Dalam kita nak mencari redha Allah, kita selalu diuji untuk tahu samada
kita bersungguh ataupun memain. Kekadang Muslim diuji melalui lisannya. Allah taala
akan uji setiap benda yang kita kata. Sebab tu la jangan buat keputusan ketika sedang marah, dan jangan berjanji kerana sedang gembira. Kelak kekata itu yang akan membaham
ketika lalai. Muslim yang baik tidak menjadikan kekata ini sebagai sekatan
baginya untuk berdakwah dan memberi nasihat kerana mereka kenal dengan konsep
tawakkal. Selepas berusaha, maka bertawakkal lah supaya kekata kita tidak
menjadi hujah ke atas kita dihari muka.
27.8.12
23.8.12
KENAPA PEREMPUAN SUKA BERHIAS?
Setelah lama memerhati
sikap budak pompuan yang suka berhias apabila keluar rumah, aku dapat
menganalisa beberapa pendapat.
Pendapat 1: anak gadis
yang dah berpunya akan berhias untuk teman lelakinya apabila keluar rumah.
Pendapat 2: yang belum
berpunya berhias supaya dapat menarik perhatian ramai lelaki. Mungkin mereka
akan memujinya. Mungkin juga dia berharap akan jumpa teman istimewa hari tu dan
penampilan pertamanya akan diingati sampai bebila.
Yang pastinya, aku akan
kutuk kalau perempuan cantik tapi boros bercakap.
22.8.12
BERTINDAK DITEMPATNYA
Ada 2
orang pekerja yang hidup didaerah yang sama sejak 20 tahun yang lalu dan
mempunyai pekerjaan yang sama. Mereka selalu terperangkap dalam kesesakan lalu
lintas hampir berjam lamanya semasa pergi kerja. Bila ditanya apa perasaan si A
semasa jem, dia kata
“Aku dah bosan giler
hidup kat daerah ni. Jem dari dulu lagi. Aku tak tahu la bila benda ni nak
berakhir.”
Bila ditanya
pada si B yang turut mengalami jem teruk yang sama, beliau menjawab,
“Saya tak risau pun
dengan kesesakan lalulintas. Saya dah
sediakan beberapa buah buku untuk dibaca dan beberapa kaset untuk dipasang
semasa jem. Saya tak perlu risau pun.”
Lihat,
mereka mengalami nasib yang sama tapi mengambil tindakan yang berbeza. Setiap tindakan
yang diambil akan memberi impak pada hidup. Jadi, sila cermat ketika bertindak
dan jangan boros ketika bercakap.
20.8.12
BAJET RnD
Tak guna kalau hanya berfikir tapi tiada pelaksanaan. Menurut perhatian
aku makin ramai pelajar nak jadi pemikir dan hanya sedikit yang nak jadi badan
pelaksana. Apalah guna bermatlamat sebesar gunung tapi langsung tiada pelaksana
hatta sebesar semut. Teringat aku dengan kisah kucing.
Dulu ada sekumpulan tikus selalu kena makan ngn kucing. Pastu mereka pun
bermusyawarah macam mana nak selamatkan rakan2 yang lain. Hasil keputusan bersepakat nak gantung loceng kat tengkuk
kucing. Tapi bila tiba masa nak gantung, semua tak sanggup.
Bagi aku, tak aci la kalau korang asyik nak jadi pemikir je. Ada yang kata
nak jadi ‘check & balance’ pada organisasi macam ahli akademik yang lain. Tolong
la jangan nak perasan. Sebelum diorang jadi penganalisis macam sekarang, diorang dulu
banyak buat kerja lapangan. Bukan macam korang sekarang. nak merancang jer, ajak kerja
taknak.
15.8.12
RAYA 2012
antara kesalahan di hari raya |
Selamat berpuasa dan selamat hari raya. Sila diam seketika.
Berhenti mengelamun. Tanya dirimu wahai sayangku. Apa perubahan yang telah kau
lalui semasa bulan ramadan? Saranan saya, tetapkan balik matlamat hidup ni
supaya kita tak hanyut. Aku pernah
bertanya kepada diri. Apakah impak ramadan kali ini padaku? Dapatkah aku
teruskan amalan baik selepas ini? Sebulan kita berpuasa dan mengharap keampunan
Tuhan. 1 Syawal ialah hari untuk kita mohon ampun dengan manusia pulak yer.
9.8.12
MAAFKAN SAYA
Salam alaik. Ada kawan bagitahu.
‘kita jangan nak kat orang
tapi biar orang yang nak kat kita’. Aku tak rasa
frasa ‘orang nak kat kita’ akan menjadikan hidup lebih baik sebab makin ramai yang
nak kat kita, makin banyak pilihan yang perlu kita tempuh. Hidup menjadi tak
tentu arah akibat pilihan yang terlalu banyak. Pilihan yang datang tidak dijemput.
Cuba pikir balik. Apabila dah ramai orang minat kat kita sanggup ker kita
bagitahu yang kita dah berpunya. Mereka dah menaruh harapan yang tinggi kat
kita. Ye, aku pernah alami benda macam ni. Satu demi satu meluahkan isi hati
mereka kat aku melalui fb, mesej, call. Walaupun mereka guna ayat lintang
pukang tapi aku tak rasa mereka hanya saje-saje buat camtu. Tapi nak buat
camne. Bukan nak perasan tapi perkara benar. Saban hari aku pikir perkara ni. Bimbang
dicop ‘playboy’ aku remove muslimat dalam list fren fb aku. Yang suka chat,
mesej, dan call aku tu, harap mereka faham. Aku sebenarnya pun taknak cakap
pasal benda ni tapi aku rasa satu keperluan untuk peringatan pembaca.
7.8.12
AKU INGIN KATAKAN
Semalam
aku hantar kawan pulang ke rumah. Akibat tiada topic menarik kami hanya
bercakap seketika sahaja. Tapi apabila jarak menghampiri rumahnya, kami jadi
makin aktif bercakap. Kami mula bertanya dan bercakap. Semakin dekat, semakin
banyak topic yang ingin diceritakan. Seolah-olah mahu menambah beberapa KM lagi
supaya kami boleh berbual lebih lama.
Itulah
lumrah kehidupan kita. Semakin kita berjauhan, semakin banyak topic yang ingin
dibicarakan tapi apabila bersama, tidak
ada rasa untuk berbual tentang perkara itu. Hargai kawan ketika mereka masih
ada sebelum mereka….
1.8.12
KAKI ADU
Semalam
kawan aku call. Mengadu pasal buah hatinya. Dia minat dalam diam tapi malu nak
berbicara dengan si dia. Paling berani pun, buat status cinta jer. Dengan harapan
buah hati dia baca. Hampeh. Katanya mula mengadu,
“salam
bOs. Aku minat kat sorang ni. Dia selalu hantar mesej pasal perjuangan/semangat
kat aku. Rasa bertuah gak. Haha. Aku ingatkan mesej2 tu memang khas untuk aku
sorang jer tapi kengkawan aku (budak laki) yang lain pun dapat mesej yang sama
gak. AdOi. Hampa giler. Ingatkan budak laki jer pandai ‘ayat’ , tapi budak
pompuan pun sama. Hihi. Termakan aku kali ni”.
Kesimpulan
aku,
“ kenapa la kau ni malang sangat. Takyah la nak layan mesej bebudak pompuan ni. Kalu
dia buat camtu, kau balas la balik. Ikut cara aku.”
Subscribe to:
Posts (Atom)