16.9.12

AKU GENIUS


Minggu ni aku terlalu sibuk  dengan pilihanraya kampus. Duduk  tak sempat panas punggung, orang panggil ajak mesyuarat. Penat macammana pun tanggungjawab itu perlu dipenuhi. Apabila tiada kerja nak buat, berehat je lah kat bilik.  Aku takut beberapa perkara akan menimpa pada hari mendatang. Adakah aku dapat focus di dalam kelas? Bolehkah aku brainstorming bersama rakan yang lain di dalam mesyuarat? Mampukah aku menjaga ibadah seharian supaya tidak berkurang?

Dalam keadaan genting begini, segalanya teruji. Hati membolak balik dan graf amalan makin berkurang. Hari-hari ada ustazah yang memanggil untuk mesyuarat. Amalan kebiasaan juga terabai. Maka otak yang genius ini pun mula la nak buat otai. Catatkan segala kata2 semangat di soft board meja study. Baca setiap hari. Haha. 

1 comment: