14.2.15

Aku Hidup Tanpa Cintamu

seorang pemuda diajak oleh rakannya untuk ziarah seorang lagi rakan baik yang tinggal agak jauh. Mad, yang baru dapat lesen L, segera menghidupkan enjin moto. Ril, rakan baik yang baru dikenal semasa di PLKN lalu, sedang menunggu di rumah yang dijanjikan.

"nanti kita jumpa kat rumah Nurul. Aku tunggu kau kat sana. Jangan tak datang pulak tau," kata Ril dalam mesejnya.

ini kali pertama Mad ke rumah seorang perempuan. Nurul ialah seorang perempuan yang dikenalinya semasa PLKN lalu. Kerana keduanya mempunyai bakat dalam bidang sastera, mereka kerap digandingkan dalam ucapan pembukaan majlis besar di kem. Dari situ Mad mula kenal Nurul dan faktor sekelas dan satu kompeni menyebabkan Mad lebih berpeluang untuk bertemu, bersua, memerhati dan berbicara dengan Nurul. Sopan santun dan keayuannya sungguh memikat hati.

Mad memecut laju sambil membaca mesej lokasi rumah Nurul yang dihantar Ril. Walaupun beberapa kali tersesat, Mad terus cuba untuk ke sana dan ke mari supaya jumpa tempat yang ingin dituju. Dia merasakan ada sesuatu yang indah sedang menantinya disana. Tambahan pula, sudah sebulan lebih mereka tidak bersua muka dan bergurau senda. Tentu sekali banyak yang ingin dikongsikan. Sebelumnya, mereka cuma berdialog di ruang facebook dan mesej sahaja. Bagi Mad khasnya, pastinya bertemu Nurul ialah tujuannya ke sini.  

"mana ni. rasanya dah sepuluh kali kali lalu tempat yang sama. tak jumpa lorong yang dimaksudkan," Mad bermonolog.

Alhamdulillah akhirnya Mad sampai di rumah Nurul. Motor Yamaha milik ayahnya itu segera di letakkan di bawah pohon yang teduh. Nurul tergegat menanti dengan penuh senyum tatkala dia tahu Mad akan ke rumahnya. 

"jemput masuk. Ril dah lama sampai. kenapa lambat sampai? sesat ke?," Nurul mengusik Mad.
"a'ah sesat. tak jumpa lorong ni. haha," Mad membalas.

Rumah yang tersergam indah itu membuatkan Mad berasa segan untuk masuk. Kerana Ril sedang menunggu, dia bergegas masuk lalu duduk di sebelah Ril. Rumah Nurul cukup bersih dan kemas aturan perabotnya. Warna dinding yang lembut membuatkan Mad tenang seketika sementara menanti Nurul menyiapkan makanan di dapur.

"kau apa khabar Ril. hampir sebulan kita  tak jumpa. rindu la pulak pada memori kita di PLKN." kata Mad.
"aku pun sama. teringat kat kawan2 dan cikgu2 Alpha. haha." Ril ketawa kecil. "camne boleh sesat weh. kesian kau. haha".

"maklum lah Ril. ni first time aku sampai kawasan ni. takkan la aku nak biarkan orang lain kat rumah awek aku," Mad bergurau.
"hahaha. jangan risau. aku tahu kau suka dia. aku tak kacau daun lah. jangan risau la Mad," Ril menunjukkan semangat setiakawannya. 

Ril memang seorang kawan yang baik. Semasa di kem, dia menjawat jawatan sarjan kerana mengalamannya di sekolah menengah. Dia memang jenis suka memuji dan tidak suka bersikap kasar dengan teman2. Pernah sekali dia joging sambil memakai earphone di telinga. budak2 di tepi padang mengejeknya dari jauh. "gaya je lebih. bukan ada MP3 pun. pakai tali earphone je tu. kahkahkah". Mad yang berada ditepi mereka cuma senyum sahaja.

tatkala Ril berlalu di hadapan Mad, budak2 tadi terus mengejek dengan ayat yang sama. Ril berhenti seketika dan membalas, "bukan tali je. aku pakai MP3 la,". Mad cukup kagum dengan gayanya yang tenang dan langsung tidak menunjukkan reaksi marah. 

Nurul memulakan bicara. "jemputlah minum Mad. kesian kau. penat je cari rumah aku. nasib baik jumpa."

"tu la, nasib baik jumpa. kalau tak balik saja aku petang ni. haha". Mad meneguk air, menghilangkan haus.

"besar giler rumah kau. ayah kau kerja ape? engineer ker?" Mad menyampaikan keraguannya.
"eh, takdelah. Bapak aku bisnessman lah" kata Nurul. "sebelum terlupa, aku nak bagitau kau sesuatu ni Mad. aku dah bertunang. tengok cincin ni. lawa kan," Nurul menambah.

tangan yang menggenggam cawan itu seakan hilang cengkamnya. Mad tersentak bagai ditusuk sembilu. Dia kelu seketika. Dia berhenti minum dan menyandarkan badannya ke belakang sofa. Dia mengalihkan pandangan sambil menyembunyikan riak wajahnya. Dia menarik nafas untuk menghilangkan gundah. Dia memikirkan apakah ayat yang harus dibalasnya.

bersambung...
  

1 comment:

  1. Salam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup,
    vector art, tudung bawal untuk dimenangi..
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete