2.7.15

FEELING LOST

sudah 2 minggu aku intern di kampus ni. setiap hari aku rasa tak tentu arah seolah-olah keputusan yang aku buat ini salah dan tidak seharusnya diputuskan. manakan tidaknya, semua mensyorkan aku supaya jangan praktikal kalau tidak dibayar. pendapat mereka pun ada betul jugak. kalau tak praktikal, aku boleh rehat di rumah 3 bulan. setiap petang selepas habis waktu kerja aku akan meraung dan melihat ke langit merenung nasib apa nak jadi.

setiap hari buat kerja yang sama. rutin yang sama berulang selama 2 bulan. just imagine you know. bangun pagi, sahur, solat subuh, punchcard, susun buku, tunggu pelajar masuk, scan buku yang nak dipinjam dan dihantar, berbual dengan officemates, solat zohor, solat asar, punchcard balik, iftor, solat maghrib, rehat jap, solat isyak dan tidur. 

setiap pagi bos akan bagi nasib dan sembang benda yang aku taknak dengar. setiap kali officemate bagi nasihat (kononnyalah) aku akan kutuk dalam hati. menyampah giler layan perangai orang tua. 

aku buat intern ni untuk dapat certificate je, bukan sebab credit hour. setiap hari motivasi menurun ke tahap yang paling bawah dan setiap pagi aku akan charge balik. kalau semua orang kata aku takde masa depan, memang patutlah aku down. alahai..

2 comments:

  1. Dugaan praktikal kat mana2 pun sama. Sy pun pernah rasa mcm tu tahun lpas. Tak betul kalau ckp student history xde masa dpan. Ust Hasrizal skrg pun tgh blajar bidang ni kalau x silap.

    ReplyDelete
  2. bestnye dpt buat intern, dkt library plk tu, dpt merasa pengalaman kerja kat ctu, kot2 ada masa terluang bole relax2 baca buku best2, pastu bulan2 puasa ni sdap keje bwh aircond, then dpt sijil lagi, siyes jeles xdpt merasa peluang mcm tu T.T

    ReplyDelete