31.12.13

SELAMAT DATANG 2014

orang yang mempunyai matlamat telah mendahului orang lain sebanyak beberapa langkah. dengan itu, saya mesti menetapkan beberapa sasaran untuk digapai sempena tahun baru 2014.

beli smartphone clone untuk adik
studi sebelum masuk kelas
kurangkan menerima jawatan
memulakan usrah form 6
khatam quran sem depan
membuat perancangan kewangan
menyimpan dan melabur macam biasa
kurangkan berbelanja untuk barang yang tak perlu
pastikan carry mark tinggi- esaimen, presentation, kuiz
menaikkan pointer sedia ada
sentiasa servis motor


17.12.13

KENAPA MESTI BERPATAH BALIK

seorang abang datang dari jauh untuk melawat adiknya di uia. kemudian minyak moto habis setibanya di pintu pagar uia. puas dia menunggu bantuan dari orang yang lalu lalang. then ada 2 pemuda  bermotor berlalu di hadapannya. dia memanggil tapi lelaki 1st tidak dengar sebab pakai helmet. pemuda 2nd tersedar lalu berhenti bertanya kabar.

seusai bertanya, abang itu meminta sedikit wang dari pemuda tersebut untuk mengisi minyak moto dan bertanya di mana stesen minyak berdekatan. pemuda itu memberi alasan tiada duit kerana baru balik dari kelas walhal dia dari meeting. setelah memohon maaf dan berlalu pergi, dia berpatah balik untuk kali kedua. hasil perbualan, dia merasakan abang itu bukan student uia.

"takpelah abang, biar saya ambil helmet kat bilik dan isi minyak moto sama2". kemudian si pemuda itu bergegas ke bilik dan mencapai botol serta helmet lalu menuju ke stesen minyak. then dia kembali kepada abang tersebut sambil menghulur botol yang dipenuhi minyak.

pemuda itu tidak mahu berbual panjang tetapi disekat setelah dia hampir pergi. adik abang datang dari jauh. "Kenalkan, ni adik saya. saya datang nak melawatnya. duit kamu, nanti saya bayarkan". putera rasa segan dengan bayaran tersebut dan cuba menolak. "Nama kamu siapa. boleh bagi no tel?" kata si adik. kerana terlalu segan dan malu, pemuda memberitahu nama, no tel, dan kuliyyah dan berlalu pergi meninggalkan meraka tanpa mengambil sebarang upah. 

uia memang femes dengan cerita perompak jalanan. tapi pemuda memberanikan diri untuk berpatah balik kerana beberapa persoalan.
Kalau dia perompak, kenapa dia lepaskan si pemuda itu?
sanggup datang ziarah adik walaupun duit takde, minyak habis? kesian.



9.12.13

AKU PEKERJA, BUKAN PEMIKIR

"hari ahad aku selesai menguruskan satu kem, isnin malam dapat mesej supaya jadi komiti kem lain"

di dalam organisasi ada pemikir, ada pelaksana. sekiranya kita tidak dapat kuasai kedua-duanya, cukuplah satu. pelaksana itu cakapnya kurang, kerjanya banyak. 

24.10.13

KONSELING

jurusan sejarah di iium tidak menawarkan pengalaman tentang kaunseling dan bimbingan. sy mengambil inisiatif untuk memilih skill kaunseling untuk belajar memahami cara membimbing manusia di sekeliling. mungkin suatu hari nanti saya boleh gunakan skill ini untuk mententeramkan pelajar yang stress.

minggu pertama saya belajar tentang open and close sharing. prof suruh kami (dalam kumpulan) untuk berkongsi tentang perihal diri sendiri berdasarkan point yang diberi. kami kurang bercakap kerana rasa percaya masih kurang. selepas habis sesi satu, kami diberi peluang untuk berkongsi apa saja yang kami mahu tanpa sebarang teks, point.

hasilnya kami lebih terbuka untuk berkongsi tentang perihal diri. kami ketawa, senyum dan ceria. pengajarannya, manusia lebih suka untuk berkongsi apabila tidak rasa dikongkong. 

minggu kedua kami melakukan tour ke bilik kaunseling. biliknya sangat cantik dan kondusif dan teramatlah sesuai untuk kita meluahkan perasaan. pemilihan warnanya sangat lembut dan tenteram. 

11.10.13

TAKDIR TUHAN

hari selasa ada meeting PA. mesej 1st kata mula pukul 8. dapat mesej 2nd, aku tak baca. aku sampai awal di tempat meeting. cek balik mesej 2nd, meeting mula pukul 9. alhamdulillah dapat datang awal.

hari rabu ada meeting kelab. pada masa yang sama ada program motivasi. hati rasa berbelah bahagi. meeting kelab diteruskan. cek jadual, program motivasi rupanya esok. alhamdulillah ya rabb..