15.11.14

JAWATAN OH JAWATAN

jawatan oh jawatan
kerenamu aku lantang
bagai teriak menghalau setan
hakikatnya cuma mencari kesempatan

hari mendung silih berganti
hari berlalu tanpa henti
datang memberi sepertiku menanti
zahirnya seperti diriku mati

berpencak kata aku beraksi
berpesta lidah aku bersaksi
minta izin mohon permisi
aku bukan mengejar posisi

...
dulu di sekolah, orang memberi jawatan paling bawah padaku.
dulu di matrix, orang memberi jawatan kerena kelantangan ku berkata.
sekarang di main campus, orang masih ingin memberi posisi padaku.
tidak kah kalian melihat track rekod buruk ku di matrix.
organisasi hancur kerana dosaku, kerana degilku, kerana sikapku.
kesamaran apakah yang menutup pandangan kalian.
masih aku tertanya apa sumbanganku kepada organisasi.
cukuplah aku sebagai ahli biasa, yang hadir cuma memenuhi undangan. 

3.11.14

SILAP KU

antara kesilapan yang paling ketara aku pernah buat ialah memberi harapan kepada seseorang lalu meninggalkannya. semasa zaman tidak matang, sungguh mudah untuk mengungkap kekata manis, seolah olah ianya benda yang pasti akan berlaku.

memang benarlah kata pepatah, waktu lapang pemuda ialah permulaan maksiat.

apabila datang antara 2 pilihan, aku memilih jemaah. dia ditinggalkan keseorangan dan tidak diambil tahu seperti permulaan cerita. kini, detik itu kembali dengan individu yang lain tapi memegang watak yang sama. aku jadi konfius dan tidak keruan. 

dari situ aku mula belajar erti keutamaan, dan melepaskan segala apa yang ada. mungkin ianya perit untuk melupakan kenangan yang dibina tapi hakikatnya, bahagia sedang menanti di hadapan.
aku berdoa saban hari semoga Allah mengampunkan doa aku, dia, kamu dan mereka yang terlibat. :)

6.8.14

acoustic jiwaku

aku renung jam itu
kita berkongsi hari yang satu
di hatiku kamu si ratu
apakah hadiahmu meminta restu

datang berita membawa duka
kau berlalu dalam suka
aku disini menanti masa
bersediakah aku dengan hari muka

hadiah kau beri masih ku simpan
mungkin tersisa sedikit harapan
ku selit surat mu dicelah papan
sebagai azimat masa depan

waktu kosong datang mengisi
aku nak excuse mohon permisi
sahabat datang duduk disisi
kerana mereka aku tangisi

melihatmu buat aku sakit
aku tahan bagaikan pesakit
memori lama seakan terungkit
menyuruh aku supaya bangkit


6.6.14

Biarlah Kau yang Mulia

setiap benda ada regunya.
hidup dan mati.
dosa dan pahala.
syurga dan neraka.
mulia dan hina.

kemuliaan hadir apabila adanya kehinaan.
kalaulah ada 9 sahaja orang yang mulia,
biarlah aku yang kesepuluh.

kau sahabatku.
takkan ku biarkan kau dalam kehinaan.
biarlah aku menebal muka.
jangan sesekali kau dihina. 

23.5.14

MAAFKAN AKU

surat biru itu ku terima
nasihat kalian ku tatapi
penuh dengan teguran
menyedarkan aku dari lena
bahawa aku tidak sempurna

teguran masih sama seperti dulu
seolah aku tidak berubah
apabila gurauan disalah anggap
ternyata benar seperti disebut nabi
banyak bercakap banyaklah dosa

aku harus bangun
aku merindui kamu yang dulu
aku merindui perjuangan dulu
gayanya semua seperti menghulur tangan
kepada orang yang kelemasan
sedangkan tali tersimpan rapi 
tidak diusik.