Semalam hari
gembira buatku. Pada mulanya aku bukak sesawang online sebab nak beli baju jacket.
Aku pilih yang gempak punya. Kasi Raihan terkejut. HAHA. Then aku gatal tangan
nak cari android. Bukak web pastu aku bida. Pongpong..pongpang..pongpang..akhirnya
dapat gak iphone 5. Aku berjaya kick off pencabar terdekat. HAHA.
24.10.12
23.10.12
COMMANDER MUM
"Ibu, uia
kat Nilai tu dekat jer dengan Kolej Nursing. Pepagi selalu jer nampak diorang
lepak kat kafe. Kalu nak beli breakfast pun, kena tggu diorang masuk kelas
dulu."
"Kamu takde
ker kawan pompuan yang Bidang Jururawat jugak? Nanti boleh jaga kamu. Cari bebudak
Kelantan. Hmm, ustazah tudung labuh pun takpe. Umi tak kesah asalkan kamu tak
hidup susah."
Ibu..!! Ape
hal ni. Tetiba cakap pasal benda mengarut.
22.10.12
MIMPI BERULANG
Semalam aku
tidur agak lewat. Almost 3.30 am. Belajar tempah baju secara online. Rambang mata
nak pilih. Maklumlah sekarang ni musim hujan ribut. Jacket dan sweater pun aku
takde. Pernah kawan nak bagi percuma tapi aku taknak.
Dalam mimpi semalam aku
bertemu dengan beberapa rakan 1 organisasi. Mereka duduk di sebelahku. Bersama menulis
di kertas mahjong. Leka menulis baru aku perasan mereka tidak bertudung. Masyaallah.
Apakah petanda ini. Tersedar dari mimpi lalu aku solat subuh. Kenapa mereka
membuka tudung? Adakah kerana suasana ketika itu yang panas? Ak memohon dari
petanda yang tidak baik.
17.10.12
9hb OKTOBER
Selamat hari jadi buat diriku dan kengkawan setarikh
denganku. Hari selasa 9hb Oktober. Tiada apa yang menggembirakan kecuali ucapan
tahniah dari rakan. Wall facebook dipenuhi ucapan dan doa panjang umur. Ada yang
doakan agar dikahwini dengan insan pilihan. Mungkin kawanku itu kemaruk cinta. hari
kelima baru aku merasa kemanisan kek. Beli sendiri. Tiada siapa yang nak
belanja. Malamnya kawan panggil tidur di surau. Aku tak pergi sebab ia hanya
ajakan biasa. tak sangka malam tu ada kek untukku. Terlepas. Hari keenam, ada
sambutan hari lahir untuk insan lahir bulan 10. Aku rasa bertuah. Malam tu
jugak dapat 1 bar Cadbury. Masih ku tercari siapa pemberinya. Time kasih
Allah..
5.10.12
MODUL MATLAMAT
Tutup mata kawan dan suruh dia
berjalan ke arah kita di penjuru bilik. Buat satu landasan dari tempat dia
berdiri hingga tempat kita berdiri. Sebut ‘salah’ apabila dia melencong keluar
dari landasan dan sebut ‘betul’ jika dia berada diatas landasan. Yang pastinya,
dia akan menerima lebih banyak ‘salah’ berbanding dengan ‘betul’. Begitulah kehidupan
kita dalam nak capai matlamat. Kita akan lebih banyak membuat salah sebelum
sampai ke destinasi. Bagaimana kita menghadapi situasi ini? Ada manusia yang
marah apabila terlalu banyak salah lalu menyalahkan matlamat. Ada yang menangis,
berhenti dan tidak mahu meneruskan permainan. Keputusan terbaik ialah
meneruskan perjalanan hingga sampai kepada matlamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)