Semalam
aku hantar kawan pulang ke rumah. Akibat tiada topic menarik kami hanya
bercakap seketika sahaja. Tapi apabila jarak menghampiri rumahnya, kami jadi
makin aktif bercakap. Kami mula bertanya dan bercakap. Semakin dekat, semakin
banyak topic yang ingin diceritakan. Seolah-olah mahu menambah beberapa KM lagi
supaya kami boleh berbual lebih lama.
Itulah
lumrah kehidupan kita. Semakin kita berjauhan, semakin banyak topic yang ingin
dibicarakan tapi apabila bersama, tidak
ada rasa untuk berbual tentang perkara itu. Hargai kawan ketika mereka masih
ada sebelum mereka….
No comments:
Post a Comment