26.7.15

BACALAH DENGAN PERASAANMU

alhamdulillah dah genap sebulan aku berpraktikal. Pelbagai ragam dan perkara yang aku lalui dan sedikit sebanyak ia menambah pengalamanku.

1. Disini berlaku pertembungan antara pemikiran salafi dan khalafi. Pelajar dan Staff masing-masing bertempur dengan gaya tersendiri. Yang pastinya, setiap group tidak mahu selesaikan sengketa secara berdepan tapi memilih untuk kutuk belakang. 


Dari sudut yang positif, pelajar dan staff disini sangat mengambil berat soal pemikiran yang mereka ikuti. Geng Khalafi sangat rajin keluar menuntut ilmu di pondok dan talaqqi bersama habaib. Geng Salafi pula berusaha membetulkan amalan masyarakat dengan sesi penerangan tentang hadith. Mereka juga sangat rajin ke masjid untuk solat berjemaah. 


Dari sudut negatif, sampai sekarang Geng Khalafi masih belum mampu untuk bertolak ansur dengan sebarang pemikiran selain mereka. Sukar sekali mencari titik persamaan untuk mendamaikan antara dua Geng ni. Sebagai contoh, pelajar akan mengadakan sesi penerangan semula setiap kali selepas kelas akidah kerana yang mengajar ialah guru Salafi dan para pelajar ialah Khalafi.


2. Alhamdulillah aku mampu untuk habiskan seminggu satu buku. Selain membaca untuk menambah maklumat dan info, aku dapati setiap pengalaman yang dibaca sebahagiaannya seakan sama dengan yang pernah aku lalui. Rupanya setiap kesusahan dan kesulitan yang kita hadapi telahpun dilalui oleh orang terdahulu dan mereka mampu untuk mencari jalan keluar dari masalah dan dilema yang melanda. Setiap persoalan dan keserabutanku seolah-olah terjawab secara tidak langsung melalui pembacaan. Aku meneliti bagaimana cara mereka hadapi dan selesaikan masalah tersebut. 


Membaca memang hobiku. Masaku disini banyak dihabiskan dengan membaca buku. Buku yang aku baca termasuklah buku Liberal, Al-Arqam, masalah masyarakat, tokoh, dll. Bos memberi tugasan kepadaku untuk menganalisa sebuah buku yang berbaur pengaruh Syiah. Bukan aku taknak terlibat, cuma buku tersebut berkaitan dengan hubungan suami isteri. Aku paling tak suka baca buku begini sebab persoalan hubungan suami isteri hanya mampu dijawab oleh ahlinya. 




2.7.15

FEELING LOST

sudah 2 minggu aku intern di kampus ni. setiap hari aku rasa tak tentu arah seolah-olah keputusan yang aku buat ini salah dan tidak seharusnya diputuskan. manakan tidaknya, semua mensyorkan aku supaya jangan praktikal kalau tidak dibayar. pendapat mereka pun ada betul jugak. kalau tak praktikal, aku boleh rehat di rumah 3 bulan. setiap petang selepas habis waktu kerja aku akan meraung dan melihat ke langit merenung nasib apa nak jadi.

setiap hari buat kerja yang sama. rutin yang sama berulang selama 2 bulan. just imagine you know. bangun pagi, sahur, solat subuh, punchcard, susun buku, tunggu pelajar masuk, scan buku yang nak dipinjam dan dihantar, berbual dengan officemates, solat zohor, solat asar, punchcard balik, iftor, solat maghrib, rehat jap, solat isyak dan tidur. 

setiap pagi bos akan bagi nasib dan sembang benda yang aku taknak dengar. setiap kali officemate bagi nasihat (kononnyalah) aku akan kutuk dalam hati. menyampah giler layan perangai orang tua. 

aku buat intern ni untuk dapat certificate je, bukan sebab credit hour. setiap hari motivasi menurun ke tahap yang paling bawah dan setiap pagi aku akan charge balik. kalau semua orang kata aku takde masa depan, memang patutlah aku down. alahai..

28.6.15

SEMINGGU INTERNSHIP

alhamdulillah sudah genap seminggu aku berpraktikal di kota bharu. 21/6/15- 25/6/15. banyak benda yang aku belajar. praktikal ni tak wajib tapi aku sengaja buat untuk timba pengalaman.

pada minggu ni aku ditugaskan di pustaka. aku belajar untuk menggunakan sistem OPAC, sistem khas untuk library. klik sana klik sini, sistemnya sangat senang. setiap hari aku akan duduk di kaunter untuk berurusan dengan peminjam dan penghantar buku dikalangan students dan lecturers. pernah sekali aku cuba untuk bersembang dengan si peminjam buku. aku sangka student, rupanya pensyarah. nasib baik tak cakap bukan2. haha

hari selasa, ada sorang kawan pompuan sekolah lamaku melintas di hadapan kaunter. aku cam muka dia. aku nak tegur pun segan sebab dengar kata dah kahwin tahun lepas dengan budak sekuliah. sampai ke sudah aku tak tegur walaupun dua tiga kali dia ulang alik di depan kaunter. semasa nak balik, aku ke pejabat pentadbiran untuk punchcard. kemudian ada suara menegurku dari belakang. Abas! wat gapo sinih? sorang lagi kawan perempuan menegurku. dia pun dah berkahwin tau. kat kampus ni ada banyak orang yang aku kenal walaupun mereka tak kenal aku. terkesima aku dibuatnya.

setakat hari ni, tak ramai pun yang tahu aku intern kat mana. bukan aku taknak bagitau cuma aku taknak ditertawakan. budak perempuan tu buat bising kat wasap. semua orang tahu aku bertugas kat library. walaupun dia cuba untuk tidak meremehkan jalan yang aku pilih, tapi aku tetap merasakan sindiran dari yang lain. entahlah kenapa. seolah-olah semua orang berfikir aku tiada masa depan. seminggu penuh aku diremehkan dan diperli kerana memilih kos sejarah. 

aku rasa nak meraung setiap kali orang merendahkan, memerli dan mengutuk serta kata kos sejarah takde masa depan yang cerah. 

29.5.15

KENAPA TURUN LAGI. TAK SERIK KAH.

aku sering berjanji pada diriku untuk tidak turun main futsal dan main PES. Bukan aku takut kalah tapi aku takut maki hamun dan beremosi. menang dan kalah memanglah adat permainan tapi tak semua sanggup menerima kekalahan. apabila sudah kalah, tiada lagi senyuman, gelak ketawa dan ketenangan. kalaupun berbunyi, cuma maki hamun. muka mulai merah menahan marah. semua benda seakan tidak kena.

aku berjanji lagi. masih sama seperti hari sebelumnya. tapi apabila mereka memanggil, aku lupa pada janjiku. ku kata pada diriku "jangan risau, malam ni takda apa akan berlaku. main macam biasa". hasilnya, aku masih mengulangi kesalahan yang sama. pergi dengan ceria dan pulang dengan masam muka. 

aku berjanji lagi. jangan turun kalau musim exam. aku tetap turun. aku kata last ride tapi aku lupa pada janjiku. itu tak kena, ini tak kena. aku mula naik berang. badan panas dan rasa nak sepak orang. aku tahan dan aku istighfar. tapi istighfarku masih sama dan tidak berkesan. tiada lagi senyum. 


26.5.15

KATA MEREKA KAMI TIDAK SERIUS

mereka kata kami tidak serius,
kami belajar siang dan malam,
tahan mengantuk mata tak pejam,
mengharapkan masa depan tidak kelam,
demi sebuah ijazah untuk digenggam.

mereka kata kami tidak serius,
solat dhuha setiap pagi,
sebilik kongsi ubat gigi,
setiap hari makan maggi,
duit sedikit disimpan lagi.

mereka kata kami tidak serius,
tatap mukamu paling ku gemar,
setiap potretmu aku simpan di kamar,
cukup bulan masuk melamar,
walaupun harapan masih samar.

mereka kata kami tidak serius,
setiap hari mencari doa contoh,
mengharap macam orang bodoh,
walaupun muka totally hodoh,
supaya kita berdua ada jodoh.

mereka kata kami tidak serius,
pagi petang malam aku menunggunya,
untuk bergurau senda di alam maya,
setiap persoalan sudah pun ditanya,
kenapa melayan kalau sudah berpunya.