Salam
alaik. Aku nak cerita pasal teknik belajar yang diamalkan oleh aku sendiri.
Sengaja nak bagitahu. Bukan nak bajet. Ungkapan usaha tangga kejayaan
sememangnya sahih. Aku tak pernah amalkan ungkapan ni dalam akademik sejak
bangku sekolah lagi. Aku cuma praktikkan dalam kerja dakwah.
Semasa
matrikulasi, aku bermula dengan teruk. Aku tercari-cari semangat dan cara untuk
belajar. Alhamdulillah aku cuba pelbagai teknik dan CGPA meningkat setiap sem
sehingga aku pernah dapat GPA 4.00.. Sambung ijazah, alhamdulillah aku berjaya
menemui rentak untuk belajar dan bermula dengan CGPA yang paling tinggi sepanjang aku belajar di UIAM.
Teknik
abas hujan:
- Baca isi-isi penting dalam buku teks.
- Tulis isi-isi tersebut atas kertas A4/examination pad dengan marker. Tulis besar-besar.
- Review balik perkataan-perkataan menarik dalam nota tu. Biasanya perkataan macam ni memudahkan kita ingat balik apa yang ditulis.
- Tampal kertas tadi di dinding,softboard.
Itulah
teknik aku. Nak taknak, kau akan terbaca jugak nota tu bila bangun tidur
walaupun kau taknak. Haha..biarlah orang nak kata apa pun. Asalkan aku senang
nak hafal nota. Mula-mula aku rasa rugi beli kertas banyak2. Tapi bila dah tahu
ada gunanya kertas2 ni, aku tak kesah pun. Kekadang kawan aku pun boleh baca
jugak nota tu. Takde masa aku nak mengajar kawan. Tetamu bukan untuk diajar tapi
untuk dilayan.. Lepas usaha, kalau tak ingat jugak, tawakal lar wei. Kau dah
tahu, tapi tak sedar.
Seriously...tersentap...bukan apa...pernah jugak nak buat cam cara nta ni...tp rase mcm x cukup masa nk buat...nak membaca pun tak sempat habis...aduh...tq2..nak cuba buat la sem depan...i.Allah..terima kasih kawan atas exposure ni...
ReplyDelete~budak tension~
ambo pun takde masa khusus untuk buat benda ni. Buat ketika masa lapang jer. Kalu reti kurangkan buat benda ngarut sem depan, insyaAllah dapat banyak masa lapang.
ReplyDelete-aku kenal. tengok susunan ayat pun dah tahu Dr-