10.8.13

PAGAR PILIHAN

semua pintu untuk memilih sudahpun ditutup. tiada ruang untuk kamu berbicara membela hak kamu kerana seluruh hidupmu sudah diabadikan di dalam pasukan ini. mulut sudah dikunci dari memilih yang terbaik dan setiap angan-angan tidak boleh lari dari lingkungan ini. jika kamu pak turut, semua ini tiada masalah bagimu. 

sekiranya kamu menyedari kongkongan ini, sebenarnya kamu sudah terlambat. jika dulu senang hati bila berbicara soal pilihan di kampus, hari ini semua itu menjadikan kamu sebagai pengkhianat. sekali kamu cuba untuk memilih orang yang sudah 5 tahun berjuang bersama kamu, maka kamu akan di pulaukan. tiada ucapan tahniah dan beribu penghargaan. yang tinggal cuma khabar dari jauh dan tiada yang menjenguk. 

itulah realiti yang bakal aku hadapi apabila dua pemikiran yang berbeza bertembung pada titik noktah yang satu. keputusannya memihak kepada 'berdiam diri'.


1 comment: