18.9.13

KEMULIAAN DI CARI MU

"kamu mulia kerana orang sekeliling kamu hina"

semua manusia inginkan kemuliaan dalam segenap aspek kehidupan. kadangkala hidup seharian akan rasa kekurangan sekiranya tiada pujian. maka niat ikhlas akan terhakis tanpa sedar. orang yang betul2 memahami sesuatu sistem ialah orang yang menciptanya. orang yang datang selepas itu tidak akan memahami 100% sistem yang sedia ada. demi memuaskan hati pemilik sistem, bermacam suapan dilakukan. 

mulia di mata manusia tidak semestinya mulia di mata Tuhan. kemuliaan yang ingin digapai manusia ialah ketinggian di mata manusia. konsep itu sangat menyalahi sifat pengabdian kita kepada Tuhan. seharusnya manusia mencari kemuliaan di mata Tuhan terlebih dahulu.

apabila kamu mulia di mata Tuhan, semua manusia akan menyanjung mu. 

AGM SRC 12/13

semalam ialah suatu pengembaraan yang hebat dan fantastik bagiku. bermula dengan 6pm, kami diarah untuk berkumpul di main audi untuk raptai. semua kalut punggah barang sampaikan ada yang tak sedar ada raptai. geng kami tak tau nak buat apa. adalah lebih baik pergi ambil makanan yang dah ditempah di kafe.

sampai  di sana, kami terpaksa menunggu boss melayan kerenah pelanggan. lepas 15 minit, dia bagitau ambil barang.

"ambil air mineral di cashier osman"

kami pun bergegas ke mahallah osman. selepas berbalah hujah, silap faham terungkai. rupanya bukan ambil barang di mahallah osman, tapi ambil di tempat cashier yang bernama osman. 

then kereta yang nak angkut barang pulak ada emergency. nasib baik payung besar.

mungkin Allah taala tolong sebab ada orang beriman yang bersama.

9.9.13

SEM BARU

long sem lepas aku dah register 19.5 credit hour. bila cek balik masa sem baru ni, turun jadi 16.5 chr. Kenapa yer? sebab seorang lecture tiada dalam list. mungkin sudah tukar U. 1 more, department history telah tukar pensyarah yang akan mengajar subjek islah and tajdid in the muslim world dengan pensyarah yang baru. (yang sukar luluskan student). then i drop the subject.

2.9.13

HARGA MINYAK NAIK

'' kenaikan harga minyak tidak ada kaitan dengan isu politik '', katanya ketika mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM 0.20


tahniah buat pengundi UMNO dan Barisan Nasional. ini lah hadiah sempena Hari Kemerdekaan khas buat kalian yang mengundi mereka pada PRU 13 yang lalu. bebanan rakyat makin bertambah. 

KEKATA YANG IKHLAS AKAN BERTAPAK DI HATI.

"hanya fikir pasal kahwin apabila kita betul-betul nak kahwin", kata abang Amre.

suatu kata-kata yang penuh inspirasi dari seorang pemuda yang biasa-biasa tapi membawa impak yang luar biasa. memang betul, sekarang kita masih belajar di universiti dan sepatutnya fokus pada akademik. struggle for the best CGPA. bukannya fokus pada perkahwinan. cari pasangan apabila kita sudah bersedia untuk berkahwin.


"apabila betul-betul nak berkahwin, secara automatiknya kamu akan bersungguh-sungguh mengumpul wang untuk walimatul urus", kata abang Peng.

jadi, sekarang ni saya mesti fokus pada akademik dan kerja organisasi dan kurangkan berangan dan tidak bercakap soal perkahwinan.