‘Kamu kena balik sekali
sekala’, kata seorang kawan.
Semasa hari raya haji, dia tidak pulang ke kampung
dan menghabiskan masa cutinya di kampus. Cuti 5 hari seakan berlalu dengan
pantas apabila ditemani seorang kawan. Keluarga yang porak peranda menjadi
asbab untuk dia menyendiri di sini. Apabila tiba detik Fastaqim, kawan
mengajaknya pulang ke Kelantan. Dia membuat keputusan dengan hati yang berat.
‘ibu sudah tawar hati dengan
UMNO. Ibu nak masuk PAS’, suatu kata yang muncul tanpa
dipinta.
Allah sememangnya sebaik Perancang. Nasihat kawan
dan pensyarah menjadi penawar yang menemukannya dengan hikmah ini. Segala keserabutannya
mulai surut dan bebanannya berkurang di semester akhir. Dia ialah aku.
No comments:
Post a Comment