisa seperti ini mampu melambung kita sebagai mahasiswa untuk duduk bersama mereka ketika era itu. pengalaman yang diungkapkan menjadikan kita lebih tahu dan lebih berpengalaman meskipun kita tidak berada pada masa itu.

UMAR THE CONQUEROR

buku ini banyak menjawab persoalan sirah tentang Umar dan para sahabat. ada juga menceritakan kisah penaklukan tentera Islam semasa eranya. ternyata banyak wilayah yang berjaya dibuka walaupun sekarang telah diduduki oleh orang bukan Islam. detik kematian beliau yang diceritakan satu persatu mampu menitiskan air mata para pembaca sekiranya dihayati.

24.6.13

CUTI FASA 1

hari ni masuk hari ke-8 ak bekerja sebagai officeboy. Banyak benda baru aku belajar. Antaranya: latihan menaip laju, berurusan dengan pejabat Kerajaan, cara melayan klien, jaga pejabat dll.

masuk je cuti, ada la peristiwa yang singgah di hati ni. antaranya: 

adik pandai cuci carburetor moto. jimat la duit. baru nak belajar pasal motor, kawan ajak lepak. rupanya itulah lepak yang terakhir sebelum start praktikal di luar sampai bulan 10. entah bila pulak aku dapat jumpa dia lagi. hanya aku dan dia sahaja yang berpeluang masa tu. Ada hikmahnya aku keluar bersamanya hari tu.

kawan sibuk berbicara soal gender di grup fb. tak semenanya aku menerima jemputan ke bengkel pengurusan keluarga. mulanya berasa galak, then hiba bila sampainya detik untuk memilih antara disini dan disana. hampir seminggu memikirnya, bos pejabat bagi jalan penyelesaian mudah. dengar dulu, baru buat keputusan.

aku teringin nak beli laptop baru, ganti yang lama (rosak). ditakdirkan ibu berikanku duit untuk belikan laptop untuk adikku. bergegas aku search Spec semua laptop di web. kalau dulu, aku yang follow ibu beli PC. sekarang ibu follow aku untuk beli laptop. rupanya dulu ibu beli PC kerana ikut nasihat kawan jer.

kedatangan budak baru dalam group merangsang aku untuk berubah jadi baik. tapi aku tidak tahu dimana mahu mulakan. lama berfikir, ku bermula dengan membaca buku berkenaan para sahabat nabi dan cuba mengambil contoh sikap yang ditonjolkan mereka. aku cuba step by step. harapnya berkesanlah.  


13.6.13

SIA-SIA

nak dikisahkan, ada seorang pemuda yang sangatkan meminati kawan sekolejnya (permpuan). setiap hari facebook dibuka untuk dilihat status si dia. hanya doa sahaja yang dititipkan buat si dia. hari berjalan tidak berhenti. suatu hari si dia menegur pemuda itu. perasaan si pemuda mula berbunga-bunga. makin bertambah harapannya. suddenly he saw his senior was talking with her. chatting and reply comment like a couple. alahai, hampanya perasaan pemuda itu. maka bermadahlah pemuda yang malang itu.."di mana berakhirnya nanti permainan sandiwaramu ini. sesungguhnya aku tak mengerti. jika benar cinta itu buta, butakah mataku. berkali terluka masih jua ku menunggu. apa yang ku inginkan cuma kejujuran dalam perhubungan.."