Showing posts with label si dia. Show all posts
Showing posts with label si dia. Show all posts

15.4.14

BAHASA KESEPIAN

hujung minggu yang redup,
aku merancang, Dia juga merancang,
lewat ku bangun,
berharap peluang masih terhidang
untuk orang yang lalai sepertiku,

kawan menyapa ingin ziarah,
hati berbelah bahagi,
antara yang empat belas dan satu,
kerana suaikenal, ku temani,

cerita terbaru, cerita airmata,
dalam diam makan dalam,
ingatkan 1 rupanya 2 ditinggalkan,
aku berlalu dengan bahasa kesunyian.

6.2.14

The Day To Remember

i dont know how to say
tonight is horrible and disaster
not one, not double, but triple trolls i get
first vote i lose
second vote lose too
everybody keep laughing
i tried smile and keep laugh
no i cant do it

on the way home
foreigner is on the floor
can i help u sir
it just his bufday troll
again it burn my feeling

luckily she still waiting
with her motor
for the bufday present
bibir membeku, lidah kelu
no single word is come out
hopefully you happy with it

23.8.13

tidak selamanya begitu

seorang rakan yang sambung belajar di tempat yang jauh. tiada khabar dan berita. jumpa pun setahun sekali. semua orang mengungkapkan kata-kata kecewa dan kesedihan melanda. tapi rakan itu tiada rasa bersalah sekali pun.  selepas berfikir secara rasional, saya mengambil  keputusan untuk tenang dan terima seadanya. mungkin dia tidak hadir bersebab. perkara ini sudah lama berlaku dan masing2 masih ungkapkan skrip yang lama. itu tak sepatotnya berlaku. 


kita kena memandang ke hadapan dan mula mengorak langkah baru. sekiranya kita masih di takuk lama dan memikirkan masalah ini, semua akan putus asa dan tiada jalan keluar. jangan risau la. tidak bersama hari ni tidak bermaksud selamanya akan berpisah. akan tiba masanya kita akan duduk semeja. sabar dan tenang sahaja duhai kawan.


13.6.13

SIA-SIA

nak dikisahkan, ada seorang pemuda yang sangatkan meminati kawan sekolejnya (permpuan). setiap hari facebook dibuka untuk dilihat status si dia. hanya doa sahaja yang dititipkan buat si dia. hari berjalan tidak berhenti. suatu hari si dia menegur pemuda itu. perasaan si pemuda mula berbunga-bunga. makin bertambah harapannya. suddenly he saw his senior was talking with her. chatting and reply comment like a couple. alahai, hampanya perasaan pemuda itu. maka bermadahlah pemuda yang malang itu.."di mana berakhirnya nanti permainan sandiwaramu ini. sesungguhnya aku tak mengerti. jika benar cinta itu buta, butakah mataku. berkali terluka masih jua ku menunggu. apa yang ku inginkan cuma kejujuran dalam perhubungan.."

12.1.13

GILA BERGAMBAR



Kekadang bila post gambar tengah makan, keluar, enjoy dengan kengkawan, ada yang jeles sebab dia takde dalam gambar tu. Camne nak ada kalau x join. Yang ada masa tu pun satu hal. Kau pegi mana masa org amik gambar.Takyah nak rasa dengki. Kebudak-budakan la. Gila nak bgambar ke ape ni. Kalu nak sangat sume gambar ada muka kau, meh aku ajar crop adobe photoshop. Annoying btol dengan perangai ni.  



7.8.12

AKU INGIN KATAKAN


Semalam aku hantar kawan pulang ke rumah. Akibat tiada topic menarik kami hanya bercakap seketika sahaja. Tapi apabila jarak menghampiri rumahnya, kami jadi makin aktif bercakap. Kami mula bertanya dan bercakap. Semakin dekat, semakin banyak topic yang ingin diceritakan. Seolah-olah mahu menambah beberapa KM lagi supaya kami boleh berbual lebih lama.
Itulah lumrah kehidupan kita. Semakin kita berjauhan, semakin banyak topic yang ingin dibicarakan tapi apabila  bersama, tidak ada rasa untuk berbual tentang perkara itu. Hargai kawan ketika mereka masih ada sebelum mereka….

1.8.12

KAKI ADU


Semalam kawan aku call. Mengadu pasal buah hatinya. Dia minat dalam diam tapi malu nak berbicara dengan si dia. Paling berani pun, buat status cinta jer. Dengan harapan buah hati dia baca. Hampeh. Katanya mula mengadu, 

“salam bOs. Aku minat kat sorang ni. Dia selalu hantar mesej pasal perjuangan/semangat kat aku. Rasa bertuah gak. Haha. Aku ingatkan mesej2 tu memang khas untuk aku sorang jer tapi kengkawan aku (budak laki) yang lain pun dapat mesej yang sama gak. AdOi. Hampa giler. Ingatkan budak laki jer pandai ‘ayat’ , tapi budak pompuan pun sama. Hihi. Termakan aku kali ni”. 
 
Kesimpulan aku,

“ kenapa la kau ni malang sangat. Takyah la nak layan mesej bebudak pompuan ni. Kalu dia buat camtu, kau balas la balik. Ikut cara aku.”

22.7.12

DENGKI KU


Sekarang dah masuk bulan puasa tapi aku masih di takuk lama. Masih tak berubah, sama seperti bulan sebelumnya. Aku dengki. Cukup dengki. Sangat dengki dengan dia yang diangkat, disanjung, dipuji. Kerja dia tidaklah seberapa. Detik paling pedih ialah disaat kami melalui situasi yang sama. Aku dihina, dipukul, dicaci, diejek dikhalayak sedangkan dia dikesiani, dipuji, dimotivasikan. Ketika itu, hanya tuhan yang tahu betapa panasnya jiwa aku menggelegak. 

Hari demi hari makin banyak follower dia dan kejayaan demi kejayaan diraih olehnya. Dimana keadilan? Astaghfirullah. Tak dinafikan kekadang aku kesian melihat kisah hidupnya, tapi bila dia turut sama mengherdik aku dikhalayak ramai, aku rasa marah..sangat marah..cukup marah..
Tapi kau kawanku, sahabatku, rakanku..sukar untuk ku luah dihadapanmu bicara jiwaku..maafkan aku  

12.5.12

MUHASABAH BUATMU


Dirimu menjadi pembakar semangat perwira yang rela berkorban demi agama. Kau jadi taruhan berjuta pemuda yang bakal dinobat sbg syuhada.


28.3.12

1st DAY 1st SEM

Hari ni hari pertama semester 1. Aku datang ke kelas awal tak macam biasa. semua classmate tunggu lecturer kat luar. Kelas kosong. Aku masuk pasang air-cond, duduk belakang sekali. Bebudak kat luar pandang semacam jer. Control macho la kita. Then, ada sorang pompuan masuk ke dalam kelas. Tanpa segan silu dia duduk tepi aku. Apa hal minah ni. Menyemak tak tentu pasal. Dia tanya nama aku. Aku jawab. Aku tanya nama dia. Cantik kot. Punyalah panjang namanya. Panggil Nor jer. Pelajar tahun 2. Budak Bandar mmg cmtu. Dah 5 minit tggu, baru la budak2 ni ramai-ramai masuk kelas. Usha-usha semacam sekali lagi. Mana tak nya, budak pompuan tadi sibuk cakap pasal lecturer lewat. Siap kutuk2 lagi. Budak2 ni mmg pasang telinga la. Dia tanya aku  nak buat camne kalu lecturer lewat camni? Aku cakap pukul jer lah. Dah setengah jam tunggu, tetiba ada suara “terima kasih kerana sudi menunggu”. Tidak semena-menanya budak pompuan tadi bersuara dan jalan ke meja depan. “assalamualaikum. Terima kasih sebab sudi datang hari ni. Maafkan saya sebab tak bagitahu. Saya ialah lecturer kamu untuk sem ni”. Mak oi, terkejut aku dibuatnya. Siap tinggal nota lagi kat tempat duduk tadi ajak minum kat kafe. Haish, budak tahun 2 master rupanya. Wow. Terkena aku hari ni

2.3.12

SUPER MORONS

Cukup sudah hati berdarah. Usah ditambah cerita yang sudah. Di mana kekasihmu yang pernah kau sanjungi dan mengapa pula padaku menjadi pelepas ceritamu dan jua sepimu. Usah menabur budi mengharapkan simpati sedangkan kau menitip cemburu iri hati. Tak mungkin kuberpaling padamu yang meracuni rimbunan kasihku sehingga berguguran kelopak ukhuwah kita. Semuanya kerana fitnahmu, kerana kamu tak lagi mengerti hatiku. Walau segunung sesalmu tak mungkin kukembali. Cukuplah sekali kejelekanmu menggamit pilu. Tidak mungkin kumaafkan lagi salah sangka yang direncanakan. Ini semua adalah kerenahmu setelah diariku tak mampu menjadi milikmu sepenuhnya..

15.10.11

IBUKU



y0U caN cL0Se y0uR eYEs f0R thE thiN9s y0U d0N't wANt t0 sEe,bUt y0U caN'T cL0sE y0uR hEArt f0R thE thiN9s y0U doN't wANt t0 fEeL


‎"sesungguhnya seorang muslim itu apabila berjalan di jalan dakwah, dia tidak berjalan dgn hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya. justeru itu, setiap pahala yg didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya" ~ mustafa masyhur~




Lebih
Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
~ Thomas Jefferson



Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli




http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1154-menjadi-tunang-orang-tanpa-kita-sedar.html


http://www.hmetro.com.my/articles/BritainalamiprosesIslamisasi_/Article






http://games.espn.go.com/premier-fantasy/en_GB/entry?entryID=109713

11.10.11

happy birthdaY



-hujan: kau pijak hatiku lagi-


Waktu Kita Sama Sambut Hari Lahir
Ku Beri Hadiah, Hadiah Bunga
Cantik, Engkau Memang Cantik
Izinkan Aku Menatap Wajahmu Lagi
Kau Pijak Hatiku Lagi

Tinggi Harapanku Buatmu
Tak Ku Sangka Ia Hanya Setengah Jalan
Jika Memang Memori Kita Di Simpan Dalam Cakera
Kan Ku Mainkan Sampai Bila-Bila

Cantik, Engkau Memang Cantik
Izinkan Aku Menatap Wajahmu Lagi
Kau Pijak Hatiku Lagi