9.8.16

MENCARI TEMPAT BERTEDUH

Selepas tamat belajar pada bulan 1 2016, aku dan beberapa orang kawan mula merancang utk cari rumah  sewa dan pekerjaan. Pada minggu pertama, aku menumpang di bilik kawan. 2 minggu berikutnya, aku menyewa di rumah senior. Pada permulaannya, ramai yang mahu menetap di sana tapi akhirnya hanya 2 org sahaja yang masuk. Aku memilih untuk keluar kerana masalah keperluan asas. Sekali lagi aku menumpang di bilik kawan. Hidup berpindah randah membuatkan aku stress dan rasa nak menangis. Aku terkapai-kapai mencari tempat berteduh. Selepas seminggu, aku terpaksa cari lagi tempat lain kerana bilik kosong tersebut akan disewa oleh orang lain. Sekali lagi aku packing pakaian dan berjalan mencari tempat berteduh. Aku berdoa kepada Tuhan Pemilik Tempat supaya memberikan aku tempat untuk berteduh. Aku rasa seperti mula hilang arah tuju. 



Aku mula buka laman web dan call semua rumah sewa yang available di luar kampus kerana harga sewa dalam kampus hampir 400 sebulan. Sememangnya aku tak mampu. Dengan bantuan kawan rapat, Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan sebuah bilik dalam kampus dengan kadar sewa yang murah. Aku panjatkan syukur kepada Allah kerana dia memakbulkan doaku. Aku sempat tinggal di sana 4 bulan dan kini Alhamdulillah dah masuk rumah sewa dengan kadar yang murah. 



Bila merenung kembali pengalaman ni, aku rasa nak menangis kerana penatnya mencari tempat berteduh. Sejak hari tu, aku tak lokek untuk menumpangkan kawan yang baru bertatih mencari tempat tinggal kerana aku pernah merasai kepahitannya.

Perjalananku penuh dengan kepahitan dan kesusahan tapi di situ aku belajar erti berusaha tanpa putus asa dan tawakkal tanpa jemu. Moga2 aku tidak terkapai-kapai mencari tempat berteduh di akhirat sana..harapnya..

10.1.16

TAFSIRAN CINTA

Cinta
Setiap orang ada tafsiran 
dan berhak menafsirkannya

Bagiku 
Cinta ialah perasaan yang mendalam
di dalam jantung hati
kepada seseorang

Cinta ialah rasa untuk menyayangi
Meskipun tidak memiliki

Menatap wajah ialah pengubat cinta
Meskipun seminggu sekali

Dan cinta sejati tidak akan luput
Walaupun orang yang dicintai 
tidak dapat dimiliki

Dan aku percaya
cinta akan tetap hidup
didalam hati orang yang percaya kepada cinta.

6.1.16

MASIH LAGI DIA BERSAMAMU

menggigil tubuh ini
melihat kau bersamanya
tergamam aku tak berkata
meraung di jiwa

jauh mana mampu bertahan
sampai bila harus ku telan
setiap kali bertentangan
tiada ketenangan

sia-sia saja pengorbanan
dan kesetiaanku ini
ku sangkakan kau permata
rupanya duri paling berbisa

andai ku turut rasa hati
telah jauh ku bawa diri
ku berdoa supaya tabah jiwaku
tetapi bagaimana nak ku lawan
jiwa yang siksa.

*catatan sebelum exam 
apabila dia isytihar sudah berpunya

2.1.16

SELAMAT DATANG 2016

selamat datang 2016.

Alhamdulillah Tuhan masih lagi memberiku peluang untuk hidup dan menghirup udara 2016. Ramai orang yang mampu bersabar apabila ditimpa ujian tapi tidak ramai yang mampu bersyukur. Disebalik setiap kesusahan tersingkap beribu hikmah. Kita menyangka kebaikan yang datang selepas ujian hanyalah kebetulan dan keajaiban tapi sebenarnya ia adalah aturan Tuhan untuk kita.

Ramai orang yang mampu bermadah supaya sabar bila diuji tapi dia memberontak apabila diuji. Oleh itu, belajarlah untuk mencari jalan keluar apabila kita diuji. Kecewa, sedih dan menangis ialah perkara yang biasa berlaku. Kita boleh menangis tapi jangan sampai hanyut dalam kekecewaan. Apa yang penting ialah bangkit dan susun kembali perjalanan untuk hari yang mendatang.

Ujian menjadikan kita alumni kepada masalah. Apabila kita berjaya mengharungi ujian, kita menjadi contoh kepada orang lain. Orang ramai sepatutnya datang kepada kita kerana kita telah berjaya tapi tidak semua manusia sedar perkara ini. Mereka mencari orang yang silap dan gagal untuk kali kedua.

Segala kesenangan yang kita dapat hari ini hanyalah peluang yang diberikan oleh Tuhan untuk kita gunakan sebaik mungkin. Kita berjaya hari ini bukanlah kerana kita hebat. Kita berjaya masuk universiti bukanlah kerana kita ini pandai tetapi ini ialah peluang yang Tuhan beri. Ada orang yang keputusannya lebih baik dari kita tetapi dia tidak sambung belajar kerana masalah kewangan. Mereka masih lagi di kampung membanting tulang untuk keluarga di usia muda. Bersyukurlah kita.

Ayuh kita gunakan segala kesenangan yang Tuhan beri ini untuk benda yang baik. Jangan kita rosakkan masa, tenaga, kesenangan, kesihatan dan kudrat yang diberi untuk benda alpa. Belajarlah erti bersyukur sebelum Tuhan tarik balik nikmat ini. Ada orang yang kudung berdoa supaya Tuhan kembalikan kakinya yang putus sedangkan semasa sihat, dia lupa nikmat kaki yang diberikan, dia lupa nikmatnya berjalan dengan kaki, nikmatnya memijak bumi dengan tapak kaki, dll. Bersyukurlah kita.