28.3.12

1st DAY 1st SEM

Hari ni hari pertama semester 1. Aku datang ke kelas awal tak macam biasa. semua classmate tunggu lecturer kat luar. Kelas kosong. Aku masuk pasang air-cond, duduk belakang sekali. Bebudak kat luar pandang semacam jer. Control macho la kita. Then, ada sorang pompuan masuk ke dalam kelas. Tanpa segan silu dia duduk tepi aku. Apa hal minah ni. Menyemak tak tentu pasal. Dia tanya nama aku. Aku jawab. Aku tanya nama dia. Cantik kot. Punyalah panjang namanya. Panggil Nor jer. Pelajar tahun 2. Budak Bandar mmg cmtu. Dah 5 minit tggu, baru la budak2 ni ramai-ramai masuk kelas. Usha-usha semacam sekali lagi. Mana tak nya, budak pompuan tadi sibuk cakap pasal lecturer lewat. Siap kutuk2 lagi. Budak2 ni mmg pasang telinga la. Dia tanya aku  nak buat camne kalu lecturer lewat camni? Aku cakap pukul jer lah. Dah setengah jam tunggu, tetiba ada suara “terima kasih kerana sudi menunggu”. Tidak semena-menanya budak pompuan tadi bersuara dan jalan ke meja depan. “assalamualaikum. Terima kasih sebab sudi datang hari ni. Maafkan saya sebab tak bagitahu. Saya ialah lecturer kamu untuk sem ni”. Mak oi, terkejut aku dibuatnya. Siap tinggal nota lagi kat tempat duduk tadi ajak minum kat kafe. Haish, budak tahun 2 master rupanya. Wow. Terkena aku hari ni

1 comment: