2 OKTOBER 2011, tarikh
yang takkan aku lupakan dalam hidup ini bersama umi tersayang. Hari itu
mendetikkan satu sejarah dan menuturkan satu perasaan yang telah lama ku
pendam. Ceritanya bermula begini..
Hari itu panas seperti
biasa. Aku ke kelas dan pulang seperti biasa. Sebelum menikmati rehat diatas
tilam empuk, yang pastinya aku akan main PES dengan kawan2 sebilik. Laptop
akulah yang jadi mangsanya. Tapi tak mengapa, ukhuwah hari ini tiada siapa tahu
bila akan hilang.
Duit aku hanya tinggal RM
10 untuk makan dan minum dalam minggu tu. Setiap malam kawan2 ajak makan kat
Restoran Kawah Thai kat depan blok B2. Aku bukan taknak ikut serta, Cuma rasa
kesempitan wang yang amat sangat. Aku perlukan duit untuk Program ke Melaka,
Tiket bas balik kampong, dan makan/minum. Dimana mahu ku cari semua duit itu?
Jumlah minima yang aku perlukan hanyalah RM 100.
Seharian berfikir masalah
ini. Apa yang aku harus buat? Teringat pula pada umiku yang bertanyakan hal
kewangan beberapa hari lepas.
Umi: mat, duit ada lagi ker?
Nak umi masukkan dalam akaun?
Aku: xpela. Duit ada
lagi. Kalu dah habis, nanti ore mintak eh.
**********
Ha..ni la peluang aku nak
mintak tolong umi. Hehe. Semasa makan kat restoran, aku sms la umi.
Aku: umi, ore balik
kampong 9hb oktober.
Umi: pegi la beli tiket
tu. Nanti habis kang.
Aku: erm..cmne nak beli
kalu duit xde. Hehe. Duit ore dah habis umi.
Umi: ya rabbi. Kenapa
baru bagitau? Sedih umi dengar. Pastu makan/minum cmne?
Aku: malu la ore nak
bagitau. Ada lagi duit dalam RM 5.
Umi: mat tu anak umi.
Kalu mat susah, umi lagi susah hati tau. Umi sayang anak umi. Nanti umi
masokkan duit dalam akaun. Len kali kalu
xde duit, pinjam dengan kawan dulu. Jangan sampai tak makan. Haisshh..
Aku: erm. Time kasih umi.
SAYANG UMI.
**********
“SAYANG UMI”.
Itulah pertama kali aku
ucapkan kalimah itu selama 19 tahun hidup. Aarrkk..malunya..~
manfaatkan masa yg masih ada utk sayang org yg patut anda sayang.. dan jgn lupa luahkannya..
ReplyDeletetahniah kerna berjaya pecahkan rekod diri anda!
baiklah. ana akan manfaatkan masa yg masih ada utk sayang org yg patut ana sayang dan tidak akan lupa luahkannya
ReplyDelete