26.5.13

SEM 1 12/13

hari ni 26.5.13. semalam ujian subjek Abbasid. esok ujian BM dan Arabic. sem 1 12/13 dah nak menutup tirai. segala penat lelah berkejaran ke kelas hanya tinggal kenangan. sesekali dibuli dan dipermainkan membuatkan aku terasa lebih matang untuk menghadapi hari mendatang.

'pelajar yang baik ialah yang paling aktif dalam kelas'. aku tak rasa ungkapan ini cukup sesuai untuk menggambarkan mentaliti seseorang pelajar. pernah guruku menyebut, pelajar yang banyak bertanya tak semestinya dia boleh score markah tinggi dalam ujian. ada yang galak bercakap semasa perbentangan tapi gagal dalam penulisan. ada juga yang diam-diam ubi berisi. dalam kelas diam tapi boleh score highest mark. itulah pentingnya focus dan partisipasi.

sem ni aku disibukkan dengan aktiviti persatuan. satu demi satu jawatan ditawarkan. ada yang diminta dan ada yang diberi. Allah tidak bersama dengan orang yang meminta jawatan. sememangnya benar apabila kerja yang diminta menjadi susah untuk dilaksanakan mestipun aku sudah atur stage by stage. sebaliknya kerja yang tak diminta menjadi mudah walaupun kita cuba mengelak. hari demi hari aku mula bertatih cara pengurusan masa yang lebih baik. board dibilik dipenuhi dengan notis dan taklifat.

the most interesting features ialah aku beli phone baru. Fake iphone 5 dah rosak akibat tersalah letak dalam poket. then i learn something from this thing. apakah fungsi sebenarnya phone? untuk keperluan harian atau memuaskan keinginanmu nak mengejar arus pembangunan? 

PRU 13 cukup untuk mengajarku erti perlunya kita kepada tarbiyah. baru kini ku tahu kenapa abg2 selalu tekankan soal menjaga amalan harian: doa, zikir, baca Quran, qiamullail. sebenarnya amalan seperti ini cukup untuk menjadi pendinding kepada kita sewaktu berhadapan dengan masalah seperti malas, rasa nak uzlah, mudah putus asa etc. amalan ini juga menuntut kita untuk bekerja dengan akhlak, bukan dengan semangat semata2.

pemergian Prof Ghassan memang memberi impak pada diriku. didikan dan ilmunya serta sifat pemurahnya sangat berbeza dengan guru lain. tidak pernah ada guru yang memberi markah hanya kerna bertanya soalan ringkas. bak kata orang tua, guru ibarat kesihatan. kewujudannya kita tak rasa kecuali setelah datangnya sakit.

sekarang musim exam. aku dah habiskan 3 buku dalam masa 2 minggu. memang benar kalu kita isi masa sebetulnya, takkan ada yang menghalang kita untuk menelaah dan membaca. sekiranya ada yang mengadu tak cukup masa, tanya balik kemana masa lapang kau habiskan? 

buat teman-teman, aku sayang kalian. 

No comments:

Post a Comment