5.12.15

Kamu Tetap Cantik

Aku terlalu ingin berbicara dengan mu.
Sepatah bicara darimu sudah cukup untuk menceriakan hariku.
Aku ingin selalu berhubung denganmu.
Aku ingin bicara denganmu
walaupun dialam maya tanpa perasaan.
Kerana hati kita sudah pun berhubung
melalui perasaan cinta.

Bukan aku mengelak memandangmu.
Bukan aku sengaja menjadi tuli di depanmu.
Aku terpana dengan kecantikanmu.
Aku terpaku lalu bibir membeku, lidah terkunci.
Ketahuilah olehmu, engkau tetap cantik
meskipun aku tidak memandangmu.
Kenyataan tidak akan berubah meskipun kita melupakannya.

Kamu, yang manis sekali bertudung.
Yang jiwa sedang dan sentiasa memberontak.
Ketahuilah aku sedang menunggumu.
Menunggu waktu untuk menjemputmu ke dalam duniaku.

Terbanglah kamu kesana untuk sekalung ilmu.
Turki sedang memanggilmu dari kejauhan.
Jadilah orang yang paling bermakna untuk masyarakat.
Meskipun waktu dan tempat menjarakkan kita,
Aku tetap disini menantimu.
Walaupun kau pergi kepada bukan aku.

Bermimpilah wahai cinta hatiku.
Semoga Tuhan memeluk mimpi kita. 

2 comments:

  1. Haha.. jauh nya p turki.. Bersabarlah teman.
    teruskan bermimpi dan jangan lupa menrealisasikan mimpi2 mu kawan.


    btw, lama dah I tak baca dan aktif blog ni.. Selamat menulis. Tulisan itu mampu mengubah dunia dan masyarakat.

    ReplyDelete
  2. tenkiu ustazah mira. patot la lama takde entry baru kat blog kau der. haha.

    ReplyDelete