5.10.12

MODUL MATLAMAT


Tutup mata kawan dan suruh dia berjalan ke arah kita di penjuru bilik. Buat satu landasan dari tempat dia berdiri hingga tempat kita berdiri. Sebut ‘salah’ apabila dia melencong keluar dari landasan dan sebut ‘betul’ jika dia berada diatas landasan. Yang pastinya, dia akan menerima lebih banyak ‘salah’ berbanding dengan ‘betul’. Begitulah kehidupan kita dalam nak capai matlamat. Kita akan lebih banyak membuat salah sebelum sampai ke destinasi. Bagaimana kita menghadapi situasi ini? Ada manusia yang marah apabila terlalu banyak salah lalu menyalahkan matlamat. Ada yang menangis, berhenti dan tidak mahu meneruskan permainan. Keputusan terbaik ialah meneruskan perjalanan hingga sampai kepada matlamat.

1 comment: