3.5.15

KONGSIKAN MASALAH DENGAN AHLINYA

semua manusia ada masalah. masalah datang untuk menguji kita, mengurangkan dosa, dan mengangkat darjat kita. masalah juga boleh menjadikan kita sebaliknya. kita diajar bersabar, redha dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. tapi kalau beremosi, bertindak tidak adil, menyalahkan orang lain dan Tuhan, maka masalah itu memudaratkan kita dan tidak mendatangkan apa-apa pengajaran dan manfaat pada kita.

balik kepada topik, bertanyalah masalah kepada ahlinya. apabila ada masalah, kita hendaklah berjumpa dengan orang yang pernah ditimpa masalah yang sama. cubalah untuk bertanya bagaimana dia keluar dari masalah tersebut. ada yang sudah jadi alumni kepada sesuatu masalah dan cukup masalah dengan selok beloknya. ada jugak yang sama-sama dengan kita masih lagi bertarung dengan masalah tersebut.

jumpalah orang yang tepat. yang aku lihat, jika kita bertanya pada orang yang belum pernah mengalami masalah yang kita rasa, jawapan yang mereka berikan hanyalah sekadar jawapan playsafe dan tidak kemana. mereka boleh berbunga-bunga dalam berkata kerana mereka selamat darinya. yang merananya ialah kita.

sebagai contoh, cuba bayangkan kita ada masalah untuk buat assignment. kita tak tahu bagaimana nak mula dan apakah sebenarnya yang dipanggil assignment itu. solusinya ialah kita buat consultation dengan pensyarah yang memberi kerja itu dan bertanya padanya. dia mungkin boleh menunjukkan jalan keluar dari masalah kita atau sekurang-kurangnya menyediakan jalan ke arah solusi. kita juga boleh bertanya kepada orang yang pernah buat assignment. minta dia terangkan bagaimanakah rupa bentuk assignment sebenarnya.

hari ini, ada sebahagian orang berbicara seolah-olah dia ahli dalam setiap masalah. kawan-kawan aku pernah bersembang pasal kehidupan selepas graduasi. masing-masing bercerita tentang perancangan hidup termasuk kahwin, kerja dan intima dengan gerakan. apabila aku berkata tidak mahu berpartisipasi, mereka seakan marah dan meninggi suara. tiada ruang untuk aku mempertahankan pendapatku. aku menjadi pelik. kenapa mesti ada orang yang sibuk mengatur hidup orang lain supaya sama dengannya. biar je lah orang itu mahu mencorakkan kehidupan yang bagaimana.

 sekian. 

No comments:

Post a Comment