27.8.13

MINGGU TERAKHIR

ini minggu terakhir bekerja di firma tetuan firdaus & partners.  suatu kerugian kerana aku gagal mencatat setiap kerja yang dibuat. huhu. setiap pertemuan ada perpisahan. semestinya rasa sayu mula menyelubungi. merindui saat-saat dan detik manis serta perit di pejabat.

terima kasih kepada dua orang bos yang melayan saya seperti anak lelaki. 


BURN BUNCH

aku mula merasakan bebanan yang terlalu berat dan sukar untuk dipikul. jawatan demi jawatan telah ku terima tanpa banyak soal. banyak kerja yang tertangguh dan aku semakin cemas. pilihan mula timbul untuk menentukan kerja yang mana lebih utama. aku gagal untuk membuat keputusan.

jawatan PRK, Perdana, dalaman dan luaran membuatkan aku hilang punca. saban hari bercakap dan meraung sendirian ialah tanda aku sudah bosan. bosan dengan kerja yang tak berkesudahan.



keputusan tetap sama. aku akan lepaskan segala jawatan hujung tahun ni. fokus pada akademik dan usrah. 

aku kau. kau aku. kita adalah dua jiwa. dalam satu badan.

23.8.13

tidak selamanya begitu

seorang rakan yang sambung belajar di tempat yang jauh. tiada khabar dan berita. jumpa pun setahun sekali. semua orang mengungkapkan kata-kata kecewa dan kesedihan melanda. tapi rakan itu tiada rasa bersalah sekali pun.  selepas berfikir secara rasional, saya mengambil  keputusan untuk tenang dan terima seadanya. mungkin dia tidak hadir bersebab. perkara ini sudah lama berlaku dan masing2 masih ungkapkan skrip yang lama. itu tak sepatotnya berlaku. 


kita kena memandang ke hadapan dan mula mengorak langkah baru. sekiranya kita masih di takuk lama dan memikirkan masalah ini, semua akan putus asa dan tiada jalan keluar. jangan risau la. tidak bersama hari ni tidak bermaksud selamanya akan berpisah. akan tiba masanya kita akan duduk semeja. sabar dan tenang sahaja duhai kawan.


17.8.13

BAJET BERFALSAFAH

mentaliti budak Kita sekarang ni dah berubah.

dulu..
'awak dah baca buku haraki karya fathi yakan, mustafa masyhur,said hawwa, dll..?'
'alamak, belum la..(malunya)'

sekarang..
'awak dah baca buku falsafah karya tariq ramadhan, socrates, aristotle, dll..?'
'alamak, belum lagi la..(malunya)'


kalau taknak dicemari dengan anasir luar, habiskan dulu baca buku-buku haraki sebelum terjun ke medan falsafah. bukan ape, takot syok sendiri. berfalsafah bukan main tapi kerja macam haram. huhu. keep calm and pray for Egypt.


10.8.13

PAGAR PILIHAN

semua pintu untuk memilih sudahpun ditutup. tiada ruang untuk kamu berbicara membela hak kamu kerana seluruh hidupmu sudah diabadikan di dalam pasukan ini. mulut sudah dikunci dari memilih yang terbaik dan setiap angan-angan tidak boleh lari dari lingkungan ini. jika kamu pak turut, semua ini tiada masalah bagimu. 

sekiranya kamu menyedari kongkongan ini, sebenarnya kamu sudah terlambat. jika dulu senang hati bila berbicara soal pilihan di kampus, hari ini semua itu menjadikan kamu sebagai pengkhianat. sekali kamu cuba untuk memilih orang yang sudah 5 tahun berjuang bersama kamu, maka kamu akan di pulaukan. tiada ucapan tahniah dan beribu penghargaan. yang tinggal cuma khabar dari jauh dan tiada yang menjenguk. 

itulah realiti yang bakal aku hadapi apabila dua pemikiran yang berbeza bertembung pada titik noktah yang satu. keputusannya memihak kepada 'berdiam diri'.


8.8.13

RAMADAN 1434 H

alhamdulillah ramadhan telah berlalu dengan jayanya. matlamat taqwa masih belum dihayati sepenuhnya. nampak gaya kena istiqamah dengan amalan harian la lepas ni kalau betul2 nak capai taqwa. haha. beberapa peristiwa turut berlaku menandakan bulan ramadhan betul2 bulan ujian.

peristiwa 1: nasri kehilangan moto Honda nya. si afiq amik inisiatif kumpul duit supaya nasri dapat beli moto baru. moto memang keperluan untuk bergerak ke sana sini. kalau dulu kita selalu kesana-sini sebab ada moto, sekarang pengorbanan kita teruji apabila ketiadaan moto. adakah dia teruskan berjuang ataupun menjadikan motor sebagai alasan. :)

peristiwa 2: si sarah jumpa balik buku yang hilang kat library. katanya ada orang yang pinjam buku guna nama dia. pastu tak hantar dan didenda RM 500 atas namanya. penat mencari, akhirnya jumpa di rak buku. 

peristiwa 3: si mujahid akan kahwin. tahniah untuk nya. penghulu PLKN ku.

5.8.13

NGANTUK

maghrib kelmarin aku berbuka dengan Geng Badar 09 di Qaryah Ramadhan. selesai solat terawih, kami bertolak ke istana untuk sama-sama qiamullail bersama Sultan. slot tazkirah tamat jam 2.30 pagi. aku tidur kejap jer sebab pukul 3 ada program sejuta istighfar pulak. dalam 4.30 am lebih aku bertolak balik dalam suasana kesejukan. sampai rumah, aku siapkan kerja2 NGO sikit dan siap2 nak ke pejabat. alahai mengantuknya. aku bawa moto dalam keadaan mengantuk. kepala rasa hanyut. pejam..celik..pejam..celik balik..then lama pejam..nasib baik tak eksiden. terkejut aku. alhamdulillah, tuhan masih bagi peluang untuk aku hidup hari ni. :(

2.8.13

MY USRAH

last night I spend my time with usrah member after solat terawih. we're looking for a restaurant for 'moreh'. there a lot of topics we discussed. including ikhwanul muslimin, hassan albanna, problematic members, school issues, and academic sessions. 

one of my usrah members is the best student in our school and always score 11A.  there also a problematic member who spend his time flirting a girl even though he came from poor family. then I ask several questions to them. 
what is your ambitions? which universities you will choose after this? what kind of field? how much you spend time a day to study? 

i found many amazing answers and i feel like wanna cries because most of them put 100 % effort for the best SPM result. some of them study until 2am, 12am, and there also who never sleep in the night. 

then i give them a task for a holiday. find the information about IM and hassan albanna. we will discuss it after Raya break.

i love usrah. 
 

1.8.13

DEADLY MIST

Kerajaan Amerika pada ketika ini sudah berada di luar kawalan dan sedang dalam proses menjangkitkan sebahagian besar penduduk dunia dengan penyakit dan bahan imia yang begitu berbahaya kepada kesihatan kita semua. Kita hanya perlu membuka mata , dan pasti dengan mudah kita dapat menemui kebenaran. *petikan buku