Hari
ni hari pertama semester 1. Aku datang ke kelas awal tak macam biasa. semua
classmate tunggu lecturer kat luar. Kelas kosong. Aku masuk pasang air-cond,
duduk belakang sekali. Bebudak kat luar pandang semacam jer. Control macho la
kita. Then, ada sorang pompuan masuk ke dalam kelas. Tanpa segan silu dia duduk
tepi aku. Apa hal minah ni. Menyemak tak tentu pasal. Dia tanya nama aku. Aku jawab.
Aku tanya nama dia. Cantik kot. Punyalah panjang namanya. Panggil Nor jer. Pelajar
tahun 2. Budak Bandar mmg cmtu. Dah 5 minit tggu, baru la budak2 ni ramai-ramai
masuk kelas. Usha-usha semacam sekali lagi. Mana tak nya, budak pompuan tadi
sibuk cakap pasal lecturer lewat. Siap kutuk2 lagi. Budak2 ni mmg pasang
telinga la. Dia tanya aku nak buat camne
kalu lecturer lewat camni? Aku cakap pukul jer lah. Dah setengah jam tunggu,
tetiba ada suara “terima kasih kerana sudi menunggu”. Tidak semena-menanya
budak pompuan tadi bersuara dan jalan ke meja depan. “assalamualaikum. Terima
kasih sebab sudi datang hari ni. Maafkan saya sebab tak bagitahu. Saya ialah
lecturer kamu untuk sem ni”. Mak oi, terkejut aku dibuatnya. Siap tinggal
nota lagi kat tempat duduk tadi ajak minum kat kafe. Haish, budak tahun 2
master rupanya. Wow. Terkena aku hari ni
it is true story? -_-
ReplyDelete