Selepas tamat belajar pada bulan 1 2016, aku dan beberapa orang kawan mula merancang utk
cari rumah sewa dan pekerjaan. Pada minggu
pertama, aku menumpang di bilik kawan. 2 minggu berikutnya, aku menyewa di
rumah senior. Pada permulaannya, ramai yang mahu menetap di sana tapi akhirnya
hanya 2 org sahaja yang masuk. Aku memilih untuk keluar kerana masalah
keperluan asas. Sekali lagi aku menumpang di bilik kawan. Hidup berpindah
randah membuatkan aku stress dan rasa nak menangis. Aku terkapai-kapai mencari
tempat berteduh. Selepas seminggu, aku terpaksa cari lagi tempat lain kerana
bilik kosong tersebut akan disewa oleh orang lain. Sekali lagi aku packing
pakaian dan berjalan mencari tempat berteduh. Aku berdoa kepada Tuhan Pemilik
Tempat supaya memberikan aku tempat untuk berteduh. Aku rasa seperti mula
hilang arah tuju.
Aku mula buka laman web dan call semua rumah sewa yang available
di luar kampus kerana harga sewa dalam kampus hampir 400 sebulan. Sememangnya aku
tak mampu. Dengan bantuan kawan rapat, Alhamdulillah aku berjaya mendapatkan
sebuah bilik dalam kampus dengan kadar sewa yang murah. Aku panjatkan syukur
kepada Allah kerana dia memakbulkan doaku. Aku sempat tinggal di sana 4 bulan
dan kini Alhamdulillah dah masuk rumah sewa dengan kadar yang murah.
Bila merenung kembali pengalaman ni, aku rasa nak
menangis kerana penatnya mencari tempat berteduh. Sejak hari tu, aku tak lokek
untuk menumpangkan kawan yang baru bertatih mencari tempat tinggal kerana aku
pernah merasai kepahitannya.
padu Akhi.. huhu
ReplyDelete