19.12.14

APA NAK BUAT LEPAS GRADUASI?

selepas graduasi, aku nak merantau selama setahun. 
aku nak jelajah seluruh negeri termasuk sabah dan sarawak.
aku nak buat satu dokumentasi pengembaraanku.
sambil2 tu aku nak kumpul duit untuk guna setahun akan datang.

selepas mengembara, aku nak abadikan masa dengan kerja dakwah dan khidmat sosial.
paling penting waktu ni aku mesti cari kerja tetap dan berkahwin.
in case aku dapat kerja directly lepas graduate, rasanya aku takkan kembara kot.

someone asking me, kenapa lambat gila nak kahwin?
sebabnya, waktu tu majority geng just nice sudah berkahwin 
dan cuma tinggal sebahagian saje yang belum.
makanya aku akan gunakan kesempatan tersebut untuk melamar yang mana ada.

kita semua tahu kan setiap kali berlakunya perkahwinan mesti ada pihak yang kecewa.
kecewa sebab buah hatinya kahwin dengan orang lain.
jadi, apabila aku berkahwin lewat isu ini takkan terjadi. 

::peace no war just nice::

4.12.14

PRK 2014

alhamdulillah musim PRK UIAM sudahpun berlalu. aku kembali menjadi manusia biasa, yang tidak mempunyai jawatan dan hanya sebagai ahli yang melukut di tepi gantang mengharap simpati. PRK kali ni memang menarik untuk diceritakan. semoga kenangannya tidak diluput ditelan masa. Dengan itu kalamku bermula..

sebulan sebelum prk, aku terima mesej untuk gantikan senior sebagai ketua jentera. bunyinya agak berat tapi aku terima sebab semua orang menolak. minggu pertama, digandingkan dengan kaki merajuk. semua kerja tak jalan. kemudian diganti dengan yang lebih baik. alhamdulillah.

setiap minggu waktu dihabiskan dengan perjumpaan untuk bincang strategi. aku perasan, walaupun pekerja buat kerja setiap kali perjumpaan, seakan ada sesuatu yang disembunyikan dari riak muka mereka. jadinya, aku buat sesi luahan rasa semasa minggu terakhir sebelum memasuki medan peperangan. mereka kata, takut untuk bekerja dan berpatisipasi kerana gayaku cuma bagi arahan dan buat kerja. then aku belajar yang ice-breaking is too important before start kerja.

apabila bekerja dengan calon yang tak dikenali, banyak perkara yang nak diperhalusi. bermula dengan manifesto sehingga cara kempen. sabar ialah kunci segalanya.

minggu tu pulak penuh dengan assignment yang nak kena hantar minggu tu jugak. sebagai ketua kumpulan diskusi, aku terpaksa mulakan jam 12 malam setiap hari. waktu dalam sehari terpaksa diatur betul2 dari pagi sampai malam. pagi kelas, petang kempen, malam gantung poster, tgh malam gantung poster.

apabila keputusan diumumkan pada 20hb Nov, aku seakan tidak percaya menang besar. Aku hanya mampu meraikan dengan balik dan Qadha tidur. :)