27.6.12

PADANG KAMI


Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta
Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
Datang tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya
Ini padang kami tiada siapa boleh ambik
Yang mencabar sedia tuk dicakar dan dicarik
Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta
Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur


18.6.12

KAWAN SAMPAH


Pikiran aku kosong. perkataan ‘keluar’ dan ‘cukup stakat ni’ berlegar-legar dalam kepala otak ni. Serabut giler. Malas dah aku nak bekerja. Entah la. Kekadang aku rasa macam dipermainkan oleh kawan2. Sekarang baru aku tahu ape benda yang mereka sembunyikan. Semasa bersama, mereka diam. Aku salah pun mereka cakap betul. Bila kena desak sikit, baru la terhegeh nak cakap mana betul mana salah. Aku hampa dengan korang tau tak.


Aku tak nafikan kita kena ikut arahan ketua. Tapi kalau arahan tu dah tak logic, pandai2 la guna kebijaksanaan. Pakai otak. Takutkan senior, kau sanggup buat perkara bukan2. Pastu gunakan nama aku sebagai alasan. Aku rasa macam bodoh tau tak. Kalau macam ni la perangai korang, aku rasa cam nak resign lah. 

10.6.12

HIJRAH

Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang

Mulakan hijrah dengan niat 
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa

Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran

Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan

Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni

Contohilah Rasulullah 
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci

1.6.12

RAGAMI

manusia memang bermacam ragam dan kompleks sungguh pemikiran mereka.
aku tak marah. cuma nak bagi nasihat dan hasil penelitianku..

masa orang buat majlis ilmu, dia tak pergi.
time dia jadi pengajur, ajak bukan main lagi.
siap buat banner besar. Acu  pikir seminit. Kenapa dia tak praktikkan 
ajakan tu pada dirinya sendiri? Manusia yang bermacam sikap..






muslimin muslimat suka sangat hantar mesej
berupa peringatan kepada lain jantina.
bermacam ayat yang digunakan.
 Kias, majaz sume ada.
Apa yang mereka inginkan?
 Aku tak pasti mereka nak saling 
memperingati. Mungkin mereka hanya mahu mesej berbalas madah cinta.
atau mungkin juga hanya mahukan perkataan 'sayang, cinta'.
pelajar yang unik..