Hari
ni hari pertama semester 1. Aku datang ke kelas awal tak macam biasa. semua
classmate tunggu lecturer kat luar. Kelas kosong. Aku masuk pasang air-cond,
duduk belakang sekali. Bebudak kat luar pandang semacam jer. Control macho la
kita. Then, ada sorang pompuan masuk ke dalam kelas. Tanpa segan silu dia duduk
tepi aku. Apa hal minah ni. Menyemak tak tentu pasal. Dia tanya nama aku. Aku jawab.
Aku tanya nama dia. Cantik kot. Punyalah panjang namanya. Panggil Nor jer. Pelajar
tahun 2. Budak Bandar mmg cmtu. Dah 5 minit tggu, baru la budak2 ni ramai-ramai
masuk kelas. Usha-usha semacam sekali lagi. Mana tak nya, budak pompuan tadi
sibuk cakap pasal lecturer lewat. Siap kutuk2 lagi. Budak2 ni mmg pasang
telinga la. Dia tanya aku nak buat camne
kalu lecturer lewat camni? Aku cakap pukul jer lah. Dah setengah jam tunggu,
tetiba ada suara “terima kasih kerana sudi menunggu”. Tidak semena-menanya
budak pompuan tadi bersuara dan jalan ke meja depan. “assalamualaikum. Terima
kasih sebab sudi datang hari ni. Maafkan saya sebab tak bagitahu. Saya ialah
lecturer kamu untuk sem ni”. Mak oi, terkejut aku dibuatnya. Siap tinggal
nota lagi kat tempat duduk tadi ajak minum kat kafe. Haish, budak tahun 2
master rupanya. Wow. Terkena aku hari ni
28.3.12
18.3.12
AKU KAN PERGI
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya
11.3.12
DARINYA DATANG
hidup ini banyak cubaan,
komputer jammed, tergadai assingment,
lupa merantai, motor hilang,
pintu terbuka, pencuri masuk,
katil terbiar, diisi penumpang,
salah parking, saman mahal,
buku tebal, beratkan bag,
print sikit, bayar lebih,
mahu beribadah, sendiri bangun,
lambat datang, kelas kunci,
datang awal, kelas cancel.
letakkan pengharapan padaNya,
susah ini hanya sementara,
sudah ramai yang berjaya,
bermula dari kesusahan yang amat pada awalnya,
hayati kisah mereka duhai si pembaca,
saya sayang kamu, just smile..
komputer jammed, tergadai assingment,
lupa merantai, motor hilang,
pintu terbuka, pencuri masuk,
katil terbiar, diisi penumpang,
salah parking, saman mahal,
buku tebal, beratkan bag,
print sikit, bayar lebih,
mahu beribadah, sendiri bangun,
lambat datang, kelas kunci,
datang awal, kelas cancel.
letakkan pengharapan padaNya,
susah ini hanya sementara,
sudah ramai yang berjaya,
bermula dari kesusahan yang amat pada awalnya,
hayati kisah mereka duhai si pembaca,
saya sayang kamu, just smile..
2.3.12
SUPER MORONS
Cukup sudah hati berdarah. Usah ditambah cerita yang sudah. Di mana kekasihmu yang pernah kau sanjungi dan mengapa pula padaku menjadi pelepas ceritamu dan jua sepimu. Usah menabur budi mengharapkan simpati sedangkan kau menitip cemburu iri hati. Tak mungkin kuberpaling padamu yang meracuni rimbunan kasihku sehingga berguguran kelopak ukhuwah kita. Semuanya kerana fitnahmu, kerana kamu tak lagi mengerti hatiku. Walau segunung sesalmu tak mungkin kukembali. Cukuplah sekali kejelekanmu menggamit pilu. Tidak mungkin kumaafkan lagi salah sangka yang direncanakan. Ini semua adalah kerenahmu setelah diariku tak mampu menjadi milikmu sepenuhnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)