Tutup mata kawan dan suruh dia
berjalan ke arah kita di penjuru bilik. Buat satu landasan dari tempat dia
berdiri hingga tempat kita berdiri. Sebut ‘salah’ apabila dia melencong keluar
dari landasan dan sebut ‘betul’ jika dia berada diatas landasan. Yang pastinya,
dia akan menerima lebih banyak ‘salah’ berbanding dengan ‘betul’. Begitulah kehidupan
kita dalam nak capai matlamat. Kita akan lebih banyak membuat salah sebelum
sampai ke destinasi. Bagaimana kita menghadapi situasi ini? Ada manusia yang
marah apabila terlalu banyak salah lalu menyalahkan matlamat. Ada yang menangis,
berhenti dan tidak mahu meneruskan permainan. Keputusan terbaik ialah
meneruskan perjalanan hingga sampai kepada matlamat.
Hurmm, analogi yang baik~
ReplyDelete