6.8.14

acoustic jiwaku

aku renung jam itu
kita berkongsi hari yang satu
di hatiku kamu si ratu
apakah hadiahmu meminta restu

datang berita membawa duka
kau berlalu dalam suka
aku disini menanti masa
bersediakah aku dengan hari muka

hadiah kau beri masih ku simpan
mungkin tersisa sedikit harapan
ku selit surat mu dicelah papan
sebagai azimat masa depan

waktu kosong datang mengisi
aku nak excuse mohon permisi
sahabat datang duduk disisi
kerana mereka aku tangisi

melihatmu buat aku sakit
aku tahan bagaikan pesakit
memori lama seakan terungkit
menyuruh aku supaya bangkit


6.6.14

Biarlah Kau yang Mulia

setiap benda ada regunya.
hidup dan mati.
dosa dan pahala.
syurga dan neraka.
mulia dan hina.

kemuliaan hadir apabila adanya kehinaan.
kalaulah ada 9 sahaja orang yang mulia,
biarlah aku yang kesepuluh.

kau sahabatku.
takkan ku biarkan kau dalam kehinaan.
biarlah aku menebal muka.
jangan sesekali kau dihina. 

23.5.14

MAAFKAN AKU

surat biru itu ku terima
nasihat kalian ku tatapi
penuh dengan teguran
menyedarkan aku dari lena
bahawa aku tidak sempurna

teguran masih sama seperti dulu
seolah aku tidak berubah
apabila gurauan disalah anggap
ternyata benar seperti disebut nabi
banyak bercakap banyaklah dosa

aku harus bangun
aku merindui kamu yang dulu
aku merindui perjuangan dulu
gayanya semua seperti menghulur tangan
kepada orang yang kelemasan
sedangkan tali tersimpan rapi 
tidak diusik. 


15.4.14

BAHASA KESEPIAN

hujung minggu yang redup,
aku merancang, Dia juga merancang,
lewat ku bangun,
berharap peluang masih terhidang
untuk orang yang lalai sepertiku,

kawan menyapa ingin ziarah,
hati berbelah bahagi,
antara yang empat belas dan satu,
kerana suaikenal, ku temani,

cerita terbaru, cerita airmata,
dalam diam makan dalam,
ingatkan 1 rupanya 2 ditinggalkan,
aku berlalu dengan bahasa kesunyian.

14.4.14

melepaskan

kawanku,

hari ini saya belajar untuk melepaskan,
melepaskan segala yang saya pegang,
melepaskan benda yang sudah pasti akan jatuh ke pangkuan,
melepaskan segala kepenatan duniawi,

aku belajar,
melepaskan segala jawatan yang datang bergolek,
melepaskan peluang depan mata,
melepaskan dia kepada orang lain,