22.7.12

AKAN KU JUMPA CINTA ILAHI



Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

14.7.12

STU-LONE


the person who tries to keep everyone happy and always cares for everyone is always the most lonely person..'strange but true'

itulah hakikatnya. Benda ni tokleh sangkal doh. Bare sohih. Ambo pun pernah mengalami benda gini. Kito sero sunyi,sepi, mahu bersendiri dll. Tapi, masa tu lah ada orang nak tegur, gurau senda. Kita yang putus angin ni, terpaksa layan demi menutup rasa sepi + supaya ore x prasan kita tengah kesunyian. Ore yang ada sifat ni biasanya bagus. Bukan nok bangga diri deh. Haha. Dio toksey kelih ore lain muram, biar dio sore jah yang tanggung. Negatifnya,  kalu jatuh sakit gak, nyusoh ko ore jugok. Nok ata gi klinik lg, sapu ubat dsb.
Kito keno ingat, kito ado sahabat yang buleh tulom ketiko susoh. Jauh setaro mano pun kito lari, takkan putus tali ukhuwah. Wat lah blah mano pun.
Biaso gak, kito kelih rama saim2 huk nyepi, asingkan diri, nok diam sbeta, msj x reply, call x akat.  Mungkin dio nok kito rasa kehilangan dio. Haha. Sorry ah, ambo x mudoh termakan dengan sikap sini. Kalu demo  nok nyepi sore gak, loh gi ah. Jgn mitop tulom kawe lah kalu ado masaloh gak deh. Kua..kua..kua

10.7.12

TEKNIK ABASHUJAN

Salam alaik. Aku nak cerita pasal teknik belajar yang diamalkan oleh aku sendiri. Sengaja nak bagitahu. Bukan nak bajet. Ungkapan usaha tangga kejayaan sememangnya sahih. Aku tak pernah amalkan ungkapan ni dalam akademik sejak bangku sekolah lagi. Aku cuma praktikkan dalam kerja dakwah.
Semasa matrikulasi, aku bermula dengan teruk. Aku tercari-cari semangat dan cara untuk belajar. Alhamdulillah aku cuba pelbagai teknik dan CGPA meningkat setiap sem sehingga aku pernah dapat GPA 4.00.. Sambung ijazah, alhamdulillah aku berjaya menemui rentak untuk belajar dan bermula dengan CGPA yang paling tinggi sepanjang aku belajar di UIAM. 

Teknik abas hujan:
  • Baca isi-isi penting dalam buku teks.
  • Tulis isi-isi tersebut atas kertas A4/examination pad dengan marker. Tulis besar-besar.
  • Review balik perkataan-perkataan menarik dalam nota tu. Biasanya perkataan macam ni memudahkan kita ingat balik apa yang ditulis.
  • Tampal kertas tadi di dinding,softboard.
Itulah teknik aku. Nak taknak, kau akan terbaca jugak nota tu bila bangun tidur walaupun kau taknak. Haha..biarlah orang nak kata apa pun. Asalkan aku senang nak hafal nota. Mula-mula aku rasa rugi beli kertas banyak2. Tapi bila dah tahu ada gunanya kertas2 ni, aku tak kesah pun. Kekadang kawan aku pun boleh baca jugak nota tu. Takde masa aku nak mengajar kawan. Tetamu bukan untuk diajar tapi untuk dilayan.. Lepas usaha, kalau tak ingat jugak, tawakal lar wei. Kau dah tahu, tapi tak sedar.

5.7.12

AKU YANG BERGAYA


Semalam aku demam. Kepala sakit macam nak pecah. Mula-mula rasa serabut, tapi bila simpan lama-lama, jadi demam pulak. Teringat pula pada dialog kawan ketika sekolah dulu. Dilemma antara penampilan terkini VS penampilan zuhud.

Si A: kita kena berpakaian macam orang zuhud. Baru la nampak tawaduk dan orang ramai boleh terima dakwah kita.
Si B: kita  mestilah menjaga nama baik organisasi. Jangan berpakaian selekeh. Bila personality hebat, warga sekolah pun akan lebih hormati kita.

Aku lebih cenderung untuk memilih pendapat si B. Kekadang ada jer yang mengajak supaya nampak zuhud tapi dia sama jer. Tak berubah pun. Ada juga yang sebaliknya. 


2.7.12

KEMBALI NORMAL


Minggu ni memang memenatkan. Aku ulang alik dari pengkalan kubor-bachok dgn myvi. Di penghujungnya, aku rasa sangat letih. Letih yang amat. Nasib baik tak accident. Kereta dipenuhi barang program. Hantar, ambik, hantar, ambik. Rasa nak marah pun ada bila kawan tak jwb panggilan telefon, tak reply sms. Aduh..sakitnya. astaghfirullah.. sampai bila kita nak marah? Sampai bila? Dimana kesudahannya? Istighfar balik bila rasa tu datang waktu penat. Kekadang marah datang sebab kita rasa sudah takde harapan kerja tu nak siap. Tak kira la kita or orang lain yg buat. Kalu orang lain puncanya, mmg berapi la kita marah. Bila kita buat salah, buat muka tak bersalah, bagi alasan, dll. Penat..penat.. 


 
Saya  sepatutnya bersyukur kerana ada kengkawan yang berdoa dalam diam. (mak oi, perasan giler).  Kita pun kena la kerja lebih kuat. Tak payah nak pikir orang yg nak beralasan. Nak marah pun tak sanggup tau tak. Aku kawan kau. Dah bertahun kita berkawan. Kau pun kena sedar la jugak sikap kau skg ni. Biar orang respek kita kerana ilmu yg kita beri, bkn krn kemarahan yg kita beri. Ingat skit kesusahan rakan kamu. Ah, kau pikir balik sblm tidur nanti yer.