30.6.13

OH ANAK

hidup dalam famili yang bermacam kerenah mampu membuatkan ku semakin matang. semakin banyak persoalan yang timbul dan terjawab dengan sendirinya. budak kecil seolah-olah tidak mengenal erti pengharapan pada Allah Taala. entah kemana fungsi ibu bapa sampaikan ada anak yang sanggup melontarkan kata2 yang menggambarkan kebodohan. 


di sekolah, budak2 lebih terpengaruh dengan ajaran ustaz/ah. bila berlaku silap faham di rumah, mula la timbul 'ustaz kata camni..bla..bla..' Kalau semua benda ikut ustaz takpe. tapi yang berlaku sebaliknya. kat rumah, si parent sibuk dengan sumpahan berapi. bila anak buat salah sikit mula la keluar 'kau anak derhaka..aku tak halal makan minum kau..'. Kata bodoh nantikan makin naik lvl api. Tu dah memang tanggungjawab parent bagi keperluan kpd anak2. sepatutnya ibubapa patut dipersalahkan sekiranya tak penuhi tanggungjawab. tapi yang berlaku sebaliknya.

kalau seorang budak dikurung dalam bilik, apa agaknya dia akan sebut dan buat? agaknya, boleh tak mereka duduk diam dan berzikir serta mengharapkan pertolongan dari Allah?  benda ni tak mustahil terjadi kalau anak dididik kenal Allah dan selalu meminta hanya padaNya. Kan..?


No comments:

Post a Comment