24.6.13

CUTI FASA 1

hari ni masuk hari ke-8 ak bekerja sebagai officeboy. Banyak benda baru aku belajar. Antaranya: latihan menaip laju, berurusan dengan pejabat Kerajaan, cara melayan klien, jaga pejabat dll.

masuk je cuti, ada la peristiwa yang singgah di hati ni. antaranya: 

adik pandai cuci carburetor moto. jimat la duit. baru nak belajar pasal motor, kawan ajak lepak. rupanya itulah lepak yang terakhir sebelum start praktikal di luar sampai bulan 10. entah bila pulak aku dapat jumpa dia lagi. hanya aku dan dia sahaja yang berpeluang masa tu. Ada hikmahnya aku keluar bersamanya hari tu.

kawan sibuk berbicara soal gender di grup fb. tak semenanya aku menerima jemputan ke bengkel pengurusan keluarga. mulanya berasa galak, then hiba bila sampainya detik untuk memilih antara disini dan disana. hampir seminggu memikirnya, bos pejabat bagi jalan penyelesaian mudah. dengar dulu, baru buat keputusan.

aku teringin nak beli laptop baru, ganti yang lama (rosak). ditakdirkan ibu berikanku duit untuk belikan laptop untuk adikku. bergegas aku search Spec semua laptop di web. kalau dulu, aku yang follow ibu beli PC. sekarang ibu follow aku untuk beli laptop. rupanya dulu ibu beli PC kerana ikut nasihat kawan jer.

kedatangan budak baru dalam group merangsang aku untuk berubah jadi baik. tapi aku tidak tahu dimana mahu mulakan. lama berfikir, ku bermula dengan membaca buku berkenaan para sahabat nabi dan cuba mengambil contoh sikap yang ditonjolkan mereka. aku cuba step by step. harapnya berkesanlah.  


No comments:

Post a Comment