21.1.14

BUATMU TEMAN

buatmu sahabat yang dikasihi,
masa itu emas. kita selalu mengadu tak cukup masa. tapi kita selalu membuang masa. apabila diberikan kerja, kamu kata sibuk dengan benda lain dan takda masa nak fokus dengan kerja baru. ketika waktu lapang, kamu isi dengan perkara lara. boleh pulak eh?

sahabatku,
nak tahu kita boleh istiqamah atau tidak selepas keluar uia, lihatlah keadaanmu ketika cuti sem. kemana waktu dihabiskan? 
a. join program tarbiyah
b. ziarah sahabat
c. buang masa?
kembali tanya diri kita. jawab dalam hati. adakah masa 3 bulan tidak cukup untuk kita kenal masjid, kenal imam, kenal bilal, kenal penduduk?



sahabatku, 
hari ini kita boleh berbicara soal ukhuwah, soal perjuangan, soal masa depan kerana sahabat ada disisi. imbau kembali pengalaman kita semasa sekolah dulu. adakah kita tak pernah mengucapkan kata2 'friends forever', ukhuwah fillah, sep kito jangan pecoh, dll? realitinya dimana mereka sekarang? adakah bersama kalian?

sahabatku
perjuangan ini bukan pilihan tapi kewajipan. carilah tempat untuk kamu berpaut. kalau hari ini kamu berpaut pada dahan yang rapuh, tak lama lagi kamu akan jatuh. hak bermain hak kita. tapi masa bermain dah tamat. tidak ambil serius dengan perjuangan kekadang menjadi punca kita hanyut tanpa tujuan.

bandul yang tali panjang akan mudah bergerak apabila diusik dan lama nak berhenti. begitulah kita apabila jauh dengan sahabat. mudah digoda dengan anasir lupa apabila berjauhan. 

buatmu sahabatku.

1 comment: