25.12.12

KAMU DAN DIRIMU

"dia tak studi pun tapi berjaya."

"aku tak pernah nampak dia studi. memang patot la failed."

"dia memang rajin giler studi. konfem2 la berjaya."

"aik, aku selalu nampak dia studi. takkan la failed jugak kot"


(kamu sendiri yang tetapkan perjalanan hidupmu. )

11.12.12

SEM DAH NAK HABIS.

sem I 2012/2013 dah nak abes. Ni dah 2nd sem bagi aku. next sem dah jadi 2nd year student. banyak duit aku habiskan sem ni. beli rim motor yang baru, beli handphone baru, beli jubah baru, beli selipar2 baru, beli cermin mata, topi cap, beli helmet baru, tukar minyak hitam moto, tukar mentol, dan macam2 benda yang mengarut serta tak masuk akal.

yang berubahnya, aku kurang makan waktu tengah malam kecuali tertekan yang amat. satu sem aku tak sentuh roti canai. elergi. aku suka minum jus mangga, horlicks ais.


rasanya sem depan kena berubah. kurangkan berbelanja. jangan beli benda yang bukan2. belajar berfikir seperti orang dewasa. jauhi sifat kebudak-budakan. dan rajin2 ulang kaji pelajaran sebab nanti nak jadi Great Historian.

18.11.12

IPHONE 5


dua-dua iphone 5.
satu ori, satu china.
kamu sendiri boleh tengok 
mana bezanya.





10.11.12

AKU MAHU BERSENDIRIAN

minggu ni memang minggu yang menguji kesabaran aku.
aku ada 2 exam midterm dan 1 kuiz.
pada masa yang sama kawan-kawan ajak keluar.
aku rasa tertekan. rasa nak menangis. aku tak tahu nak luah kat sape.
jadi jangan pelik lah kalu tengok aku asingkan diri dari rakan2 mggu ni.
mohon maaf. aku tak suka duduk bersama kamu ketika tertekan. 
biarkan aku sendiri for a while.


2.11.12

BABY IS NOT ALLOWED


Saya tak sukakan bayi, budak kecik, baby. Dari dulu lagi. Diorang ni suka buat bising. Tambah2 kalu ada teman2 yang bawak anak datang liqa, mmg aku menyampah. Datang buat bingit, lari2, baring kat stage. Rasa nak tumbuk jer. Yang datang rumah lagi ah. Usik alat mainan aku. Sampai hilang, rosak.