23.8.13

tidak selamanya begitu

seorang rakan yang sambung belajar di tempat yang jauh. tiada khabar dan berita. jumpa pun setahun sekali. semua orang mengungkapkan kata-kata kecewa dan kesedihan melanda. tapi rakan itu tiada rasa bersalah sekali pun.  selepas berfikir secara rasional, saya mengambil  keputusan untuk tenang dan terima seadanya. mungkin dia tidak hadir bersebab. perkara ini sudah lama berlaku dan masing2 masih ungkapkan skrip yang lama. itu tak sepatotnya berlaku. 


kita kena memandang ke hadapan dan mula mengorak langkah baru. sekiranya kita masih di takuk lama dan memikirkan masalah ini, semua akan putus asa dan tiada jalan keluar. jangan risau la. tidak bersama hari ni tidak bermaksud selamanya akan berpisah. akan tiba masanya kita akan duduk semeja. sabar dan tenang sahaja duhai kawan.


No comments:

Post a Comment