Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

24.12.11

STAR WARS






























pengajaran dari filem ni:


Jangan meragui keputusan syura.
Apabila majlis mesyuarat dah buat keputusan, kita jangan bantah. Mereka dah bincang siang malam disamping mengambil kira faktor2 yang kita sendiri tak Nampak. Maka, yakinlah.

Firasat seorang guru selalunya betul.
Jangan main2 dengan firasat guru/cikgu/master. Kadang diorang ni mulut masin tau. Sekali dia sebut, jangan kita bantah. Ada gak anak murid yang suka desak cikgu2 supaya setuju dgn keputusannya. walaupun mereka cakap ya, tapi takde siapa tahu perasaan mereka..

Kuasa ditangan parlimen.
Kalu dah dapat kuasai parlimen, automatiknya kita dapat control tentera/polis. Kalu dapat kat orang baik takpe la. Kalu orang jahat yang conquer, habis la rakyat jelata. Ditipu, dibedil, dihapuskan..



27.10.11

LASKAR PELANGI



PENGAJARAN

Kisah ini banyak mengajarku erti kepentingan pendidikan. Kalu kita sekarang ni malas belajar, kita patut malu dengan orang lain yang berusaha mencari ilmu walaupun terpaksa membina sekolah sendiri, cari guru sendiri, malah rela berhujan panas semata2 untuk menuntut ilmu.

Sebagai seorang daie, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mencurahkan ilmu walaupun kita diherdik pada awalnya dan dipandang rendah oleh masyarakat sekitar. Ingatlah, setitik ilmu kita bagi pada generasi baru, ilmu itu akan jadi emas berharga di masa hadapan.

Sahabat baik kadangkala banyak membantu kita dikala susah senang tapi adakah kita bersikap sama seperti mereka. Kita seolah-olah tidak menghargai kawan2 di sisi dan sanggup berdalih walaupun apabila kawan minta tolong. Mungkin bagi kita benda tu hal kecil, tapi bagi mereka?(tiada siapa yang tahu kan).

Apabila datang tanggungjawab lebih besar, maka kita seolah2 dipanggil ke arah itu walaupun kita cuba untuk lari. Tanggungjawab yang datang itu menyebabkan kita terpaksa melepaskan kepentingan lain yang lebih ringan. Di sinilah nilai pengorbanan sebenar diukur.

Aku sarankan kamu tengok cerita ini..

20.10.11

MEGAMIND


Pengajaran:
  1. Superhero ialah dicipta bukan dilahirkan. Ini terbukti apabila Megamind tidak dilahirkan untuk menjadi superhero tetapi menjadi penjahat. Dia dididik di penjara lalu menjadi jahat. Selepas kematian Metroman, tanggungjawab untuk menghapuskan Tighten terletak pada tangannya. Lalu dia berubah drpd jahat kepada baik dengan membetulkan sikapnya yang asal.
  2. 'Melebihkan percintaan' ketika sedang merancang akan merencatkan gerak kerja sekaligus merenggangkan hubungan persahabatan. Ini dapat dilihat melalui sikap Megamind yang jatuh cinta pada Roxanne ketika mereka (Minion dan Megamind) sedang merancang untuk mencipta Tighten. Dia sanggup keluar bersama Roxanne dan meninggalkan Minion bersendirian di markas.
  3. Sejahat manapun penjahat, pastinya ada sedikit kebaikan dalam lubuk hati mereka. Megamind berusaha menewaskan Metroman sehinggalah dia berjaya. Selepas Metroman tiada, barulah Megamind sedar. Apalah gunanya berbuat jahat seandainya tiada yang ingin melawannya. Lalu dia mencipta Tighten untuk menjadi cabaran baru baginya.

A MILLIONAIRE 1ST LOVE



Pengajaran:
  1. Maut datang tanpa mengenal sesiapa. Apabila susah sampai masanya, kita hanya perlu pasrah sahaja. Walaupun mengambil ubat sekalinya, panggilan perpisahan itu perlu disambut walaupun terpaksa. Cinta sesama insan tetap terhenti apabila sampai masanya. Semasa hidup, kita berusaha membahagiakan pasangan. Bergelak ketawa, kerja bersama, tinggal satu rumah namun semua itu akan terhenti apabila si pasangan yang sakit itu semakin parah. Apa yang boleh dibuat hanyalah menjaganya siang dan malam.
  2. Catatan dalam diari oleh mengingatkan memori silam. Jae-kyung pernah tinggal di kampung bersama Eun-Whan tetapi dia sudah lupa semua itu akibat kemalangan semasa kecil. Setelah berpindah, Eun-whan selalu berjumpa Jae-Kyung tetapi dia tidak memberitahu siapa dirinya yang sebenar. Hal ini terbongkar setelah Jae-kyung mendengar catatan diari Eun-whan melalui pementasan yang diadakan di sekolahnya.
  3.  Harta yang banyak akan ditarik balik kalau kita tak pandai guna. Jae-yung yang berusia 18 tahun, sudah memiliki wang yang banyak, kereta sport, tinggal di hotel dan jarang2 datang ke sekolah. Semua itu hanya tinggal mimpi setelah ianya ditarik balik peguamnya kerana ingin menurut wasiat datuknya. Dia hanya akan dapat balik semua itu setelah berjaya menamatkan pengajiannya.