29.5.15

KENAPA TURUN LAGI. TAK SERIK KAH.

aku sering berjanji pada diriku untuk tidak turun main futsal dan main PES. Bukan aku takut kalah tapi aku takut maki hamun dan beremosi. menang dan kalah memanglah adat permainan tapi tak semua sanggup menerima kekalahan. apabila sudah kalah, tiada lagi senyuman, gelak ketawa dan ketenangan. kalaupun berbunyi, cuma maki hamun. muka mulai merah menahan marah. semua benda seakan tidak kena.

aku berjanji lagi. masih sama seperti hari sebelumnya. tapi apabila mereka memanggil, aku lupa pada janjiku. ku kata pada diriku "jangan risau, malam ni takda apa akan berlaku. main macam biasa". hasilnya, aku masih mengulangi kesalahan yang sama. pergi dengan ceria dan pulang dengan masam muka. 

aku berjanji lagi. jangan turun kalau musim exam. aku tetap turun. aku kata last ride tapi aku lupa pada janjiku. itu tak kena, ini tak kena. aku mula naik berang. badan panas dan rasa nak sepak orang. aku tahan dan aku istighfar. tapi istighfarku masih sama dan tidak berkesan. tiada lagi senyum. 


26.5.15

KATA MEREKA KAMI TIDAK SERIUS

mereka kata kami tidak serius,
kami belajar siang dan malam,
tahan mengantuk mata tak pejam,
mengharapkan masa depan tidak kelam,
demi sebuah ijazah untuk digenggam.

mereka kata kami tidak serius,
solat dhuha setiap pagi,
sebilik kongsi ubat gigi,
setiap hari makan maggi,
duit sedikit disimpan lagi.

mereka kata kami tidak serius,
tatap mukamu paling ku gemar,
setiap potretmu aku simpan di kamar,
cukup bulan masuk melamar,
walaupun harapan masih samar.

mereka kata kami tidak serius,
setiap hari mencari doa contoh,
mengharap macam orang bodoh,
walaupun muka totally hodoh,
supaya kita berdua ada jodoh.

mereka kata kami tidak serius,
pagi petang malam aku menunggunya,
untuk bergurau senda di alam maya,
setiap persoalan sudah pun ditanya,
kenapa melayan kalau sudah berpunya.

13.5.15

AKU TIDAK TAHU BAGAIMANA MENGAKHIRINYA

pada waktu malam, hujan turun dengan lebat. kereta di jalanraya bergerak perlahan. Azlan yang baru pulang dari tempat kerjanya di Cheras, turut sama terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. tanpa berfikir panjang, dia menyalakan signal untuk masuk ke kiri selepas melihat papan tanda kedai makan di hadapannya. at least dia mampu berehat sebentar sementara menanti hujan berhenti. Pang! sebuah motor melanggar belakang keretanya. mangsa tercampak ke sisi kereta dan motor barai. azlan terkejut lalu terus membuka pintu. aduh ! mangsa cuba untuk bangun tapi kepalanya terhantuk selepas azlan membuka dengan kuat. dia tidak sedarkan diri.

dia membawa mangsa ke hospital. doktor kata budak ni perlukan rehat dan mungkin akan sedar selepas beberapa jam. azlan mengucapkan syukur alhamdulillah. "terima kasih doktor. saya akan tanggung kesemua bayaran perubatan untuknya" katanya azlan. "tak perlu tunjuk baik. ini hospital kerajaan. semuanya free of charge. terima jelah kepada kerajaan" doktor membalas. azlan tersipu malu. itulah akibatnya malas sangat nak ambil tahu polisi kerajaan. haha.

pukul 5 pagi, pemuda tadi sedar dan membuka mata. perkataan pertama keluar dari mulutnya, "siapa kau? aku kat mana. hospital kan?". sudah tahu, bertanya pula. "aku malaikat maut. aku datang untuk mencabut nyawa kau kerana bawak motor laju ketika hujan" azlan bergurau. haha. 

"terima kasih bro sebab bawak aku kesini"
"maafkan aku sebab tak berhati-hati semasa membelok tadi. nasib baik kau cedera ringan saja" kata azlan.

semasa keluar untuk solat subuh, pemuda tadi mengadu pening kepala lalu tidak sedarkan diri sekali lagi. azlan bersangka baik. ini mungkin kesan dari ubat yang diberikan doktor. dia memanggil nurse yang berada di luar bilik pesakit. "nurse, datang sini jap. budak ni pengsan balik". beberapa orang jururawat datang menjenguk. air muka mereka berubah. salah seorang darinya cepat-cepat ke bilik doktor. azlan diarah untuk keluar dari bilik tersebut. azlan kembali mengetuk pintu bilik. "nak apa!". "sori awak, jam saya tertinggal kat dalam. tolong ambil sat".

selepas solat subuh, azlan datang balik. "maaf encik azlan, budak ni sudah meninggal. dia ada bagitahu alamatnya sebelum meninggal tadi?". "takdelah pulak."

*****
kerja di kedai makanan segera takdelah bosan sangat. walaupun gaji tak seberapa, azlan happy kerja kat situ. walaupun gajinya cuma 900 tapi dia mampu untuk berjimat cermat. duitnya cuma dihabiskan dengan bayar duit kereta dan bil rumah. tinggal di kawasan luar bandar bersama ibunya sangat menguntungkan, ditambah lagi dengan adanya rumah pusaka. 

hari rabu malam khamis, asyik leka mengambil pesanan, azlan terpandang seorang perempuan yang sedang beratur. azlan senyum padanya tapi dia tidak membalas. tiba gilirannya, azlan mengambil pesanan. "nak makan apa cik adik?". "bagi saya satu burger dan satu benjo tanpa sos". "sikitnya makan. diet ke cik adik". perempuan itu berdiam diri dan tidak membalas. sementara menunggu makanan dibungkus, azlan berpesan "senyum la sikit. senyum kan sedekah. haha".

setibanya dirumah, perempuan tersebut senyum apabila terdapat no telefon azlan di resitnya. mereka mula bertanya khabar melalui whatsapp dan facebook. rupanya budak tu tinggal kat kampung sebelah. takdelah jauh sangat. mereka mengikat kasih dan berkahwin. 

"sebelum kita kawen, saya nak bagitau awak satu perkara", perempuan itu memulakan bicara.
"apadia. awak ni suspen betul la der." azlan mengiyakan.
"saya ni janda. suami saya meninggal dalam kemalangan jalanraya beberapa bulan yang lalu. dia mati di hospital. sampai sekarang saya masih mencari orang yang bertanggungjawab terhadap kematian dia".
azlan terkejut besar lalu menunjukkan sekeping gambar. "lelaki ni ke suami awak?". 
"a'ah lah. mana awak dapat gambar ni. awak stalk facebook saya eh?"
"sayalah yang melanggarnya. maafkan saya".

*****

azlan dilema antara membayar diyat dan mas kawen. the end. 


6.5.15

TERDESAK LALU RAMBANG MATA

sebagai orang muslim, kita akui perkahwinan merupakan sunnah yang baik. setiap manusia memerlukan seseorang sebagai peneman hidup. disitulah menjadi tempat luahan masalah harian. jika pasangan hanya menjadi tempat luahan perasaan, tempat minta tolong, tempat mencurahkan kasih, dll, maka apa gunanya ada kawan dan ibu bapa. kekadang aku pelik dengan sikap sesetengah manusia yang berbicara tentang keistimewaan isteri lebih dari kepentingan bersahabat sedangkan dia kenal sahabat itu lebih lama dari kenal si isteri.

berbalik pada topik, fenomena kawen usia muda makin popular dikalangan anak muda. trend ini memang biasa dilihat terutamanya di IPT. mereka berpegang pada pendapat bahawa "ala, nenek datuk aku dulu pun kawen usia muda", "ala, benda ni bukan salah pun." etc.

semua itu betul. aku cuma ingin mengkritik sikap sesetengah orang muda yang memilih pasangan yang tidak elok akhlaknya, atas alasan terdesak nak kahwin. aku amat tidak bersetuju dengan sikap ini. dia tahu bakal pasangannya itu jenis tidak berakhlak, tapi masih meneruskan perkahwinan kerana terdesak nak kahwin. yang lagi mengecewakan, ada yang terpikat dengan ustaz jadian. hanya kerana dia bersongkok, berkopiah, berbaju melayu, tak semestinya dia seorang ustaz. si lelaki ni biasanya sembang alim sebelum nak kahwin saja. selepas dapat apa yang dia nak, dia balik pada asal. sebab tu la ramai yang kita jumpa sekarang ni hari2 post benda baik kat fb, blog, tapi perangai tak seperti apa yang diucapkan.

do the right thing, and do it rightly. buat lah benda yang baik ini dengan cara yang terbaik. sebelum pilih pasangan tu, kenali dulu latar belakang agamanya, ibadahnya, akhlaknya. kalau dia tak mampu menjadi ketua kepada diri sendiri, macam mana dia nak jadi ketua keluarga. silap hari bulan, kahwin dengan orang yang celaru akidahnya. haha. sekian.

3.5.15

KONGSIKAN MASALAH DENGAN AHLINYA

semua manusia ada masalah. masalah datang untuk menguji kita, mengurangkan dosa, dan mengangkat darjat kita. masalah juga boleh menjadikan kita sebaliknya. kita diajar bersabar, redha dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. tapi kalau beremosi, bertindak tidak adil, menyalahkan orang lain dan Tuhan, maka masalah itu memudaratkan kita dan tidak mendatangkan apa-apa pengajaran dan manfaat pada kita.

balik kepada topik, bertanyalah masalah kepada ahlinya. apabila ada masalah, kita hendaklah berjumpa dengan orang yang pernah ditimpa masalah yang sama. cubalah untuk bertanya bagaimana dia keluar dari masalah tersebut. ada yang sudah jadi alumni kepada sesuatu masalah dan cukup masalah dengan selok beloknya. ada jugak yang sama-sama dengan kita masih lagi bertarung dengan masalah tersebut.

jumpalah orang yang tepat. yang aku lihat, jika kita bertanya pada orang yang belum pernah mengalami masalah yang kita rasa, jawapan yang mereka berikan hanyalah sekadar jawapan playsafe dan tidak kemana. mereka boleh berbunga-bunga dalam berkata kerana mereka selamat darinya. yang merananya ialah kita.

sebagai contoh, cuba bayangkan kita ada masalah untuk buat assignment. kita tak tahu bagaimana nak mula dan apakah sebenarnya yang dipanggil assignment itu. solusinya ialah kita buat consultation dengan pensyarah yang memberi kerja itu dan bertanya padanya. dia mungkin boleh menunjukkan jalan keluar dari masalah kita atau sekurang-kurangnya menyediakan jalan ke arah solusi. kita juga boleh bertanya kepada orang yang pernah buat assignment. minta dia terangkan bagaimanakah rupa bentuk assignment sebenarnya.

hari ini, ada sebahagian orang berbicara seolah-olah dia ahli dalam setiap masalah. kawan-kawan aku pernah bersembang pasal kehidupan selepas graduasi. masing-masing bercerita tentang perancangan hidup termasuk kahwin, kerja dan intima dengan gerakan. apabila aku berkata tidak mahu berpartisipasi, mereka seakan marah dan meninggi suara. tiada ruang untuk aku mempertahankan pendapatku. aku menjadi pelik. kenapa mesti ada orang yang sibuk mengatur hidup orang lain supaya sama dengannya. biar je lah orang itu mahu mencorakkan kehidupan yang bagaimana.

 sekian. 

TAK PERLU UNGKIT KISAH LAMA

dalam hidup ini, ada banyak perkara lepas yang aku cuba untuk lupakan. sesetengahnya bukan sekadar datang dengan ingatan bersahaja tetapi juga membawa bersamanya kecedaraan dari segi emosi dan fizikal.

aku cuba untuk melupakan banyak perkara yang melukakan jiwa dan menghiris hati tapi entah kenapa ada sahaja kawan yang datang dan bertanya kembali perkara itu, apabila soalan itu ditanya dikhalayak ramai, lidah aku menjadi kelu dan aku seakan ingin menangis. kenapa mesti dibangkitkan kembali benda itu.

aku diam dan merenung. walaupun banyak sertai kursus pengucapan awam dan banyak lagi kursus untuk memperbaiki komunikasi, tapi itu bukan jaminan untuk kita selesa 'cakap lepas'. ada antara rakan aku yang sentiasa memperbaiki komunikasi dengan pelanggan (orang bisnes la katakan) tapi masih lagi gagal berbahasa baik dengan aku. seolah-olah ilmu itu hanya untuk pelanggan yang baru dikenal, bukannya untuk orang yang dah lama kenal.

nasihatku, jika ingin bertanya khabar, tanyalah perkara yang menggembirakan orang yang ditanya. kalau nak masuk isu sensitif, minta lah izin dahulu supaya saling mengerti dan tidak terluka.


1.5.15

AKU MENGERTI KALIAN

sekarang dah  masuk bulan 5. adik2 usrahku yang amik SPM mesti sibuk menghitung hari di papan hitam. membilang berapa hari lagi nak SPM. kekadang kita leka mengira bilakah SPM sampai kita lupa bilakan exam terdekat. 

apabila teringatkan mereka, aku terbayang keadaan diriku semasa berada di tempat mereka dulu. aku bersyukur diletakkan bersama rakan2 yang malas belajar. guru yang mengajar seolah2 menganggap kami sudah tiada masa depan. pernah sekali kawanku minta untuk menambah subjek tasawwur islam untuk SPM tapi guru tersebut menolak. 

katanya "kalau awak dapat 11A untuk ujian terdekat baru saya akan bagi amik" sedangkan yang bertanya itu ialah pelajar terbaik dalam kelas kami. budak2 di kelas sains yang lain dibenarkan pulak. hina sangatkah kami sehingga begini sikap seorang guru terhadap kami. 

tekanan demi tekanan aku terima saban hari dengan kerja badan dakwah, urusan adik2 junior sebilik yang nakal, ditambah dengan kerja sekolah yang bertimbun dan aku memang jenis susah nak faham apa yang cikgu ajar. sepanjang masa aku dan rakan2 duk fikir tentang subjek add math, bahasa arab, sains, prinsip akaun. macam mana nak lulus subjek ni. setiap kali exam sekelas dapat rendah.

setiap kali solat di masjid, aku berdoa "ya allah, matikanlah aku dalam masa terdekat. aku dah tak mampu menahan segala bebanan ini". hampir setiap masa aku berwirid dengan doa ini. ustaz pula sibuk suruh bertawassul dengan segala amalan baik yang pernah dilakukan untuk ibubapa. tak pernah pun terlintas di fikiranku untuk mengungkap doa itu. suasana di rumahku tidak memungkinkan aku untuk ucap doa itu.

apabila tiba waktu SPM, aku tidak sesibuk rakan2 yang lain yang fokus pada studi. aku masih berjalan kehulur kehilir seolah2 tiada tujuan dalam hidup. aku berputus asa untuk hidup. walaupun segigih mana aku belajar, aku tetap tak boleh jawab. 

result yang teruk memang padan dengan usahaku yang tak seberapa. aku bersyukur kerana Allah tempatkan aku di UIA. disini aku mula mengerti dan matang. memang ada manusia yang dilahirkan lebih pandai dari yang lain tapi bukan itu ukurannya. yang dinilai ialah usaha dan kegigihan kita untuk berjaya. walaupun gagal di akhirnya, usaha kita tetap dinilai olehNya.

aku sayang ahli usrah.