24.10.13

KONSELING

jurusan sejarah di iium tidak menawarkan pengalaman tentang kaunseling dan bimbingan. sy mengambil inisiatif untuk memilih skill kaunseling untuk belajar memahami cara membimbing manusia di sekeliling. mungkin suatu hari nanti saya boleh gunakan skill ini untuk mententeramkan pelajar yang stress.

minggu pertama saya belajar tentang open and close sharing. prof suruh kami (dalam kumpulan) untuk berkongsi tentang perihal diri sendiri berdasarkan point yang diberi. kami kurang bercakap kerana rasa percaya masih kurang. selepas habis sesi satu, kami diberi peluang untuk berkongsi apa saja yang kami mahu tanpa sebarang teks, point.

hasilnya kami lebih terbuka untuk berkongsi tentang perihal diri. kami ketawa, senyum dan ceria. pengajarannya, manusia lebih suka untuk berkongsi apabila tidak rasa dikongkong. 

minggu kedua kami melakukan tour ke bilik kaunseling. biliknya sangat cantik dan kondusif dan teramatlah sesuai untuk kita meluahkan perasaan. pemilihan warnanya sangat lembut dan tenteram. 

11.10.13

TAKDIR TUHAN

hari selasa ada meeting PA. mesej 1st kata mula pukul 8. dapat mesej 2nd, aku tak baca. aku sampai awal di tempat meeting. cek balik mesej 2nd, meeting mula pukul 9. alhamdulillah dapat datang awal.

hari rabu ada meeting kelab. pada masa yang sama ada program motivasi. hati rasa berbelah bahagi. meeting kelab diteruskan. cek jadual, program motivasi rupanya esok. alhamdulillah ya rabb..


7.10.13

IJTIMA TARBAWI 3.0

kembara ini bukan kembara biasa. jumaat malam, menerima mesej supaya berkumpul untuk bincang pasal pengangkutan ke program ijtima. aku dilema antara program social service di zoo negara dan program ijtima. sukarnya untuk aku mengungkapkan keputusan disaat semua orang meletakkan harapan dibahuku. segala keputusan diserahkan kepada pemilik alam.

subuh sabtu, bergerak ke tempat ijtima di johor. apabila bertembung dua kebaikan, maka pilih yang terbaik. dengan niat untuk berubah, segala usaha diserahkan pada tuhan. dia berhak memberi keputusan.

pagi ahad, dimaklumkan program social servis berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran timbalan pengarah (aku). air mata hampir menitis. betapa dekatnya allah dengan makhluknya disaat kita memerlukannya.