5.12.15

Kamu Tetap Cantik

Aku terlalu ingin berbicara dengan mu.
Sepatah bicara darimu sudah cukup untuk menceriakan hariku.
Aku ingin selalu berhubung denganmu.
Aku ingin bicara denganmu
walaupun dialam maya tanpa perasaan.
Kerana hati kita sudah pun berhubung
melalui perasaan cinta.

Bukan aku mengelak memandangmu.
Bukan aku sengaja menjadi tuli di depanmu.
Aku terpana dengan kecantikanmu.
Aku terpaku lalu bibir membeku, lidah terkunci.
Ketahuilah olehmu, engkau tetap cantik
meskipun aku tidak memandangmu.
Kenyataan tidak akan berubah meskipun kita melupakannya.

Kamu, yang manis sekali bertudung.
Yang jiwa sedang dan sentiasa memberontak.
Ketahuilah aku sedang menunggumu.
Menunggu waktu untuk menjemputmu ke dalam duniaku.

Terbanglah kamu kesana untuk sekalung ilmu.
Turki sedang memanggilmu dari kejauhan.
Jadilah orang yang paling bermakna untuk masyarakat.
Meskipun waktu dan tempat menjarakkan kita,
Aku tetap disini menantimu.
Walaupun kau pergi kepada bukan aku.

Bermimpilah wahai cinta hatiku.
Semoga Tuhan memeluk mimpi kita. 

9.11.15

HIKMAH KEPULANGAN


‘Kamu kena balik sekali sekala’, kata seorang kawan.

Semasa hari raya haji, dia tidak pulang ke kampung dan menghabiskan masa cutinya di kampus. Cuti 5 hari seakan berlalu dengan pantas apabila ditemani seorang kawan. Keluarga yang porak peranda menjadi asbab untuk dia menyendiri di sini. Apabila tiba detik Fastaqim, kawan mengajaknya pulang ke Kelantan. Dia membuat keputusan dengan hati yang berat.


‘ibu sudah tawar hati dengan UMNO. Ibu nak masuk PAS’, suatu kata yang muncul tanpa dipinta.


Allah sememangnya sebaik Perancang. Nasihat kawan dan pensyarah menjadi penawar yang menemukannya dengan hikmah ini. Segala keserabutannya mulai surut dan bebanannya berkurang di semester akhir. Dia ialah aku. 

7.10.15

Belia Dan Cita-cita Ummah

Sejak kebelakangan ini saya melihat ramai rakan yang mula memuat naik post berkaitan perkahwinan. Tahun akhir dan pengaruh senior yang baru berkahwin merupakan faktor yang menyumbang kepada gejala ini. Saya akan mengulas serba sedikit tentang trend kahwin awal yang sedang terjadi.

Bagi saya, apabila melihat ada kawan yang terlibat dalam perbuatan ini, ianya menggambarkan apa yang sedang mereka fikirkan. Pokok takkan bertiup kalau tiada angin. Cara fikir kita sebagai seorang pelajar banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Jika masa kita banyak dipenuhi dengan aktiviti kemasyarakatan, pastinya cara fikir kita ialah ke arah membangunkan masyarakat. Jika kita aktivis mahasiswa, mungkin tindakan dan cara fikir kita lebih ke arah pembangunan mahasiswa secara menyeluruh.

Mengikut pemerhatian saya, kebanyakan mahasiswa Islam sekarang lebih banyak didedahkan dengan gejala kahwin awal dan cinta Islamik. Aktiviti seharian mereka hanya bermain sekitar ceramah, kuliah dan pengisian yang membawa ke arah cinta. Hasilnya cara mereka berfikir menjadi sempit dan tidak kemana.

Bagi saya, sebagai seorang pelajar, kita seharusnya meletakkan satu tanda aras yang tinggi dan berbeza dari orang yang biasa. Cita-cita untuk ummah dan masyarakat seharusnya menjadi objektif dan matlamat hidup, bukan sibuk memikirkan soal diri sendiri. Apabila waktu banyak dihabiskan dengan memikirkan bila nak kahwin, nak kahwin dengan siapa, berapa hantaran yang diperlukan, ciri-ciri pasangan idaman, dll, maka sia-sialah waktu kita.

Ada sebahagian kawan sangat takut kahwin lewat usia. Bimbang kalau tiada zuriat. Bagi saya, bukan perkara itu yang seharusnya difikirkan. Walaupun mereka banyak menghabiskan masa memikirkan soal itu, ianya tetap sama dan tidak kemana, tambahan pula baru tahun 1 pengajian dah sibuk fikir soal kahwin.

"manusia akan tinggalkan sebahagian perkara setelah dia mendapat perkara yang baru"

Kita seharusnya mempersiapkan diri kita untuk diposisikan di dalam masyarakat. Kayakan diri kita dengan pelbagai kemahiran supaya kita bersedia untuk dipanggil kelak.

16.8.15

PRAKTIKAL IS DONE

Alhamdulillah esok ialah hari terakhir aku praktikal di kampus ini. Aku datang dalam keadaan asing, aku duduk terasing disini, dan aku akan balik dalam keadaan asing. Aku bekerja disini tanpa teman dan merasai sedikit kejanggalan apabila dikelilingi oleh rakan sekerja yang baru kenal. Rasa sunyi dan terasing sudah menjadi lumrah dalam kehidupanku. Disitu aku belajar erti ketabahan, kecekalan dan belajar untuk memotivasikan diri sendiri apabila berasa lemah semangat dan lesu tidak bermaya. Aku titipkan beberapa pengalaman kesunyianku supaya ialah kekal sebagai ibrah pengalamanku.

Penghujung tahun 2011, aku mengambil semester pendek untuk menghabiskan sisa waktu akademik di asasi Nilai. Di waktu itu tidak ramai pimpinan yang mengambil semester pendek dan mereka banyak menghabiskan masa di kampung. Aku antara saki baki pimpinan kampus yang wujud pada semester itu. Sebelum bermula sem, semua pimpinan bersetuju untuk menjalankan gerak kerja semasa semester pendek dan hanya aku seorang sahaja yang membantah. Manakan tidaknya, mereka bersetuju kerana mereka tidak mengambil short semester dan akhirnya semua kerja tersebut dibebankan kepadaku. Pertama kalinya aku memilih untuk keluar dari bilik mensyuarat.

Semester pendek sememangnya suatu ujian yang mencekalkan jantung hatiku. Aku ditinggalkan tanpa pengisian dan tiada teman untuk bersembang dan berkongsi cerita. Rakan sebilik tetap menemani tapi mereka tidak lain cuma pengisi ruang waktu yang ada. Aku berjalan keseorangan di Dataran Nilai diwaktu malam sambil ditemani beberapa rangkap lirik Hujan- Aku Yang Asing. Berjalan sambil merenung nasib orang yang terasing.

Tahun 2013, aku memilih untuk mengisi cuti sem dengan bekerja di salah sebuah firma guaman di kota bharu milik senior sekolah. Walaupun bekerja dalam keadaan selesa berhawa dingin, rasa sunyi tetap menerjah jiwaku tatkala ditinggalkan keseorangan untuk menjaga pejabat. Aku yang bertugas sebagai office boy, hanya berpeluang untuk bertemu dengan bos cuma 2 kali seminggu sahaja. Disaat masih lagi belum mengenal whatsapp, facebooklah yang menjadi alat penemanku untuk berhubung dengan dunia luar. Setiap minggu aku cuba sasarkan untuk habiskan seminggu satu buku. Alhamdulillah usahaku berjaya, tapi kesunyian tetap menerpa dikala melihat orang lain bergelak ketawa bersama rakan.

Tahun 2014, aku bergerak ke Johor untuk bekerja di kilang air milik ibu saudara. Aku pergi berseorangan tanpa teman disisi. Aku menumpang di rumah sewa yang didiami oleh beberapa orang pemuda. Aku bersyukur kerana mereka memilih untuk pulang ke kampung kerana pada waktu itu ialah bulan Ramadan. Manakan tidaknya, mereka ialah pemabuk dan perokok. Jika mereka masih disitu, mungkin aku pun turut sama terjebak. Memulakan kerja pada bulan Ramadan sememangnya menguji ketabahanku. Di waktu sahur, aku bangun dari tidur dan bergegas ke restoran berhampiran untuk bersahur. Aku berjalan keseorangan menelusuri jalan gelap di celahan kawasan perumahan sambil melintasi beberapa ekor anjing liar. Hanya satu perkara sahaja yang bermain di fikiranku, Tawakkal.

Tidak cukup dengan itu, aku diuji dengan sikap rakan serumah yang tidak membayar sewa sehingga bekalan air dipotong. Maka terpaksalah aku menumpang di surau untuk keperluan harian. Hariku berlalu sambil ditemani sebuah buku. Rindu kepada rakan di kampus cukup meragut kesengsaraan jiwaku. Berbekalkan duit beberapa ratus yang aku kumpul sebelum datang kemari, aku memilih untuk pergi ke kampus untuk bersua muka dengan sahabat walaupun terpaksa ponteng kerja dan habis duit beratus untuk tambang bas. Pertemuan sehari dua sudah cukup bagiku untuk mengubat kekosongan dijiwa dan keadaan ini berterusan setiap minggu sehingga aku memilih untuk berhenti menjelang hari raya.

bersambung..

26.7.15

BACALAH DENGAN PERASAANMU

alhamdulillah dah genap sebulan aku berpraktikal. Pelbagai ragam dan perkara yang aku lalui dan sedikit sebanyak ia menambah pengalamanku.

1. Disini berlaku pertembungan antara pemikiran salafi dan khalafi. Pelajar dan Staff masing-masing bertempur dengan gaya tersendiri. Yang pastinya, setiap group tidak mahu selesaikan sengketa secara berdepan tapi memilih untuk kutuk belakang. 


Dari sudut yang positif, pelajar dan staff disini sangat mengambil berat soal pemikiran yang mereka ikuti. Geng Khalafi sangat rajin keluar menuntut ilmu di pondok dan talaqqi bersama habaib. Geng Salafi pula berusaha membetulkan amalan masyarakat dengan sesi penerangan tentang hadith. Mereka juga sangat rajin ke masjid untuk solat berjemaah. 


Dari sudut negatif, sampai sekarang Geng Khalafi masih belum mampu untuk bertolak ansur dengan sebarang pemikiran selain mereka. Sukar sekali mencari titik persamaan untuk mendamaikan antara dua Geng ni. Sebagai contoh, pelajar akan mengadakan sesi penerangan semula setiap kali selepas kelas akidah kerana yang mengajar ialah guru Salafi dan para pelajar ialah Khalafi.


2. Alhamdulillah aku mampu untuk habiskan seminggu satu buku. Selain membaca untuk menambah maklumat dan info, aku dapati setiap pengalaman yang dibaca sebahagiaannya seakan sama dengan yang pernah aku lalui. Rupanya setiap kesusahan dan kesulitan yang kita hadapi telahpun dilalui oleh orang terdahulu dan mereka mampu untuk mencari jalan keluar dari masalah dan dilema yang melanda. Setiap persoalan dan keserabutanku seolah-olah terjawab secara tidak langsung melalui pembacaan. Aku meneliti bagaimana cara mereka hadapi dan selesaikan masalah tersebut. 


Membaca memang hobiku. Masaku disini banyak dihabiskan dengan membaca buku. Buku yang aku baca termasuklah buku Liberal, Al-Arqam, masalah masyarakat, tokoh, dll. Bos memberi tugasan kepadaku untuk menganalisa sebuah buku yang berbaur pengaruh Syiah. Bukan aku taknak terlibat, cuma buku tersebut berkaitan dengan hubungan suami isteri. Aku paling tak suka baca buku begini sebab persoalan hubungan suami isteri hanya mampu dijawab oleh ahlinya. 




2.7.15

FEELING LOST

sudah 2 minggu aku intern di kampus ni. setiap hari aku rasa tak tentu arah seolah-olah keputusan yang aku buat ini salah dan tidak seharusnya diputuskan. manakan tidaknya, semua mensyorkan aku supaya jangan praktikal kalau tidak dibayar. pendapat mereka pun ada betul jugak. kalau tak praktikal, aku boleh rehat di rumah 3 bulan. setiap petang selepas habis waktu kerja aku akan meraung dan melihat ke langit merenung nasib apa nak jadi.

setiap hari buat kerja yang sama. rutin yang sama berulang selama 2 bulan. just imagine you know. bangun pagi, sahur, solat subuh, punchcard, susun buku, tunggu pelajar masuk, scan buku yang nak dipinjam dan dihantar, berbual dengan officemates, solat zohor, solat asar, punchcard balik, iftor, solat maghrib, rehat jap, solat isyak dan tidur. 

setiap pagi bos akan bagi nasib dan sembang benda yang aku taknak dengar. setiap kali officemate bagi nasihat (kononnyalah) aku akan kutuk dalam hati. menyampah giler layan perangai orang tua. 

aku buat intern ni untuk dapat certificate je, bukan sebab credit hour. setiap hari motivasi menurun ke tahap yang paling bawah dan setiap pagi aku akan charge balik. kalau semua orang kata aku takde masa depan, memang patutlah aku down. alahai..

28.6.15

SEMINGGU INTERNSHIP

alhamdulillah sudah genap seminggu aku berpraktikal di kota bharu. 21/6/15- 25/6/15. banyak benda yang aku belajar. praktikal ni tak wajib tapi aku sengaja buat untuk timba pengalaman.

pada minggu ni aku ditugaskan di pustaka. aku belajar untuk menggunakan sistem OPAC, sistem khas untuk library. klik sana klik sini, sistemnya sangat senang. setiap hari aku akan duduk di kaunter untuk berurusan dengan peminjam dan penghantar buku dikalangan students dan lecturers. pernah sekali aku cuba untuk bersembang dengan si peminjam buku. aku sangka student, rupanya pensyarah. nasib baik tak cakap bukan2. haha

hari selasa, ada sorang kawan pompuan sekolah lamaku melintas di hadapan kaunter. aku cam muka dia. aku nak tegur pun segan sebab dengar kata dah kahwin tahun lepas dengan budak sekuliah. sampai ke sudah aku tak tegur walaupun dua tiga kali dia ulang alik di depan kaunter. semasa nak balik, aku ke pejabat pentadbiran untuk punchcard. kemudian ada suara menegurku dari belakang. Abas! wat gapo sinih? sorang lagi kawan perempuan menegurku. dia pun dah berkahwin tau. kat kampus ni ada banyak orang yang aku kenal walaupun mereka tak kenal aku. terkesima aku dibuatnya.

setakat hari ni, tak ramai pun yang tahu aku intern kat mana. bukan aku taknak bagitau cuma aku taknak ditertawakan. budak perempuan tu buat bising kat wasap. semua orang tahu aku bertugas kat library. walaupun dia cuba untuk tidak meremehkan jalan yang aku pilih, tapi aku tetap merasakan sindiran dari yang lain. entahlah kenapa. seolah-olah semua orang berfikir aku tiada masa depan. seminggu penuh aku diremehkan dan diperli kerana memilih kos sejarah. 

aku rasa nak meraung setiap kali orang merendahkan, memerli dan mengutuk serta kata kos sejarah takde masa depan yang cerah. 

29.5.15

KENAPA TURUN LAGI. TAK SERIK KAH.

aku sering berjanji pada diriku untuk tidak turun main futsal dan main PES. Bukan aku takut kalah tapi aku takut maki hamun dan beremosi. menang dan kalah memanglah adat permainan tapi tak semua sanggup menerima kekalahan. apabila sudah kalah, tiada lagi senyuman, gelak ketawa dan ketenangan. kalaupun berbunyi, cuma maki hamun. muka mulai merah menahan marah. semua benda seakan tidak kena.

aku berjanji lagi. masih sama seperti hari sebelumnya. tapi apabila mereka memanggil, aku lupa pada janjiku. ku kata pada diriku "jangan risau, malam ni takda apa akan berlaku. main macam biasa". hasilnya, aku masih mengulangi kesalahan yang sama. pergi dengan ceria dan pulang dengan masam muka. 

aku berjanji lagi. jangan turun kalau musim exam. aku tetap turun. aku kata last ride tapi aku lupa pada janjiku. itu tak kena, ini tak kena. aku mula naik berang. badan panas dan rasa nak sepak orang. aku tahan dan aku istighfar. tapi istighfarku masih sama dan tidak berkesan. tiada lagi senyum. 


26.5.15

KATA MEREKA KAMI TIDAK SERIUS

mereka kata kami tidak serius,
kami belajar siang dan malam,
tahan mengantuk mata tak pejam,
mengharapkan masa depan tidak kelam,
demi sebuah ijazah untuk digenggam.

mereka kata kami tidak serius,
solat dhuha setiap pagi,
sebilik kongsi ubat gigi,
setiap hari makan maggi,
duit sedikit disimpan lagi.

mereka kata kami tidak serius,
tatap mukamu paling ku gemar,
setiap potretmu aku simpan di kamar,
cukup bulan masuk melamar,
walaupun harapan masih samar.

mereka kata kami tidak serius,
setiap hari mencari doa contoh,
mengharap macam orang bodoh,
walaupun muka totally hodoh,
supaya kita berdua ada jodoh.

mereka kata kami tidak serius,
pagi petang malam aku menunggunya,
untuk bergurau senda di alam maya,
setiap persoalan sudah pun ditanya,
kenapa melayan kalau sudah berpunya.

13.5.15

AKU TIDAK TAHU BAGAIMANA MENGAKHIRINYA

pada waktu malam, hujan turun dengan lebat. kereta di jalanraya bergerak perlahan. Azlan yang baru pulang dari tempat kerjanya di Cheras, turut sama terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. tanpa berfikir panjang, dia menyalakan signal untuk masuk ke kiri selepas melihat papan tanda kedai makan di hadapannya. at least dia mampu berehat sebentar sementara menanti hujan berhenti. Pang! sebuah motor melanggar belakang keretanya. mangsa tercampak ke sisi kereta dan motor barai. azlan terkejut lalu terus membuka pintu. aduh ! mangsa cuba untuk bangun tapi kepalanya terhantuk selepas azlan membuka dengan kuat. dia tidak sedarkan diri.

dia membawa mangsa ke hospital. doktor kata budak ni perlukan rehat dan mungkin akan sedar selepas beberapa jam. azlan mengucapkan syukur alhamdulillah. "terima kasih doktor. saya akan tanggung kesemua bayaran perubatan untuknya" katanya azlan. "tak perlu tunjuk baik. ini hospital kerajaan. semuanya free of charge. terima jelah kepada kerajaan" doktor membalas. azlan tersipu malu. itulah akibatnya malas sangat nak ambil tahu polisi kerajaan. haha.

pukul 5 pagi, pemuda tadi sedar dan membuka mata. perkataan pertama keluar dari mulutnya, "siapa kau? aku kat mana. hospital kan?". sudah tahu, bertanya pula. "aku malaikat maut. aku datang untuk mencabut nyawa kau kerana bawak motor laju ketika hujan" azlan bergurau. haha. 

"terima kasih bro sebab bawak aku kesini"
"maafkan aku sebab tak berhati-hati semasa membelok tadi. nasib baik kau cedera ringan saja" kata azlan.

semasa keluar untuk solat subuh, pemuda tadi mengadu pening kepala lalu tidak sedarkan diri sekali lagi. azlan bersangka baik. ini mungkin kesan dari ubat yang diberikan doktor. dia memanggil nurse yang berada di luar bilik pesakit. "nurse, datang sini jap. budak ni pengsan balik". beberapa orang jururawat datang menjenguk. air muka mereka berubah. salah seorang darinya cepat-cepat ke bilik doktor. azlan diarah untuk keluar dari bilik tersebut. azlan kembali mengetuk pintu bilik. "nak apa!". "sori awak, jam saya tertinggal kat dalam. tolong ambil sat".

selepas solat subuh, azlan datang balik. "maaf encik azlan, budak ni sudah meninggal. dia ada bagitahu alamatnya sebelum meninggal tadi?". "takdelah pulak."

*****
kerja di kedai makanan segera takdelah bosan sangat. walaupun gaji tak seberapa, azlan happy kerja kat situ. walaupun gajinya cuma 900 tapi dia mampu untuk berjimat cermat. duitnya cuma dihabiskan dengan bayar duit kereta dan bil rumah. tinggal di kawasan luar bandar bersama ibunya sangat menguntungkan, ditambah lagi dengan adanya rumah pusaka. 

hari rabu malam khamis, asyik leka mengambil pesanan, azlan terpandang seorang perempuan yang sedang beratur. azlan senyum padanya tapi dia tidak membalas. tiba gilirannya, azlan mengambil pesanan. "nak makan apa cik adik?". "bagi saya satu burger dan satu benjo tanpa sos". "sikitnya makan. diet ke cik adik". perempuan itu berdiam diri dan tidak membalas. sementara menunggu makanan dibungkus, azlan berpesan "senyum la sikit. senyum kan sedekah. haha".

setibanya dirumah, perempuan tersebut senyum apabila terdapat no telefon azlan di resitnya. mereka mula bertanya khabar melalui whatsapp dan facebook. rupanya budak tu tinggal kat kampung sebelah. takdelah jauh sangat. mereka mengikat kasih dan berkahwin. 

"sebelum kita kawen, saya nak bagitau awak satu perkara", perempuan itu memulakan bicara.
"apadia. awak ni suspen betul la der." azlan mengiyakan.
"saya ni janda. suami saya meninggal dalam kemalangan jalanraya beberapa bulan yang lalu. dia mati di hospital. sampai sekarang saya masih mencari orang yang bertanggungjawab terhadap kematian dia".
azlan terkejut besar lalu menunjukkan sekeping gambar. "lelaki ni ke suami awak?". 
"a'ah lah. mana awak dapat gambar ni. awak stalk facebook saya eh?"
"sayalah yang melanggarnya. maafkan saya".

*****

azlan dilema antara membayar diyat dan mas kawen. the end. 


6.5.15

TERDESAK LALU RAMBANG MATA

sebagai orang muslim, kita akui perkahwinan merupakan sunnah yang baik. setiap manusia memerlukan seseorang sebagai peneman hidup. disitulah menjadi tempat luahan masalah harian. jika pasangan hanya menjadi tempat luahan perasaan, tempat minta tolong, tempat mencurahkan kasih, dll, maka apa gunanya ada kawan dan ibu bapa. kekadang aku pelik dengan sikap sesetengah manusia yang berbicara tentang keistimewaan isteri lebih dari kepentingan bersahabat sedangkan dia kenal sahabat itu lebih lama dari kenal si isteri.

berbalik pada topik, fenomena kawen usia muda makin popular dikalangan anak muda. trend ini memang biasa dilihat terutamanya di IPT. mereka berpegang pada pendapat bahawa "ala, nenek datuk aku dulu pun kawen usia muda", "ala, benda ni bukan salah pun." etc.

semua itu betul. aku cuma ingin mengkritik sikap sesetengah orang muda yang memilih pasangan yang tidak elok akhlaknya, atas alasan terdesak nak kahwin. aku amat tidak bersetuju dengan sikap ini. dia tahu bakal pasangannya itu jenis tidak berakhlak, tapi masih meneruskan perkahwinan kerana terdesak nak kahwin. yang lagi mengecewakan, ada yang terpikat dengan ustaz jadian. hanya kerana dia bersongkok, berkopiah, berbaju melayu, tak semestinya dia seorang ustaz. si lelaki ni biasanya sembang alim sebelum nak kahwin saja. selepas dapat apa yang dia nak, dia balik pada asal. sebab tu la ramai yang kita jumpa sekarang ni hari2 post benda baik kat fb, blog, tapi perangai tak seperti apa yang diucapkan.

do the right thing, and do it rightly. buat lah benda yang baik ini dengan cara yang terbaik. sebelum pilih pasangan tu, kenali dulu latar belakang agamanya, ibadahnya, akhlaknya. kalau dia tak mampu menjadi ketua kepada diri sendiri, macam mana dia nak jadi ketua keluarga. silap hari bulan, kahwin dengan orang yang celaru akidahnya. haha. sekian.

3.5.15

KONGSIKAN MASALAH DENGAN AHLINYA

semua manusia ada masalah. masalah datang untuk menguji kita, mengurangkan dosa, dan mengangkat darjat kita. masalah juga boleh menjadikan kita sebaliknya. kita diajar bersabar, redha dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. tapi kalau beremosi, bertindak tidak adil, menyalahkan orang lain dan Tuhan, maka masalah itu memudaratkan kita dan tidak mendatangkan apa-apa pengajaran dan manfaat pada kita.

balik kepada topik, bertanyalah masalah kepada ahlinya. apabila ada masalah, kita hendaklah berjumpa dengan orang yang pernah ditimpa masalah yang sama. cubalah untuk bertanya bagaimana dia keluar dari masalah tersebut. ada yang sudah jadi alumni kepada sesuatu masalah dan cukup masalah dengan selok beloknya. ada jugak yang sama-sama dengan kita masih lagi bertarung dengan masalah tersebut.

jumpalah orang yang tepat. yang aku lihat, jika kita bertanya pada orang yang belum pernah mengalami masalah yang kita rasa, jawapan yang mereka berikan hanyalah sekadar jawapan playsafe dan tidak kemana. mereka boleh berbunga-bunga dalam berkata kerana mereka selamat darinya. yang merananya ialah kita.

sebagai contoh, cuba bayangkan kita ada masalah untuk buat assignment. kita tak tahu bagaimana nak mula dan apakah sebenarnya yang dipanggil assignment itu. solusinya ialah kita buat consultation dengan pensyarah yang memberi kerja itu dan bertanya padanya. dia mungkin boleh menunjukkan jalan keluar dari masalah kita atau sekurang-kurangnya menyediakan jalan ke arah solusi. kita juga boleh bertanya kepada orang yang pernah buat assignment. minta dia terangkan bagaimanakah rupa bentuk assignment sebenarnya.

hari ini, ada sebahagian orang berbicara seolah-olah dia ahli dalam setiap masalah. kawan-kawan aku pernah bersembang pasal kehidupan selepas graduasi. masing-masing bercerita tentang perancangan hidup termasuk kahwin, kerja dan intima dengan gerakan. apabila aku berkata tidak mahu berpartisipasi, mereka seakan marah dan meninggi suara. tiada ruang untuk aku mempertahankan pendapatku. aku menjadi pelik. kenapa mesti ada orang yang sibuk mengatur hidup orang lain supaya sama dengannya. biar je lah orang itu mahu mencorakkan kehidupan yang bagaimana.

 sekian. 

TAK PERLU UNGKIT KISAH LAMA

dalam hidup ini, ada banyak perkara lepas yang aku cuba untuk lupakan. sesetengahnya bukan sekadar datang dengan ingatan bersahaja tetapi juga membawa bersamanya kecedaraan dari segi emosi dan fizikal.

aku cuba untuk melupakan banyak perkara yang melukakan jiwa dan menghiris hati tapi entah kenapa ada sahaja kawan yang datang dan bertanya kembali perkara itu, apabila soalan itu ditanya dikhalayak ramai, lidah aku menjadi kelu dan aku seakan ingin menangis. kenapa mesti dibangkitkan kembali benda itu.

aku diam dan merenung. walaupun banyak sertai kursus pengucapan awam dan banyak lagi kursus untuk memperbaiki komunikasi, tapi itu bukan jaminan untuk kita selesa 'cakap lepas'. ada antara rakan aku yang sentiasa memperbaiki komunikasi dengan pelanggan (orang bisnes la katakan) tapi masih lagi gagal berbahasa baik dengan aku. seolah-olah ilmu itu hanya untuk pelanggan yang baru dikenal, bukannya untuk orang yang dah lama kenal.

nasihatku, jika ingin bertanya khabar, tanyalah perkara yang menggembirakan orang yang ditanya. kalau nak masuk isu sensitif, minta lah izin dahulu supaya saling mengerti dan tidak terluka.


1.5.15

AKU MENGERTI KALIAN

sekarang dah  masuk bulan 5. adik2 usrahku yang amik SPM mesti sibuk menghitung hari di papan hitam. membilang berapa hari lagi nak SPM. kekadang kita leka mengira bilakah SPM sampai kita lupa bilakan exam terdekat. 

apabila teringatkan mereka, aku terbayang keadaan diriku semasa berada di tempat mereka dulu. aku bersyukur diletakkan bersama rakan2 yang malas belajar. guru yang mengajar seolah2 menganggap kami sudah tiada masa depan. pernah sekali kawanku minta untuk menambah subjek tasawwur islam untuk SPM tapi guru tersebut menolak. 

katanya "kalau awak dapat 11A untuk ujian terdekat baru saya akan bagi amik" sedangkan yang bertanya itu ialah pelajar terbaik dalam kelas kami. budak2 di kelas sains yang lain dibenarkan pulak. hina sangatkah kami sehingga begini sikap seorang guru terhadap kami. 

tekanan demi tekanan aku terima saban hari dengan kerja badan dakwah, urusan adik2 junior sebilik yang nakal, ditambah dengan kerja sekolah yang bertimbun dan aku memang jenis susah nak faham apa yang cikgu ajar. sepanjang masa aku dan rakan2 duk fikir tentang subjek add math, bahasa arab, sains, prinsip akaun. macam mana nak lulus subjek ni. setiap kali exam sekelas dapat rendah.

setiap kali solat di masjid, aku berdoa "ya allah, matikanlah aku dalam masa terdekat. aku dah tak mampu menahan segala bebanan ini". hampir setiap masa aku berwirid dengan doa ini. ustaz pula sibuk suruh bertawassul dengan segala amalan baik yang pernah dilakukan untuk ibubapa. tak pernah pun terlintas di fikiranku untuk mengungkap doa itu. suasana di rumahku tidak memungkinkan aku untuk ucap doa itu.

apabila tiba waktu SPM, aku tidak sesibuk rakan2 yang lain yang fokus pada studi. aku masih berjalan kehulur kehilir seolah2 tiada tujuan dalam hidup. aku berputus asa untuk hidup. walaupun segigih mana aku belajar, aku tetap tak boleh jawab. 

result yang teruk memang padan dengan usahaku yang tak seberapa. aku bersyukur kerana Allah tempatkan aku di UIA. disini aku mula mengerti dan matang. memang ada manusia yang dilahirkan lebih pandai dari yang lain tapi bukan itu ukurannya. yang dinilai ialah usaha dan kegigihan kita untuk berjaya. walaupun gagal di akhirnya, usaha kita tetap dinilai olehNya.

aku sayang ahli usrah. 

5.4.15

Aku Hidup Tanpa Cintamu 2.0

..sambungan..

Mad senyum seketika. Dia merenung jam di skrin telefonnya.

"Alamak, dah 6.30pm ni.Tak lama lagi nak masuk waktu maghrib. Aku belum lagi solat asar ni. Ala, singgah jelah kat masjid memana nanti on the way balik" dia bermonolog.

selesai makan dan berbual, dia start enjin motor dan berlalu pergi. Dia sedar yang Nurul sedang berdiri di muka pintu, mungkin untuk ucapkan selamat jalan dan lambaian tangan terakhir. Mad kaku dan malu untuk memandang wajah yang sudah dimiliki orang. Apalah gunanya senyum pada sesuatu yang bukan milikmu.

dalam perjalanan balik ke rumahnya, Mad termenung sambil melagukan lagu pasrah dalam jiwanya. jarak yang memakan masa sejam itu menyebabkan dia tertinggal solatnya tadi. sampai di rumah, dia mengeluh panjang. seminggu lamanya dia teringat ayat yang diucapkan Nurul.

hari berlalu dengan pantas. tiada lagi bertanya kabar melalui mesej, bergurau senda di fb. Mad cuma menghabiskan masanya dengan kawan sekolahnya. Dia sibuk mengurus program sana dan sini. Sikit sebanyak dia dapat melupakan peristiwa lalu. Walaupun kadangkala perasaan tersebut datang menjenguk, dia abaikan saja. Apalah gunanya mengharapkan sesuatu yang sudah dimiliki orang.

*****

hari gemilang sejarah tercipta. Mad beratur untuk mengambil result SPM di dewan sekolahnya. seperti kebiasaan yang berlaku, pelajar terbaik semestinya orang terawal yang tahu keputusannya. Kawannya yang selalu tidur, memain ketika belajar dan banyak buang masa dapat result yang baik.

"kalau dia dapat result sebaik tu, takkan lah aku dapat rendah dari dia. haha" Mad berpesan pada dirinya. suasana cemas dan takut semestinya ada walaupun rerata pelajar senyum dengan keputusan yang digenggam.

tiba gilirannya, Mad mengambil dengan penuh senyum. Dia terpukul sebentar dengan keputusannya.

Apa! Result aku cuma serendah ini? inikah hasilnya aku terjun dari tingkat 2 semata mata untuk ke kelas tambahan? inikah hasilnya selepas aku penat belajar 2 tahun? inikah hasilnya selepas aku berceramah saban hari di masjid? 

kali ini dia sebetulnya putus asa. Kawan yang datang bersamanya, bawa balik 9A. Di luar dewan, kelihatan ramai guru kelas dan pelajar junior, termasuk ahli usrah yang menunggu untuk tahu result SPM.

"Ya Allah, apa yang aku nak bagitahu ayah,ibu, guru, ahli usrah, jiran, dan saudara mara? kenapa seteruk ini result aku. apakah dosa yang aku buat sehingga terhijab segala kejayaan? Ya Tuhan, berilah aku jawapan." 

sampai dirumah, ibunya bertanya dengan sinis seolah olah tidak mengharapkan keputusan yang tinggi dari Mad. Melihat pada keputusannya, si ibu memulakan segala cemuhan. Cemuhan tetap cemuhan. Ianya jauh berbeza dengan nasihat. Tambahan pula, si ibu turut menambah dalil agama untuk kuatkan 'nasihatnya'. Walaupun tahu dalil itu sudah disalah guna, Mad cuma berdiam dan lari masuk ke bilik dan mengunci pintu.

Kau tengok jiran sebelah. walaupun dia tidak bersekolah di sekolah agama sepertimu, dia masih mampu dapat keputusan lebih baik dirimu. Kau ni asyik main game saja dan malas belajar. memang patut kau dapat result serendah ini. Dasar anak derhaka. kau dengan adik beradik kau yang lain sama saja.

inilah ayat yang selalu diulang ibunya apabila Mad gagal. tiada guna menangis. tangisan tak mampu mengubah apa yang terjadi.

"salam Mad, kau dapat berapa A?aku dapat 9A" Nurul menghantar mesej.
Untuk sembunyikan kelemahannya, Mad menipu dengan berkata, "aku dapat 7A."

apalah guna bercakap benar kalau ianya akan menambah sakit dihati. dia tahu menipu itu salah tapi apalah gunanya memberitahu result yang rendah dan secara tidak langsung membina persepsi orang lain padanya bahawa "dia hanya pandai bercakap tapi tak pandai dalam pelajaran." 

Nurul kini sambung belajar di luar negara dan Mad di universiti tempatan. Walaupun keduanya sudah berjauhan dan tidak lagi bertemu, chat, dan bercakap seperti dulu, Mad selalu berharap akan berubah nasibnya. Dia tidak mahu lagi gagal buat kali kedua. Gagal dalam perhubungan dan pelajaran. Dia bangkit menebus kehampaan lalu dengan hijrah ke arah yang lebih baik. Allah sediakan untuk kita waktu untuk berubah setiap masa. Kita cuma perlu muhasabah, meneliti kesalahan, dan memulakan perubahan tersebut. :)

Sekian.

14.2.15

Aku Hidup Tanpa Cintamu

seorang pemuda diajak oleh rakannya untuk ziarah seorang lagi rakan baik yang tinggal agak jauh. Mad, yang baru dapat lesen L, segera menghidupkan enjin moto. Ril, rakan baik yang baru dikenal semasa di PLKN lalu, sedang menunggu di rumah yang dijanjikan.

"nanti kita jumpa kat rumah Nurul. Aku tunggu kau kat sana. Jangan tak datang pulak tau," kata Ril dalam mesejnya.

ini kali pertama Mad ke rumah seorang perempuan. Nurul ialah seorang perempuan yang dikenalinya semasa PLKN lalu. Kerana keduanya mempunyai bakat dalam bidang sastera, mereka kerap digandingkan dalam ucapan pembukaan majlis besar di kem. Dari situ Mad mula kenal Nurul dan faktor sekelas dan satu kompeni menyebabkan Mad lebih berpeluang untuk bertemu, bersua, memerhati dan berbicara dengan Nurul. Sopan santun dan keayuannya sungguh memikat hati.

Mad memecut laju sambil membaca mesej lokasi rumah Nurul yang dihantar Ril. Walaupun beberapa kali tersesat, Mad terus cuba untuk ke sana dan ke mari supaya jumpa tempat yang ingin dituju. Dia merasakan ada sesuatu yang indah sedang menantinya disana. Tambahan pula, sudah sebulan lebih mereka tidak bersua muka dan bergurau senda. Tentu sekali banyak yang ingin dikongsikan. Sebelumnya, mereka cuma berdialog di ruang facebook dan mesej sahaja. Bagi Mad khasnya, pastinya bertemu Nurul ialah tujuannya ke sini.  

"mana ni. rasanya dah sepuluh kali kali lalu tempat yang sama. tak jumpa lorong yang dimaksudkan," Mad bermonolog.

Alhamdulillah akhirnya Mad sampai di rumah Nurul. Motor Yamaha milik ayahnya itu segera di letakkan di bawah pohon yang teduh. Nurul tergegat menanti dengan penuh senyum tatkala dia tahu Mad akan ke rumahnya. 

"jemput masuk. Ril dah lama sampai. kenapa lambat sampai? sesat ke?," Nurul mengusik Mad.
"a'ah sesat. tak jumpa lorong ni. haha," Mad membalas.

Rumah yang tersergam indah itu membuatkan Mad berasa segan untuk masuk. Kerana Ril sedang menunggu, dia bergegas masuk lalu duduk di sebelah Ril. Rumah Nurul cukup bersih dan kemas aturan perabotnya. Warna dinding yang lembut membuatkan Mad tenang seketika sementara menanti Nurul menyiapkan makanan di dapur.

"kau apa khabar Ril. hampir sebulan kita  tak jumpa. rindu la pulak pada memori kita di PLKN." kata Mad.
"aku pun sama. teringat kat kawan2 dan cikgu2 Alpha. haha." Ril ketawa kecil. "camne boleh sesat weh. kesian kau. haha".

"maklum lah Ril. ni first time aku sampai kawasan ni. takkan la aku nak biarkan orang lain kat rumah awek aku," Mad bergurau.
"hahaha. jangan risau. aku tahu kau suka dia. aku tak kacau daun lah. jangan risau la Mad," Ril menunjukkan semangat setiakawannya. 

Ril memang seorang kawan yang baik. Semasa di kem, dia menjawat jawatan sarjan kerana mengalamannya di sekolah menengah. Dia memang jenis suka memuji dan tidak suka bersikap kasar dengan teman2. Pernah sekali dia joging sambil memakai earphone di telinga. budak2 di tepi padang mengejeknya dari jauh. "gaya je lebih. bukan ada MP3 pun. pakai tali earphone je tu. kahkahkah". Mad yang berada ditepi mereka cuma senyum sahaja.

tatkala Ril berlalu di hadapan Mad, budak2 tadi terus mengejek dengan ayat yang sama. Ril berhenti seketika dan membalas, "bukan tali je. aku pakai MP3 la,". Mad cukup kagum dengan gayanya yang tenang dan langsung tidak menunjukkan reaksi marah. 

Nurul memulakan bicara. "jemputlah minum Mad. kesian kau. penat je cari rumah aku. nasib baik jumpa."

"tu la, nasib baik jumpa. kalau tak balik saja aku petang ni. haha". Mad meneguk air, menghilangkan haus.

"besar giler rumah kau. ayah kau kerja ape? engineer ker?" Mad menyampaikan keraguannya.
"eh, takdelah. Bapak aku bisnessman lah" kata Nurul. "sebelum terlupa, aku nak bagitau kau sesuatu ni Mad. aku dah bertunang. tengok cincin ni. lawa kan," Nurul menambah.

tangan yang menggenggam cawan itu seakan hilang cengkamnya. Mad tersentak bagai ditusuk sembilu. Dia kelu seketika. Dia berhenti minum dan menyandarkan badannya ke belakang sofa. Dia mengalihkan pandangan sambil menyembunyikan riak wajahnya. Dia menarik nafas untuk menghilangkan gundah. Dia memikirkan apakah ayat yang harus dibalasnya.

bersambung...
  

13.2.15

Jodoh Kita

ramai orang yang pernah tonton Ketika Cinta Bertasbih tapi tak ramai yang mengambil pengajaran darinya. Aku percaya, sejauh mana pun kita berpisah dengan orang yang kita suka, kelak pasti akan bertemu jika ada jodoh. Sekarang, suka macam mana sekali pun, pendam dan jangan luahkan. Fokus pada matlamat asal masuk ke universiti, yakni untuk belajar dan menimba ilmu seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan kerja bagus dan gaji yang mahal apabila habis belajar nanti.

Pada mulanya aku belajar supaya kerja terjamin.Segalanya berubah apabila pensyarahku memberitahu, kos yang aku ambil sekarang merupakan antara kos paling ramai penganggur dari UIA selain dentistry. Aku bagaikan hilang akal seketika.

Akhirnya aku belajar untuk ikhlas dalam menuntut ilmu. Belajar tanpa mengharapkan apapun balasan kemudian hari. Kisah Ahmad bin Hanbal yang diceritakan Dr Asri di youtube banyak membantuku. Drama Indonesia Kiamat Sudah Dekat pun banyak menolongku memahami maksud ikhlas yang sebenar.

hari ni, Tok Guru pergi meninggalkan kami. Seharusnya yang kita kirim ialah doa, bukannya tangisan kosong. Aku fikir, sudah tiba masanya untuk jadi pengganti kepada yang pergi dan berusaha untuk menjadi sepertinya di masa hadapan nanti. 

10.2.15

ALASAN SEBENAR 1.0

"raya cina sudah makin hampir. aku tak cukup duit nak beli tiket bas balik kampung. duit ptptn tak masuk lagi. nak balik atau tak."

setiap masalah ada puncanya. kadangkala kita cuba untuk selesaikan masalah tapi ianya berulang dan tidak selesai. untuk itu, kita seharusnya senaraikan segala masalah dari cari titik mula dan bahagian mana yang masalahnya. 

for example:
sem ni aku risau dan cemas. banyak urusan jadi tergendala. kemudian aku listkan segala masalah yang aku hadapi. 

takde nota
carry mark rendah
cgpa menurun
tak dapat upper class
kerja tak dapat
hidup susah

sebenarnya yang aku risaukan selama ni ialah pasal pointer menurun. hahaha. mesti mak marah kalau dia tahu. as a solution, saya cuma perlu banyakkan baca buku dan mencari maklumat tambahan supaya dapat carry mark tinggi dan naikkan pointer. :)

1.2.15

NEXT STEP 1.0

hari ni bermula sem baru 2015.
aku mesti buat beberapa short list sebagai guideline.

1. simpan/labur separuh duit pinjaman

2. beli henset baru

3. kurangkan membeli barang yang dah ada

4. mencatat setiap perbelanjaan.

5. study awal sebelum midterm, kuiz

6. habiskan usrah 8 tajuk dalam masa 4 bulan (feb-mei)

7. fokus pada studi dan lupakan soal cinta (yang membosankan dan buang masa)

8. kurangkan aktiviti yang boleh menjatuhkan kredibiliti sbg nakib (eg: 'like' gambar yg tdk perlu)