Minggu ni aku
terlalu sibuk dengan pilihanraya kampus.
Duduk tak sempat panas punggung, orang
panggil ajak mesyuarat. Penat macammana pun tanggungjawab itu perlu dipenuhi. Apabila
tiada kerja nak buat, berehat je lah kat bilik.
Aku takut beberapa perkara akan menimpa pada hari mendatang. Adakah aku
dapat focus di dalam kelas? Bolehkah aku brainstorming bersama rakan yang lain
di dalam mesyuarat? Mampukah aku menjaga ibadah seharian supaya tidak
berkurang?
Dalam keadaan genting begini, segalanya teruji. Hati membolak balik
dan graf amalan makin berkurang. Hari-hari ada ustazah yang memanggil untuk
mesyuarat. Amalan kebiasaan juga terabai. Maka otak yang genius ini pun mula la
nak buat otai. Catatkan segala kata2 semangat di soft board meja study. Baca setiap
hari. Haha.