22.11.11

Mujahid Dakwah


kamus sejarah mencatat kisah

seorang pemuda mujahid dakwah
ditengah gelodah arus jahilliah
mujahid dakwah membina toifah
memimpin manusia menuju Allah
membina sesebuah ummah

langkahnya kemas penuh semangat
akhlak lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat

memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
andai suara sumbang
penuh padat dengan tuduhan

usaha murni suci mulia
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah
menjadi mainan bahan persenda

satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan Tuhan
tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara

mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yg rosak
dengan pengalaman jihad dan iman
menuju zaman yang lebih gemilang
zaman ummah kali kedua
itulah isyarat Rasul mulia
marilah kita junjung bersama
Islam pasti agung semula

17.11.11

JOM DHUHA + AL MULK


Kelebihan solat dhuha:
1. Meyakinkan diri dengan rezeki Allah
2. Peringatan supaya bangun awal
3. Membolehkan kita sarapan pagi 
4. Ke kelas awal
5. Dapat pahala Solat la ..

Kelebihan baca Al-Mulk:

1. Mengingatkan kita pada kerja yg tak siap lagi
2. Memudahkan kita tidur awal 
3. Memastikan kita berwuduk sebelum tidur
4. Mendapat perhatian kawan sebilik
5. Dapat Pahala baca Al- Quran


Our PATIENCE will achieve more than our FORCE

7.11.11

AKU MASOK WAD?

AKU PERNAH MASOK WAD? YA
BILA? AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
KENAPA? DISYAKI DEMAM DENGGI
DENGAN SIAPA? ADIK DAN ABANG AKU
RASA CMNE? MULA2 SEDIH, PASTU SERONOK
TAKNAK CITE? YELA2. NAK CITE LA NI..


hari 1:
main PS2 kat ruang tamu sambil2 teman abg yg demam. 


hari 2: 
turut sama demam. aku, abang, adik pegi klinik utk amek ubat. doktor test darah. sila ke hospital.
di hospital, naik wheelchair masok wad. nurse cucuk jarum masukkan air garam. amek darah sekali lagi.
badan rasa tak bermaya. ibu dan ayah ada disisi. katil abang ada kat sebelah. adik masok wad lain. nurse bagi makan ayam sup. nak makan tapi x lalu.


hari 3:
doktor kejut waktu subuh. amek darah. cikgu 1 sekolah pon kena suspek denggi jugak. katil depan aku.
rupa2nya ramai lagi teman 1 perumahan yang kena denggi. mak beli 100 plus. tak lalu nak minum. man utd menang 1-0 di jepun.


hari 4:
doktor kejut waktu subuh, amek darah. cikgu sekolah datang melawat. ustaz bagi duit. sukanya aku.
ayah kawan rapat pon masok wad jugak. katil sebelah. ada meeting hari ni. kawan tanya kabar. terkejut sebab aku masok wad.


hari 5:
dah boleh bangun. amek darah tetap ada. dapat nurse laki baru. sempoi. rasa nak 100 + banyak2. mak bawa hanset sebagai teman. 




hari 6: 
amek darah lagi. alahai. makan selera. rasa nak melompat. abang dan adik dah keluar wad, balik rumah.
aku sorang2 kat sana. abah n mak keje. sunyi rasanya.


hari 7:
macam biasa. amek darah di pagi hari. kena pindah katil baru. rasa teruja. kawan melawat. puji sebab handphone x rosak. bagi tazkirah kat aku.


hari 8:
amek darah lagi. rasa bertenaga. rasa nak tinggal lama lagi. doktor kata dah boleh balik. hoorey..



5.11.11

AKU KEBOSANAN

SEMALAM DAN HARI NI MERUPAKAN HARI YANG SUNYI BAGIKU. TIADA APA YANG DAPAT DILAKUKAN SELAIN MELIHAT POKOK DIDEPAN BILIK BERGOYANG SETIAP MASA, KEDAI MAKAN YANG SUDAH DITUTUP, BLOG B1 & B2 TANPA SUARA DAN PELAJAR YANG BERANSUR PULANG KE RUMAH.

AKU HANYA BERTEMANKAN SEORANG SAHABAT DI BILIK. KERETA CONTROL YANG DITINGGALKAN MASIH BELUM BERJAYA HILANGKAN KEBOSANAN INI. FACEBOOK YANG ADA HANYALAH SAMPINGAN. MAHU AKU MELALAK SORANG2!


BESOK ADA KORBAN DI COURT FUTSAL? HARAP2NYA YA. ALANGKAH INDAHNYA KALU AKU TERDETIK UNTUK BERHARI RAYA BERSAMA MEREKA DIKAMPUNG. IBU, AYAH, ABANG, ADIK2. 


MAK, DUIT SAYA DAH NAK ABES. ADA LA DALAM BELAS2 RM. NAK SURUH SAYA PINJAM DUIT NGAN KAWAN DULU? SIAPA KAWAN YANG ADA? MEREKA DAH PULANG LA IBU. MAK TOLONG BANK IN EH. APA? AYAH DAH BANK IN TADI? SUKA NYA SAYA DENGAR. SAYANG MAK. 


MAK. SAYA KESUNYIAN DI SINI. KAWAN DAH BALIK. SAYA RINDU NAK DENGAR SUARA MAK, NAK TATAP WAJAH MAK. BILA SAYA PULANG MAK? DOAKAN SAYA BERJAYA MASA SHORT SEM NI MAK. SAYA NAK EXIT ENGLISH. SAYA TAKNAK REPEAT. SAYA TAKNAK RESIT. 


MAK, SEMALAM SAYA DAH LUAHKAN SEGALANYA PADA SI DIA. SAYA GEMBIRA. SEMUA PERSOALAN SUDAH DIJAWABNYA. 


SAYA SEDANG KEBOSANAN NI..

4.11.11

SAYANGI MEREKA



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila"