3.5.15

TAK PERLU UNGKIT KISAH LAMA

dalam hidup ini, ada banyak perkara lepas yang aku cuba untuk lupakan. sesetengahnya bukan sekadar datang dengan ingatan bersahaja tetapi juga membawa bersamanya kecedaraan dari segi emosi dan fizikal.

aku cuba untuk melupakan banyak perkara yang melukakan jiwa dan menghiris hati tapi entah kenapa ada sahaja kawan yang datang dan bertanya kembali perkara itu, apabila soalan itu ditanya dikhalayak ramai, lidah aku menjadi kelu dan aku seakan ingin menangis. kenapa mesti dibangkitkan kembali benda itu.

aku diam dan merenung. walaupun banyak sertai kursus pengucapan awam dan banyak lagi kursus untuk memperbaiki komunikasi, tapi itu bukan jaminan untuk kita selesa 'cakap lepas'. ada antara rakan aku yang sentiasa memperbaiki komunikasi dengan pelanggan (orang bisnes la katakan) tapi masih lagi gagal berbahasa baik dengan aku. seolah-olah ilmu itu hanya untuk pelanggan yang baru dikenal, bukannya untuk orang yang dah lama kenal.

nasihatku, jika ingin bertanya khabar, tanyalah perkara yang menggembirakan orang yang ditanya. kalau nak masuk isu sensitif, minta lah izin dahulu supaya saling mengerti dan tidak terluka.


No comments:

Post a Comment